Assalamualaikum semua.
Muslim cilik diatas yang petah membacakan Surah Al Fatihah dan do’a doa’ lazim adalah cucu saudara saya Muhammad Aiman Irfan, anak sulung Kartina Muhammad dan Muhammad Azmir bermastautin di Telok Kumbar, Pulau Pinang.
Ibu Aiman @ Kartina Muhammad adalah anak saudara saya.
Aiman adalah seorang anak pintar yang belajar di Tadika Islam dahulu.
Kini ia sudah pandai membaca ayat ayat suci Al Quranul karim dan juga menghafal do’a do’a lazim.
Kebolehannya ini kekadang mengalahkan orang orang tua didalam penghayatannya terhadap maksud kandungan ayat ayat suci dan do’a do’a yang dihafalnya.
Atok Mamu adalah nama glamor yang diberikan kepada saya oleh Muhammad Aiman Irfan. Irdina adalah adik Aiman dan dua beradik ini sangatlah rapat dan mesra di antara satu sama lain. Si Irdina ini akan mengajuk setiap apa sahaja yang disebut atau dilakukan abangnya. Macam ada ‘echo’ saja bila si Aiman bercakap. Hehehehehehe…
Marilah bersama sama saya mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Hits: 5
salam.. sgat comel mereka berdua.. semoga mereka berjaya di dunia & akhirat..
Wa’alaikumsalam Fahmi.
Jazakallah khairan kathiraw diatas doa ikhlas Fahmi untuk kedua cucu saudara saya ini.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Mudah2an begitulah hendaknya dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Saya doakan Fahmi juga akan bertemu jodoh yang sesuai dan solehah serta akan dikurniakan Allah dengan cahayamata cahayamata penyambung zuriat keturunan Fahmi yang mukminin na wal mukminat.
Amin Ya Rahman. Amin Ya Rahim.