Begitulah pinta pesalah kes minum arak Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32 tahun, seorang wanita Muslim berasal dari Sungai Siput, Perak dan hidup berkahwin dengan warga Singapura selama 15 tahun disana. Bekerjaya sebagai seorang peragawati sambilan.
Kartika yang ditangkap ketika meminum arak dikhalayak ramai disebuah hotel di Cherating, Kuantan, Pahang Darul Makmur dijatuhkan hukum disebat 6 kali dan didenda RM5000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.
Keputusan Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus itu mengikut peruntukan Undang Undang Syariah, Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Ikuti contoh pelaksanaan hukum sebatan ini di dalam video dibawah ini :
Saya kagum terhadap kesedaran Kartika terhadap kewajipan umat Islam yang melanggar undang undang Allah dan juga undang undang negeri akur terhadap hukuman dunia ini dan betapa bilamana sahaja hukuman itu dijalankan keatas dirinya, ia tidak lagi akan dikenakan hukuman di akhirat.
Berapa ramaikah diantara kita yang mengaku Muslim hari ini berani menerima hukum hakam Syariah Islam seperti Kartika Sari Dewi ini?
Di zaman orang orang yang kaya, berpangkat serta berkedudukan tinggi menggunakan segala kemewahan dan upaya yang ada pada diri mereka untuk melepaskan diri dari belenggu perundangan baik sivil manusia mahupun syariah Allah, kesanggupan ibu muda ini menerima hukuman perundangan Syariah Allah ini amat dialu alukan!
Seandainya Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan berjaya melaksanakan hukuman sebat ke atas Kartika itu sepertimana kita melihat terlaksananya Hukum Hudud di Wilayah Acheh, Sumatera Utara didalam video di atas, maka saya pasti kesan nya akan dapat kita lihat didalam negara kita ini dimana akan mula gerun lah hati pemuda pemudi dan juga yang sudah tua untuk terus melakukan maksiat sesuka hati mereka sepertimana sedang berleluasa sekian lama ini baik didalam negara kita mahupun serantau Asia?
Mereka yang sebelum ini tega memperjuangkan Daulah Islamiyyah sudah beransur ansur diam dan tidak lagi melaungkan slogan ‘Tegakkan Negara Islam berpaksikan Hukum Hudud dan Syariah Allah!’ sejak berpakat dengan seteru Islam didalam perjuangan siyasah mahu memerintah negara ini.
Apakah akan kita melihat sejarah terjadi dibumi Kuantan, Pahang Darul Makmur yang akan menjulang panji panji Allah Subhanahu Wa Ta’ala menegakkan Syiar Islam ditanah bertuah ini kembali ke zaman keagungan Islam dizaman Kesultanan Melayu Melaka yang melahirkan Hukum Kanun Melaka berteraskan Al Quran dan Sunnah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam?
Sama sama lah kita menanti perkembangan seterusnya didalam kes Kartika Sari Dewi ini.
Mudah2an Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerima taubatnya.
Amin ya Rabbal Alamin.
Hits: 3
Assalamualaikum,
Mana yang lehih berat antara minum arak dengan menyertai acara agama lain.
Minum arak jelas haram dihukum sebat lima rotan. Menyertai acara keagamaan lain syirik apa pula hukumnya?
Salam Tuan,
Terharu saya dgn kesedaran yg ditunjukkan oleh Kartika dan Bapanya. Inilah contoh hamba2 yg dikasihi oleh Allah. Yang apabila melakukan kezaliman terhadap dirinya sendiri, maka segera dikesali, InsyaAllah Allah akan merahmati beliau dan keluarganya.
menginsafkan…
Wa'alaikumsalam Omar.
Bab ini dah lama saya dok tegur tetapi seperti biasa, para pemimpin politik didalam negara ini baik dari BN mahupun dari Pembangkang sama sahaja dari segi ke'buta hati' an mereka bila beradapan urusan yang melibatkan upacara keagamaan yang bukan Islam.
Najib Tun Razak pernah menyalakan lampu yang digunakan didalam kuil dan tokong Hindu didalam acara sambutan Deepavali.
Begitu juga dengan Khalid Ibrahim.
Selalunya alasan yang diberikan adalah ianya upacara keramaian menyambut perayaan nasional. 😛
Akan saya tulis tentang ini sebaik selesai mengkaji kedudukan perkara.
Insya Allah.
Jumpalah Najib dan suruh ia jalankan hukum Islam di Malaysia kan dia pemerintah dan ia selari dengan jamaah awak yang menyeru kearah kebaikan sahaja tidak dengan jemaah yang menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Hukum Islam di Aceh tertegak dengan darah dan airmata perjuangan dan hanya dapat dijalankan dengan kuasa.
Tahniah kerana diiktiraf oleh Najib. Jamaah awak kalau adakan seribu kali perhimpunan pun tidak akan mengugat kerajaannya.