Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Pagi tadi, saya berkesempatan singgah di Utusan Publications Taman Shamelin yang sedang mengadakan jualan buku teks dan bahan bahan penerbitan yang lain.
Secara kebetulan je saya terpandang iklan tentang jualan buku ini di suratkhabar, maka saya terus kesana dan membeli beberapa naskhah buku buku yang menarik minat saya.
Semalam, saya telah membeli beberapa buku yang memang sangat sangat saya perlukan demi menambah bahan bacaan serta untuk menjadi bahan rujukan dan kajian saya di Ampang Point. Harganya amat berpatutan.
Iklan berikut saya petik dari blogger Celik Huruf yang sempat saya jumpa dan berkenalan semasa saya berada disana.
Blogger Celik Huruf @ Saudara Rozlan Mohamed Noor juga merupakan seorang Pengarang dan Penerbit Buku yang bertugas di Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Sila berkunjung ke laman blognya disini untuk mempelajari lebih lanjut tentang dunia penulisan.
Selamat membeli dan membaca buku!
Dengan membaca buku, anda berpeluang menjelajah dunia ini tanpa bergerak walau seinci! 😀
Betul tak?
Iklan tak berbayar! 🙁


Jualan pada kali ini menyediakan hampir 200 judul buku yang menarik dan berkualiti dengan harga terendah.
Jualan akan bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 6 petang. ( Hari bekerja sahaja ).
Selain pembelian tunai pengunjung juga boleh membuat pembelian secara kad kredit untuk pembelian bernilai RM50.00 ke atas.
Hits: 0
best nyer… baik sungguh hati tuan mmberi iklan percuma 🙂
Assalamualaikum tuan.
Sekadar mencanangkan perkara baik ; apa salahnya?
Buku buku disana ada yang bagus dan di jual murah dengan harga mampu beli.
Sila lah!