December 3, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Bahaya menghampiri Syirik terhadap Allah! Peringatan kepada Muslimin dan Muslimat!

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.

Kebelakangan ini, suasana dan pergolakan politik di tanahair kita menunjukkan satu kecenderungan dikalangan ahli ahli politik Muslim baik dari pihak Kerajaan Barisan Nasional mahupun pihak kerajaan Pakatan DAP-PKR-PAS untuk berlumba lumba di antara satu sama lain didalam mengambil hati para penyokong mereka yang terdiri juga dari kalangan Kafir didalam negara.

Ramai yang tidak senang bilamana saya menggunakan perkataan ‘Kafir’ dan lebih rela menggunakan gantinama ‘bukan Islam’.

Didalam Kitab Suci Al Quranul Karim yang menjadi Kalam Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk kesekelian manusia, Allah Rabbul Alamin menggunakan perkataan ‘Kafir’ terhadap makhluk yang enggan mempertuhankan Nya!

Allah tidak berdolak dalik didalam firman firman Allah terhadap golongan manusia yang enggan tunduk ruqu’ dan sujud terhadap Keesaan Nya.

Sebagai seorang hamba Allah, Tuhan Maha Suci, Maha Agung, Maha Perkasa, saya hanya akur terhadap perintah Pencipta saya dan tidak ingin berdrama swasta didalam penyampaian pandangan saya terhadap apa yang sedang berlaku didalam negara ini sejak kebelakangan ini.

Perbuatan segelintir dari para pemimpin politik Melayu yang kita terima sekian lama ini sebagai saudara dan saudari seagama dengan kita telah menghampiri perbuatan terkutuk didalam ajaran Ad Deenul Islam iaitu menghampiri Syirik terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Baik dari peristiwa peristiwa dahulu dimana mantan Perdana Perdana Menteri Kerajaan Malaysia ini mengambil bahagian didalam upacara upacara umum yang bercampur baur dengan tradisi dan amalan kepercayaan kepercayaan mereka yang Kafir semasa merayakan majlis majlis perdana dimusim perayaan agama dan sosial didalam negara sehinggalah kepada peristiwa beberapa orang ahli politik pembangkang Melayu Muslim telah dirakam sedang tunduk turut serta bersama ahli ahli politik Kafir didalam pakatan mereka, menghormati gambar mendiang Teoh Beng Hock didepan meja persembahan ‘ruh’ simati tersebut.

Soal tunduk hormat kepada seorang yang telah mati baik yang Muslim atau pun Kafir tertakluk kepada peraturan agama kita.

Bilamana seorang Muslim baik lelaki atau perempuan berada didalam keadaan sepertimana ahli ahli politik Melayu harus lah tahu membawa diri supaya tidak terjebak didalam keterlanjuran perbuatan yang menghampiri syirik.

Walaupun niat kita adalah murni tetapi amalan yang menyerupai pekerjaan orang orang Kafir didalam upacara penyembahan mereka terhadap semangat ruh nenek moyang mereka atau mendiang Teoh didalam kes di atas boleh membawa kepada diri si Muslim ini jatuh berdosa besar seperti syirik.

Jangan mengambil mudah perkara ini kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman didalam Surah An Nisa Ayat 116 :

116. Inna Allaha la yaghfiru an yushraka bihi wayaghfiru ma doona thalika liman yashao waman yushrik biAllahi faqad dalla dalalan baAAeedan

116. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Bukan perkara main main tuan puan. Bahaya syirik boleh membawa kepada seseorang Muslim jatuh berdosa paling berat iaitu tanpa sedar telah mempersekutukan Tuhan dengan makhluk ciptaanNya.

Kita hanya tunduk ruqu’ dan sujud terhadap Allah sahaja.

Sedangkan Karpal Singh didalam video di atas tidak tunduk walau sedikit padahal ianya seorang berfahaman Sikh tetap tegak duduk menghadapi meja persembahan mendiang Teoh itu tetapi yang kita kira berpendidikan tinggi dan faham akan ajaran agama Islam dok terbongkok bongkok tunduk bersama Kit Siang dan pasukan nya yang Kafir sama sekepala tunduk terhadap makhluk selain Allah, Rabbul Alamin.

Kemana perginya segala kefahaman ilmu agama Islam ahli ahli politik Melayu Muslim diatas?

Tak kan tak tahu bahawa perbuatan tunduk menghadap potret mendiang Teoh itu sudah masuk bab menyembah ruh simati yang jelas bertentangan dengan akidah seorang Islam?

Astaghfirullah hal azhim. Na’uzubillah hi min zalik!

Mudah2an taubat mereka diterima Allah seandainya ada dikalangan mereka ini sedar akan kekhilafan diri dan memohon ampun dari Allah Rabbul Alamin.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Hits: 0