December 4, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Babi hutan mangsa langgar lari! Korban jalanraya Pahang.

Assalamualaikum semua.

Peristiwa korban jalanraya di Kg.Penor, Pahang diatas sempat saya rakam semasa didalam perjalanan ke Pekan, Bandar Di Raja Pahang Darul Makmur.

Baru pertama ini saya berkesempatan melihat rupa babi hutan secara dekat. Itupun setelah ianya sudah mati terbungkang ditepi jalanraya di kampung tersebut.

Jelas kesan pelanggaran dibahagian perut haiwan liar ini dan kelihatan darah berbuih keluar dari muncung binatang malang ini.

Dah sampai ajalnya. Namun saya fikir tentang nasib anak anak babi hutan itu yang sudah tentu kebingungan menanti kepulangan ibu mereka yang tak kunjung tiba?

Sepanjang perjalanan saya memandu dijalan kampong tersebut, saya kehairanan melihat sikap tidak bertanggungjawab pengguna jalanraya dikawasan perkampongan itu yang memandu laju tanpa menghiraukan kemungkinan kanak kanak atau sesiapa sahaja yang melintas secara tiba tiba?

Mungkin sebab yang mati kena langgar lari ini se ekor haiwan liar yang tidak bertuan melainkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala maka tidak ada sebarang waris datang menuntut bela tetapi inilah hakikat alam dimana manusia yang rakus, semberono memandu tanpa peduli akan alam sekitar dan haiwan serta margastua yang hidup bersama sama kita di alam ciptaan Allah ini!

Saya berharap supaya pemandu pemandu kenderaan di dalam negara ini akan berubah sikap dan lebih berhati hati di jalanraya.

Walaupun yang mati ini seekor haiwan, ada yang bergantung harap terhadapnya untuk mencari makan meneruskan penghidupan mereka di alam fana ini. Kasihan anak anak babi hutan tersebut. 🙁

Mudah2an kita semua boleh memandu dengan kadar kelajuan yang munasabah semasa melalui kawasan kawasan berdekatan hutan dan rimba didalam negara kita.

Peliharalah nyawa manusia dan makhluk lain yang tidak berdosa dengan tidak merempit macam setan dimana mana sahaja.

Hits: 0