Allah Subhanahu Wa Ta’ala Tuhan Maha Pencipta, Maha Penyayang,
Yang masih mahu mengekalkan kita didunia sementara ini
Walaupun segolongan besar dari kita terlalu sibuk
Sibuk dengan urusan siasah negara
Hiburan yang meleka
Sehati Berdansa
dan berpesta pora ikut suka….
Hati hati yang resah dengan pemilihan ke pangkat dan kedudukan sementara..
Pergolakan didalam parti dan negara..
Yang senantiasa berkacau bilau..
Berprotes sana ; berdemo sini..
Ada yang terpenjara akibat tulisan dan luahan tanpa mengambil kira..
Akan Hari Pembalasan..
Dihadapan Allah Azza Wa Jalla..
Di Yaum al Mahsyar..
Manusia rakus..
Berbunuh bunuhan demi segenggam uang..
Sebongkah emas..
Kata mengata..
Caci mencaci..
Hina menghina..
Semua berasaskan menurut rasa..
Tertewas Iman..
Dek penangan nafsu..
Yang senantiasa bergejolak..
Membakar minda..
Melupakan semua larangan dan suruhanNya….
Wahai teman, wahai saudara..
Marilah kita bertafakur sejenak..
Mengenang kembali akan segala perlakuan kita..
Apa masih teringat?
Ketika kita muda belia..
Sesuci embun dihujung daun..
Tatkala jiwa ini..
Masih suci tanpa noda dan dosa…
Sesuci anak anak yang riang gelak ketawa..
Ikhlas tanpa curiga
Tanpa sebarang prasangka..
Kembalilah wahai nafsul amarah…
Kesisi TuhanMu Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang..
Sebelum tiba sa’at dan ketika
Ruh mu terbang melayang..
Setiap insan pasti akan mati
Bila tiba saat ajalnya nanti
Tiada tertangguh barang sesaat
Pengabadian kita diliang lahat.
Maka rajin rajinlah wahai sahabat handai dan taulan
Berzikir bertasbih bertahmid mengikut kemampuan
Bersiap siagalah kita menghadapi ketentuan
Menyediakan jiwa kembali ke pangkuan Tuhan!
Qala inna lillahi huwa inna ilaihi raji`un.
Insya Allah!
Hits: 0
Tuan boleh saya tanya tak?
Itu kubur siapa?
Assalamualaikum Haziq,
Pusara arwah Babah @ Haji Said. Ayah saudara isteri saya.
Arwah seorang yang cukup berilmu agama yang tinggi.
Seperguruan dengan Arwah Aki Abdul Kadir, ayah biras saya Tuan Haji Abdul Latiff.
Kedua arwah Babah dan Aki Abdul Kadir orang orang Pahang yang amat tinggi ilmu agama mereka semasa hayat.
Saya rindukan kedua arwah ini. Semasa hayat mereka, saya sentiasa mendampingi kedua arwah ini dan sering bertanyakan hal ehwal agama pada mereka.
Sebab itu saya sebak dan menitiskan airmata bilamana saya berkesempatan menziarahi pusara Babah.
Rakaman terakhir video yang saya sempat ambil bersama arwah Babah :
http://www.youtube.com/watch?v=rNFkfywdVLQ
salam, semoga nukilan ini dpt dihayati oleh semua muslimin & muslimat.. sgt bermakna isi2nya..teruskan nukilan2 sebegini ya Mamu.. saya suka membacanya
Wa’alaikumsalam ya Fahmi.
Do’akan mamu sama.
Mudah2an Allah SWT akan membuka hati dan minda mamu untuk terus istiqamah di jalan Nya.
Amin.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
Assalam wbt.
Jika kita sentiasa nasihat menasihati seperti sekarang, insya allah Yang Maha Esa akan sentiasa memelihara kita dan menyayangi kita ……insya allah. Semoga secebis nukilan mamu tadi membawa impak yg besar kepada kita.
Wallahua'lam.