December 4, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Koleksi Balong ~ Fesyen rambut sekarang.

Fesyen rambut lelaki sekarang dah berubah ikut zaman. Kekadang terasa lucu tengok gelagat remaja lelaki di tengah kota berjalan kesana sini dengan rambut tercacak macam trojan.

Cumanya sekarang ini lebih mirip kepada ‘Balong Ayam’.

Image hosting by IMGBoot.com

Ini adalah koleksi balong balong yang sempat saya rakam sejak sekian lama ini :

Ianya bermula bila saya melihat bayi ini di East Coast Mall Kuantan.

Image hosting by IMGBoot.com

Ini balong semulajadi. Hehehehe…nampak comel dan memang kiut giler. 🙂

Image hosting by IMGBoot.com

Ini balong yang saya jumpa di Pasaraya Eng Hong, Jalan Bukit Ubi, Kuantan. Malu malu miaow hero kita ni bila saya minta izin beliau untuk dirakam gambar balong nya itu….hehehehe..

Image hosting by IMGBoot.com

Balong ini orang Kuantan juga. Nampak Meenachi kawan sekerja dia tak boleh tahan gelak dah tengok saya ambil gambar balong hero ini. Seingat saya masih didalam East Coast Mall, Kuantan.

Image hosting by IMGBoot.com

Yang ini pula Balong Tesco Ampang. Memang teruja sungguh hero ni bila saya minta dia posing sekejap nak rakam gambar balong dia. Hahahaha….fesyen………….

Image hosting by IMGBoot.com

Ini pula balong hero Tesco Ampang bahagian Elektrik. Sporting selamba je bila minta dia berposing. Mr.Balong Cool…..

Image hosting by IMGBoot.com

Jika di adakan pertandingan Balong, mekanik muda Bengkel Kereta Idola Jaya kat Dataran Dwitasik ni memang boleh menjadi juara! Balong King!!!

Image hosting by IMGBoot.com

Seandainya ada cicak yang malang jatuh keatas balong kawan kita ni, maka tak sempat mengucap gamaknya sang cicak.

Mati tertikam dek ketajaman balong hero muda ini….ish!…ish!..ish!..ish!!! Tajamnya!!! 😛

Hahahahaha….

Hero balong yang ini pula minta identiti dirinya dirahsiakan. Terpulanglah pada tuan puan jika sempat mengenalinya. Beliau bertugas dikawasan persekitaran KL.
Image hosting by IMGBoot.com
Boleh tahan juga mutu balong diatas kepala nya ini.

Ini pula hero Kuantan. Saya ketemu dirinya bila ke majlis kenduri perkahwinan anak saudara isteri saya di kawasan Jalan Alor Akar.

Dia segan juga bila di minta berhenti sekejap untuk di rakam gambar balong nya ini.

Image hosting by IMGBoot.com

Ini Balong Restoran Asam Pedas, Chukai, Terengganu.

Image hosting by IMGBoot.com

Malu malu juga hero muda ni bila saya ngambil gambar dirinya. Hehehehe…orang Ganu…senyum sokmo!….

Saya terjumpa anak muda ini menggayakan fesyen balong semasa di Kolej Poly Tech MARA. Terus saya meminta beliau berhenti sekejap untuk merakamkan balongnya pula.

Image hosting by IMGBoot.com

Image hosting by IMGBoot.com

Saya akhiri topik ini dengan menyiarkan gambar Balong Bandar Tun Razak depan Kedai Pasaraya Pak Aji!

Image hosting by IMGBoot.com

Siap bertindik lagi hero muda ni…macam macam…..

Dunia Akhirul Zaman….Balong ayam jadi pilihan fesyen rambut mereka…

Lepas ni entah apa pula?

Fesyen Badak Sumbu pula ke?

Hehehehehe…

Macam macam ada………….

Hits: 0