February 27, 2024

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim ~ Permata Nasyid Malaysia yang istimewa

Allahyarham Ustaz Mohd Asri bin Ibrahim, salah seorang pelopor dunia Nasyid Malaysia dalam kenangan.

Hati ini masih merindui alunan suara insan kamil ini dan setiap kali azan maghrib berkumandang di RTM1, akan sayu hati ini menghayati setiap alunan lontaran suara Allahyarham, mengajak sekelian Mukmin mengerjakan solat.

Wahai sahabatku yang kini bersama kesekelian arwah arwah syuhada dan para anbiya, daku kan tetap mengingatimu dan senantiasa mendoakan kesejahteraan ruhmu disamping Ilahi.

Dikau insan yang istimewa, lahir dimuka bumi tanahair ini dan kini bersemadi didalamnya.

Semoga Allah Rabbul Alamin menghadiahkan untukmu Jannatul Firdaus selayak perjuanganmu mengangkat dan memartabatkan Ad Deenullah didalam hati nurani kami yang mengikuti usaha Nadamurni dan Rabbani pimpinanmu.

Amin Ya Rahman Ar Raheem.

Visits: 1