Saya merujuk kepada laporan media ini bahawa semalam Kerajaan BN hampir tumbang gagal mendapat kelulusan Bajet 2010 angkara Ahli Ahli Parlimen Barisan Nasional yang kebanyakan mereka ponteng tidak hadir untuk mengundi lulus perbahasan Bajet peruntukan Kerajaan Persekutuan BN bagi tahun 2010!
Maka saya rasa molek benar lah YB YB BN ni tonton sekejap video dibawah ini yang penuh pengajaran bagi Yang Berhormat Kaki Ponteng sekelian:
Apa kah Ahli Ahli Parlimen BN sudah jemu bertugas?
Dah nak letak jawatan?
Buat apa bersusah payah berkempen bagai nak rak dulu kemudian bila perlu hadir bersidang di Parlimen, ponteng pulak macam budak budak sekolah yang malas belajar?
Hello YB! Ini Dewan Rakyat brader! Bukan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Bukit Jin Bertendang, yang YB YB nak gi monteng memonteng ni?
Jika masing masing dah rasa malas gi bertugas mewakili rakyat, senang cerita beb!
Tandatangan surat letak jawatan, hantar kat Perdana Menteri!
Biar sesiapa yang hendak bertugas je memangku jawatan dan kedudukan sebagai YB AHli Parlimen gitu gini!
Tu nasib baik Timbalan Menteri Dato Saravanan hadir sama di waktu terakhir memberi undi lulus dengan undi tersipi 3 untuk meluluskan Bajet 2010!
Jika tidak Pakatan Rakyat dah berpesta sakan dah, hentam YB YB kaki ponteng BN ini dengan bagus punya pukulan!
Apa kelas le YB YB BN ni?
Ada jawatan …malas lak nak bertugas!
Bukannya gi memikul guni beras kat Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen tu?
Duduk sedap sedap diatas kerusi empuk, kemudian bentang kertas kertas itu ini, cadang dan bangkang beriya macam yang selalu kita tengok kat TV!
Perangai macam budak budak maki hamun, cabar mencabar macam orang kurang siuman sehingga Tuan Speaker jagi separuh gila nak mengawal keadaan Yang Baloq berkenaan dari bergaduh macam samseng tepi jalan!
Sebenarnya gertak sanggul je lebih!
Tak ada nya yang betul betul berani macam MB Terengganu Mat Said sampai sanggup terajang YB PAS dulu!
YB YB BN Baloq Kaki Ponteng sekelian patut malu pada rakyat yang memilih mereka didalam PRU ke 12 lalu!
Pengkhianat amanah rakyat yang mengundi mereka!
Nak harap glamor je ke?
Pasang logo AHLI PARLIMEN besar besar di depan dan belakang kenderaan mewah masing masing, berlagak macam bagus ke hulu ke hilior tetapi ponteng Dewan Rakyat di waktu tergenting sekali!
Saya nak tanya?
Tukang ‘whip’ BN kat Parlimen tak hendak ambil tindakan disiplin kat atas mereka ini ke?
Apa guna dok simpan lagi puak puak yang malas nak kerja ni?
Hantar balik kampong je le.
Biar dia bersidang kat warong Pak Mail atau Bistro Mamak terdekat.
Baru ada akai!
Hits: 1
kalau yb begini, macam mana pula nasib rakyat?
Rakyat jadi mati kutu le Encik Feckry sebab YB YB BN dah jadi 'Yang Baloq'!
'Baloq' dalam loghat Utara membawa maksud 'Tak leh pakai!' Lembab macam nak mampos.
Ada macam takdak!
Pangkat nak!
Kemewahan itu dan ini nak!
Title YB nak tapi gi kerja kat Dewan Rakyat depa ponteng!
Nak buat macamana lagi puak puak ni?
Nak tegoq depa dah tua tua!
Tak tegoq depa dok buat 'Raplah Jingga!'
Lingkop negara syeh!
Pendapat saya senang ja!
Kalau dah rasa diri tu malas nak gi Parlimen, berhenti sajalah!
Duduk kat banglo goyang kaki.
Rakyat dok nganga, depa sedawa besaq, kenyang, keluaq angin!
'Errp!…
Hai lah YB YB…
Dah dapat kedudukan ; tak sedaq sedaq diri lagi….
Salam;
i. Mungkin tengah sibuk main golf, mengintai airtis mana nak jadi bini no 2, melancung, tengah hisap cigar kat hotel mewah, etc…;
ii. Nama-nama MP berkenaan wajar di siarkan di dalam akhbar untuk tatapan semua pengundi-pengundi mereka macam saya yang memberi harapan 100% terhadap prestasi mereka. Yang 70 orang ni wajar diganti baru;
iii. Orang nogori cakap "mengabihkan boreh jo";
iv. Minta maaf cakap.., tetapi YB berkenaan "memang tak guna" dan mengecewakan penyokong-penyokong mereka.
Wa'alaikumsalam Tuan Zainal.
Hamba setuju seratus persen dengan pandangan tuanhamba!
Ahli Ahli Parlimen BN yang ponteng itu tidak layak dibiarkan memegang jawatan mewakili rakyat kawasan mereka lagi!
Bila mengkhianati amanah rakyat dengan ponteng hadir menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap para pengundi maka hasil elaun YB yang mereka makan dan segala faedah kemudahan yang mereka nikmati jatuh hukum apa jika tidak haram?
Tak ada istilah makan gaji buta lagi dah!
Saya nak tengok apa alasan koman spanar yang YB YB Baloq ni nak beri?
Cisssss…. buat malu jer jadi YB makan gaji buta.. nanti dapat gaji, beri makan anak bini …..
wah,apa cerita ni?
sabo-sabo
mohon tabayun(siasat) dulu kot.
ada lah musibah yang menghalang mereka dari hadir,
langkah1
jumpa baik-baik dan tanya.
langkah 2.
jumpa,dan tegur secara sindir,bagi sikit ayat kitab yang mereka percaya,kalau mislim bagi sikit ayat al-QUran
langkah 3,
minta mereka taubat jika sengaja malas datang,mereka perlu hadir program motivasi untuk kerja kot?pergi kaunseling ke?
takpun suruh perbaiki ibadah?-mungkin tak jaga ibadah basic spt solat,tak rajin baca al-quran dan banyak maksiat,sebab tu tak motivasi untuk buat kerja.
langkah4
dah cuba macam2 cara lembut dan bagi teguran,maka harus dikenakan tindakan,paling berat pun buang kerja maka-raya lagi kita.
Assalamualaikum Tuan,
Saya agak mereka mereka ni tak faham apa tu AMANAH, sebab hampir keseluruhan YB-YB ni terbabit dalam pelbagai salah-laku `pecah amanah'. Tak berkerja setelah dipilih tu juga tak amanah – ini terang-terang menyalahi hukum.
Menyesal aku sokong BN.
Salam tuan,
Bagi saya, disamping menyalahkan MP BN, yang perlu disalahkan juga adalah PM nya juga. Sibuk menghadiri majlis perkauman Sekolah Persendirian Cina, memuji bahasa Mandarin tetapi lupa pula ada isu penting di Parlimen yang perlu dibereskan. Bapak borek anak rintik.
Setuju dgn AntiHipokrit
PM pun perlu dipersalahkan jugak,
Sibuk menghadiri majlis perkauman Sekolah Persendirian Cina, memuji bahasa Mandarin tetapi lupa pula ada isu penting di Parlimen yang perlu dibereskan. Bapak borek anak rintik.
matrengganu,
Inilah akibatnya bila seseorang calon pilihanraya dipilih berdasarkan kepentingan politik kepartian semata mata tetapi tidak mengambil kira akan jatidiri dari segi daya kepimpinan seseorang calon itu dan tidak berasaskan kepada keteguhan iman dan amal, sikap dan sifat jujur, amanah dan integriti diri.
Bila calon yang dipilih mewakili sesuatu parti itu 'kureng' didalam bab bertanggungjawab dan kesedaran diatas keperluan beramanah maka hasilnya kita lihat sendiri seperti yang berlaku baru baru ini.
Nak harap glamor duniawi sementara sahaja.
Kerja tak seberapa, melaramnya pula yang lebih.
Tuntut itu ini tetapi hasil tugasan hampeh!
Tu tak sedar yang rezeki pendapatan tu wajib bersih dan halal dengan perlakuan kerja yang ikhlas, nak bawa balik beri makan anak bini masing masing!
Bila rasa, peduli apa aku rakyat nak bising, maka PRU depan, kirim salam sajalah pada peluang BN terus berkuasa!
Jangan nak tuduh sesiapa itu dan ini.
Sendiri cari pasal, bro!
dinlove.
Blogger seperti saya menegur melalui medan saya ini.
Terpulang le pada yang dipersoalkan samada diri itu celik IT atau sebaliknya?
Bloggers harus menegur tanpa berpihak pada sesiapa.
Kebenaran wajib kita tegakkan.
Yang ponteng tetap dikira ponteng dan yang khianat pada rakyat akan tetap menerima padahnya nanti.
Kita memang tak hendak kaffir harbi perintah kita tetapi sekiranya yang mengaku Islam dan kononnya membela nasib ummah dok ponteng dari menghadiri Sidang Parlimen seperti diamanahkan rakyat, apakejadahnya perlu mereka terus memegang jawatan sebagai Wakil Rakyat BN?
Letak jawatan lah dan kemudian pergilah buat apa pun, rakyat tak akan ambil pot!
Ini tidak!
Dok pegang jawatan tetapi ghaib entah ke mana?
Apa masaalah rakyat boleh mereka selesaikan dengan duduk melingkar kat coffee house, berjemur kat padang golf atau dengan menambah bini artis harap glamor saja?
Boleh jalan le!
Wa'alaikumsalam Anti Hipokrit.
Bagi saya, yang salah leka dan alpa itu PM serta YB YB Ahli Parlimen BN.
Bahasa Mandarin tak ada salah apa apa.
Kita dituntut Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam untuk pergi menuntut ilmu walau sampai ke negara China!
Di China, umat Islamnya sahaja melebihi jumlah rakyat Malaysia!
Teka bahasa apa yang mereka pakai?
Bahasa Mandarin lah!
Bahasa Mandarin itu tak ada kena mengena dengan isu YB YB BN yang ponteng sidang Dewan Rakyat berkenaan!
Sebagai seorang konsultan program Bahasa Mandarin dan Kebudayaan China, saya terpanggil untuk menjelaskan kedudukan Bahasa Mandarin dan perkara pengkhianatan tugas YB YB BN ini.
Tak relevan langsong, bro!
Yang salah cuai adalah para pemimpin BN dan anak buah mereka!
Kita sebagai Bloggers Muslim kena jelas akan perbezaan sesuatu isu dan perkara.
Tak boleh kita hentam keromo saja tuan!
Kita kena perincikan akan masaalah yang kita perbincangkan.
Saya tahu tuan sayangkan kedudukan Agama Islam dan Ketuanan Umatnya di Malaysia ini tetapi kita kena adil terhadap sesuatu isu itu dan bersuara setelah kita ambil kira akan semua sudut dan perspektif perkara.
Yang salah dan perlu perkemaskan diri adalah wakil wakil rakyat BN!
Ini adalah perkara asas!
Mudah2an tuan boleh menerima sudut pandangan saya dan tidak akan terasa atau mengambil hati akan nasihat saudara seperjuangan tuan ini.
Jika saya yang bersalah, maka tegor lah saya dengan terus terang serta jelas tetapi tetap berhemah.
Insya Allah!
ijoks,
Sila rujuk kepada jawapan saya kepada Anti Hipokrit.
Saya tak rela diperintah Kaffir Harbi.
Namun saya tetap akan bersuara terhadap sebarang kepincangan dan salahlaku pemimpin politik Muslim atau Melayu!
Jangan sebab marahkan nyamuk se ekor dua, kita kalut pergi membakar kelambu!
Ingat sedikit akan nasib dan masadepan ummah didalam negara ini!
Beringat sebelum kena ; berjimat sebelum habis!
Jangan sampai tuanhamba menang sorak di arena politik semasa, tetapi agama, bangsa dan tanahair kita tergadai ke tangan musuh musuh ummah dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala!