Bismillahirrahmanirrahim.
Surah Al Jumu’ah # 62 Ayat 9 hingga ke 11. Al Qur’anul Karim.
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
[10]Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
[11] Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar – berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:” Pahala – balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
Sadaqallah hal adzhim.
Demikianlah peringatan dari Allah Rabbul Jalil kepada kita umat Islam tentang perlunya kita bergegas ke masjid dan menghayati seruan mimbar di hari Jumaat nan mulia ini.
Namun sekarang, mimbar dicengkam oleh sang pemerintah dan khutbah cuma dibacakan oleh khatib yang ditekan dengan seribu satu kekangan.
Tidak boleh menegur pemerintah. Hanya baca apa yang disediakan didalam bentuk teks yang disaring dan di tapis memuja dan memuji `ulul amri sehingga jamaah menjadi lesu dan mengantuk mendengar propaganda semasa.
Ramai yang hadir membawa jasad mereka secara nyata manakala fikiran kebanyakan mereka melayang layang entah kemana?
Bicara politik sesetengah jamaah mengadu domba sewaktu khatib membaca khutbah.
Melenyapkan pahala hadir berjumaat ; menambah dosa , mengundang bala.
Saksikanlah suasana sebegini diserata negara. Anda pasti kan jumpa.
Inilah senario semasa.
Sampai bila?
Hits: 0
More Stories
Vivek @ Vivekanandhan, 59, [1961-2021]. Tamil Iconic Comedy Actor has died of a heart attack.
Serangan Anti-Asia semakin menular di Amerika Syarikat! Warga Malaysia harus sedar diri!
Selamat Pengantin Baru Anak Saudara Kami, Nur Fatin Nabila & Helmy Adnan!