Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Para pembaca budiman, saudara saudari, rakyat Malaysia yang saya hormati.
Baru baru ini, semasa saya berada di kawasan Ampang Point, Selangor Darul Ehsan, saya terpandang akan keadaan seorang angoota polis yang sedang kepanasan, duduk bertugas didalam pondok polis versi terbuka, terdedah kepada bahang panas terik mentari Ramadan!
Kolar dan butang bajunya sudah terbuka menandakan bahawa beliau sedang menderita kepanasan dan sedang berpuasa diwaktu yang sama.
Kasihan saya melihat kesengsaraan lans koperal itu yang ternyata tidak selesa sama sekali ditugaskan didalam pondok polis yang pembuatannya tidak mengambil kira akan kesan jangka panjang terhadap keadaan emosi dan fizikal mereka yang diperintah bertugas didalamnya.
Saudara saudari budiman,
Ingin saya mengajak tuan puan menilai sekejap akan kesan ketidakselesaan seperti ini terhadap anggota anggota Polis Di Raja Malaysia dan akibat ketidakselesaan itu pada jiwa mereka?
Anggota polis yang sedang menderita kepanasan akan tidak berkeadaan stabil emosinya untuk bertugas dengan rasional dan berbudi bicara terhadap anggota masyarakat awam yang datang untuk membuat laporan polis dan sebagainya.
Ini realiti. Kita harus sedar bahawa anggota anggota polis juga manusia biasa seperti kita. Ada tahap tahap kesabaran dan rasionalisma yang wajib di ambil kira oleh pihak atasan PDRM bilamana merancang sesuatu program pelaksanaan tugasan anggota anggota mereka yang berpangkat konstabel dan keatas.
Kesan terdedah kepada elemen elemen cuaca seperti panas terik dan hujan akan sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap keseimbangan emosi, mental dan fizikal anggota anggota polis yang berhadapan dan berurusan dengan orang ramai.
Bayangkan diri kita sedang berpuasa sekarang ini. Berapa ramaikah diantara kita orang awam yang sanggup duduk berpanasan berjam jam didalam pondok polis seperti ini?
Kesekelian masyarakat bergegas masuk berteduh dan menikmati suasana sejuk hawa dingin dikompleks membeli belah seperti di Ampang Point ini dan yang serupa dengannya atau kita berlindung didalam pejabat, rumah dan masjid masjid dari bahang panas mentari.
Keadaan ini lebih terasa didalam Ramadan ini bila anggota polis Muslim yang sedang berpuasa ini dipaksa duduk bertugas didalam pondok polis berbumbung dan berdinding plastik seperti di paparkan di atas.
Tidak ada peraliran udara langsung. Kesan nya adalah seperti ketuhar yang membakar jiwa dan raga anggota anggota polis berpangkat bawahan ini, mendidih otak , menggelegak perasaan dan memendamkan rasa tidak puas hati terhadap keterpaksaan duduk bertugas sebegini.
Bayangkan natijahnya terhadap keadaan fisiologi dan emosi anggota polis berkenaan?
Memang patut kita tabik spring kepada mereka ini yang tetap tersenyum, walau menderita berpeluh kepanasan dan terpaksa bersabar melayani kerenah manusia kebanyakan yang hanya tahu merungut, bising, komplen tak sudah terhadap itu dan ini dengan seribu satu macam ragam dan fe’el mereka bila berhadapan dengan polis.
Ada yang akan dengan sombong dan angkuh mendakwa sebagai tuan kepada anggota polis kerana mereka pembayar cukai kepada kerajaan dan secara tak langsung adalah majikan petugas awam seperti PDRM ini.
Iya ke?
Berapa sangat jumlah cukai yang dibayar?
Kalau setakat dah bayar cukai pintu yang berjumlah seratus dua untuk 6 bulan , dah boleh sombong mendadak menganggap diri sebagai tauke besar?
Cukai jalan yang tak seberapa untuk setahun dah melayakkan diri ego tak tentu pasal bila berhadapan dengan pasukan polis dan pegawai kerajaan lain?
Cuba kita muhasabah diri kita ini balik!
Kita sering bising, mencerca dan memaki hamun petugas am seolah kita ini amat sempurna dan tidak ada cacat cela walau setitik.
Bayangkan diri kita berada didalam kedudukan mereka yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ragam politik pejabat, kerenah birokrasi dan PhD.
Iya.
Sindrom Penyakit Hasad Dengki yang sinonim dengan masyarakat kita yang melangakui batasan agama dan bangsa.
5. Wamin sharri hasidin itha hasada
“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya“.
Surah Al Falaq # 113 : 5, Kitab suci Al Quranul Karim.
Sudahlah terpaksa berhadapan seribu satu masaalah seperti yang saya sebutkan di atas, di tambah pula dengan keadaan tempat bertugas yang ternyata amat tidak selesa sama sekali seperti terperangkap didalam pondok polis seumpama ketuhar ini!!!
Lembu dan kambing sendiri tahu mencari tempat sejuk dan teduh untuk keselesaan diri ; inikan pula manusia?
Harapan saya adalah agar pihak berkuasa mengambil kira akan kesan impak ketidakselesaan seperti ini terhadap anggota polis yang bertugas di khalayak awam.
Kegagalan pihak berkuasa untuk memberikan kemudahan tempat tugasan yang lebih baik akan memungkinkan letusan perasaan yang terpendam didalam diri mereka yang kepanasan gila seperti ini?
Apakah kita hendak tunggu sampai ada yang hilang sabar, mengamuk menembak secara rambang barangsiapa sahaja yang mencetuskan keadaan sebelum kita bertindak memperbetulkan keadaan?
Bila kita gagal untuk mengambil tahu akan kebajikan anggota polis dan petugas amawam yang lain, jangan dok buat terkejut bila ada yang hilang pertimbangan nanti?
Sudah jadi kelaziman pihak berkuasa negara ini untuk tengadah hanya sesudah terhantuk dahi dan benjol kepala!
Tak sedar sedar lagi ke?
Ingat sebelum kena ; jimat sebelum habis!
Jagalah kebajikan anggota polis jika mahu mereka menjaga keselamatan kita pula?
Semoga pendedahan saya ini mendapat perhatian Kerajaan 1Malaysia Najib Tun Razak dan juga kerajaan kerajaan negeri yang lain.
Jangan dok asyik seronok duduk selesa didalam pejabat berhawa dingin sedangkan anggota polis berpangkat bawahan dan yang lain lain menderita kepanasan diluar sana!
Bawa berfikir akan nasib mereka sama.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Hits: 0
Setuju sangat dengan pandangan itu, masyarakat kita sememangnya semakin kurang nilai2 murni dan sukar untuk berterima kasih. Kalau rajin bacalah posting saya bertajuk 'Kenapa Masyarakat Sukaar Berterima Kasih' dalam blog saya…nmohd77.blogspot.com yang juga telah diterbitkan dalam ruangan rencana akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2 Setpember 2009.