December 4, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Gambar2 Kenangan di Majlis Dailog Bloggers ~ Datuk Dr Hassan Ali.

Alhamdulillah!

Akhirnya sampai juga emel kiriman Neutral Daily mengandungi gambar gambar yang mereka ambil tempohari dimajlis dailog yang kini digembar gembur seribu satu andaian pihak pihak yang tidak hadir dan dianyam segala macam kontroversi.

Bagi saya ianya merupakan satu pendedahan kepada kepelbagaian ragam dan kerenah manusia sesama Islam dan juga seperanan sebagai penulis penulis atau penerbit blog.

Saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala di atas tidak melatahnya diri saya ini atau terturut nafsu melihat kelaku manusia di alam siber ini dan mengambil sikap tunggu dan lihat.

Alhamdulillah. Ianya membuka mata saya akan sikap manusia di dunia blog politik tempatan ini dan sedikit sebanyak mengajar saya supaya lebih berwaspada bilamana pertama kali bertemu muka dan berkenalan sesama ‘blogger’.

Muqadimahnya memang bagus sekali bilamana bersua kali pertama dan bersalam salaman serta berkenal mesra, bertukar peluk dan menjalin ikatan silaturahim semasa bersama.

Namun, didalam peredaran masa dan membaca rumusan atau ‘post mortem’ pertemuan bloggers di majlis dailog bersama pemimpin PAS Selangor serta PAS Pusat, saya mendapati bahawa ada juga insan insan blogger ini yang pepat diluar ; rencung didalam.

Sungguh tak kusangka. Namun saya bersyukur bahawa sekurang kurangnya saya kini telah belajar seperingkat yang baru didalam perhubungan sesama manusia apatah lagi sesama blogger yang beridentiti Muslim Melayu Malaysia.

Walau bagaimanapun, biarlah segala badai dan ribut taufan hasil prasangka manusia ini berlalu ditelan dedaun masa dan patut saya serta rakan taulan yang hadir ke majlis itu jadikan sebagai iktibar dan panduan hidup kami selaku Bloggers mewakili Perikatan Penulis Blog Muslim @ The Muslim Bloggers Alliance. Insya Allah.




Hits: 0