Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Saudara saudari Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.
Saya, Zainol Abideen @ MAHAGURU58 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri‘ kepada anda para pembaca blog saya ini dan memohon Maaf Zahir Batin jika ada sebarang salah dan silap saya terhadap tuan puan selama saya berblog di sini.
Do’a saya agar Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan mengampunkan kita semua dan menerima segala amal ibadat yang kita usahakan sekian lama ini sebagai penebus dosa dosa kita semua.
Saya merayu agar umat Islam didalam negara ini tidak kembali melakukan maksiat setelah kita berusaha sedaya mungkin untuk mengimarahkan Ramadhan al Mubarak ini yang entah dapat kita ketemui lagi diwaktu hadapan?
Saudara saudari Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat yang saya kasihi.
Sedar lah kita bahawasanya hidup ini terlalu singkat tempohnya untuk kita sia siakan dengan berpesta pora sepertimana sedang dipromosikan didalam stesen stesen tv kerajaan mahupun swasta.
Syawal bukanlah bulan kembali mengerjakan dosa tetapi bulan kemenangan bagi kita yang telah teguh berpuasa demi Allah Subhanahu Wa Ta’ala!
Didalam keghairahan kita berhari raya, janganlah sampai kita leka dan alpa kembali bergelumang didalam kancah maksiat tajaan mereka yang gemar melihat umat Islam berseronok tak tentu hala.
Janganlah kita kembali mencemarkan jiwa dan raga kita setelah kita bersusah payah mencari keampunan Allah selama kita diberi kesempatan beribadat didalam bulan Ramadhan yang mulia ini.
Aidil Fitri yang bakal kita rayakan nanti sepatutnya diserikan dengan bermaaf maafan sesama kita, khairatul ummah!
Segala salah dan silap kita terhadap satu sama lain haruslah dilupuskan dari dendam kesumat kita sekiranya memang benar benar kita telah berusaha berpuasa menahan lapar, haus dan dahaga dan sujud meminta ampun dari Allah Tuhan Maha Suci, Maha Perkasa!
Saya telah menyeru rakan rakan blogger seIslam dengan saya agar berhenti memaki hamun, cerca mencerca diantara satu sama lain atau bermusuh sesama Islam namun ada diantara mereka seolah tidak prihatin akan kehadiran Ramadhan nan mulia dan telah terus bersengketa, mengadu domba, mencaci maki sipolan itu dan ini serta mana mana lain individu ahli politik yang menjadi sasaran kebencian mereka.
Saya hanya mampu menegur sebegini sahaja.
Jika ada yang sudi mendengar nasihat ikhlas dari saya ini, Alhamdulillah!
Jika sebaliknya, terserahlah!
Tuan tuan dan puan puan sekelian.
Marilah kita bertekad untuk meneruskan semangat Ramadhan ini sepanjang hayat kita dan seboleh mungkin bermaaf maafan sesama kita jika berkesempatan bertemu muka didalam majlis majlis sambutan Aidilfitri yang pasti akan di adakan disana sini.
Kepada para pemandu yang akan bersama sama saya memulakan perjalanan esok hari, saya doakan anda selamat sampai ke kampong halaman masing-masing.
Bawa berehat jika mengantuk! Tak perlu nak jadi ‘Speed King!’.
Jangan memandu memotong barisan dilorong kecemasan. Biar lambat asalkan selamat.
Jangan terburu buru ke liang lahat!
Ingat pada yang tersayang di sebelah dan di belakang anda.
Mereka tentu terlalu berharga untuk anda menggadaikan nyawa mereka hanya kerna ingin ‘test power’ kereta anda atau anda geram dengan si mangkok hayon yang baru memotong anda secara biadap dan merbahaya tadi?
Biarkanlah yang kalut dan berotak serabut memecut ikut suka mereka. Biar mereka tanggung akibatnya nanti.
Bawa bertenang tuan puan.
Janji kita selamat pulang ke kampong masing masing. Insya Allah.
Makluman penting bagi pemandu di Lebuhraya PLUS Utara-Selatan.
Saya ada menerima emel dari seorang kontraktor yang berpengetahuan tentang pembinaan jalanraya menyatakan bahawa bitumen tar yang baru digunakan untuk membuat lorong ke 3 baru di lebuhraya PLUS ini merbahaya kepada kenderaan yang dibawa laju kerana ianya terlalu halus dan boleh mengakibatkan kenderaan itu terbabas kelicinan!
Sudah ada kes beberapa kenderaan mengalami kemalangan akibat terbabas kerana hilang kawalan, tayar kereta mereka tidak dapat mencengkam permukaan lebuhraya semasa hujan atau basah.
Hydroplaning! Lihat video contoh di bawah untuk mengetahui apa dia bahaya yang sedang menanti pemandu laju di Lebuhraya Utara-Selatan PLUS!
Bawalah kereta anda pada kelajuan bersesuaian dan kurangkan kelajuan bila hujan atau lebuh raya basah!
Had laju dah diturunkan dari 110 km sejam kepada 100 km sejam di lebuh raya dan dari 90km sejam kepada 80km sejam di jalanraya.
Jangan lupa!
Bersyukurlah ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan kita kesempatan berhari raya ini.
Wabillahi taufik wal hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Hits: 0
hari raya ni jangan main mercun, bahaya untuk kesihatan!! banyak lagi panduan kesihatan tentang hari raya kat sini – Hari Raya @ Info-Kesihatan-Anda
Salam Aidilfitri untuk Mahaguru dan Rosma. Kalau balik Penang, cakap kat Rosma, call saya ya…rindu dia sejak kali terakhir kami berpamit di STL..
– KakJa 019 431 6261
Salam.
t.kasih atas ucapan, ingatan dan nasihat yang sangat berguna. Selamat Hari Raya "Aidulfitri dan maaf zahir batin.
Selamat Hari Raya to you from Stephen, Estrelita and Jared!
Maaf zahir dan batin!
Salam AidilFitri 1430 H, teruskan perjuangan menata kebenaran yang nyata!
http://2.bp.blogspot.com/_NjZfwZCiUGU/SrTaQxuUtNI/AAAAAAAAAMs/_x_6oswPWHc/s1600-h/SALAM.JPG
Wa'alaikumsalam Kak Ja. Sudah saya sampaikan. Insya Allah akan dia hubungi Kak Ja nanti.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Kak Ja sekeluarga.
Wa'alaikumsalam tuan al-lavendari.
Selamat Hari Raya buat tuan sekeluarga.
Bersama samalah kita bermaaf maafan dengan ahlul keluarga, sahabat handai serta rakan taulan.
Minal Aidil Wal Faidzin!
Salam Mahaguru58,
Pak Sheikh mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin kepada tuan dan famili. Semoga tuan ceria dan dirahmati Allah didunia dan diakhirat. Amin.