November 29, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Hukum Shariah Malaysia adalah tidak menepati Hukum Allah SWT!

Kategori : Seruan kepada Muslimin dan Muslimat Malaysia sahaja. Para pembaca yang Bukan Islam dipohon sekadar membaca sahaja. Ribuan Terimakasih.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bismillahirrahmanirahim.

Dengan nama Allah, Tuhan Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh.
Saudara saudari, umat Islam tercinta sekelian.
Saya perhatikan bahawa sejak beberapa tahun ini, keadaan masyarakat Islam di Malaysia ini semakin lama semakin kalut dan berlakunya penyerapan budaya mungkar didalam dunia hiburan media massa tanahair dengan kadar yang amat membimbangkan.
Semuanya ini berlaku akibat ketidaktepatan Hukum Hakam Shariah didalam negara ini yang lari dari ketetapan Hukum Shariah Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang sebenar!
Negara kita ini dicanangkan sebagai sebuah negara Muslim yang progresif serta menjadi simbol kejayaan sebuah negara ‘Islam’ mengikut perspektif oleh para ‘sarjana dan ilmuan’ duniawi baik didalam negara ini sendiri mahupun dari negara negara Timur Tengah yang mendabik dada sebagai negara negara Islam sebenar?
Iye kah begitu?

Apakah kita ini benar benar sebuah negara Islam mengikut acuan dan garis panduan Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah?

Setahu saya, pemerintahan negara ini berpaksi kepada undang undang bukan Islam serta kedudukan Undang Undang yang diperakukan sebagai Undang Undang Shariah hanya sekadar bayang bayang sahaja dari Undang Undang Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang sebenar dan teramat jauh dari apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.
Sila betulkan saya jika sekiranya apa yang saya nyatakan disini adalah tidak benar dan dusta semata mata!
Saya ingin bertanya kepada para ‘ilmuan Islam’ didalam negara ini samada benar atau tidak kata kata saya diatas bahawasanya Undang Undang Shariah yang dimaktubkan didalam Hukum Kanun Sistem Perundangan Malaysia hari ini jauh panggang dari api didalam ertikata bahawa apa yang diwar warkan sebagai Undang Undang Shariah Persekutuan Malaysia adalah satu pemalsuan belaka dari segi unsur unsur perincian hukum jenayah yang disebut didalam Al Quran Al Karim dan keterangan didalam Hadis Hadis Sahih Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam?

Akibat kecelaruan dikalangan masyarakat kita terutamanya yang mengaku beragama Islam tetapi hidup mengalahkan orang orang kaffir dari sudut bebas melakukan maksiat dan jenayah amat membimbangkan sekali sejak akhir akhir ini!

Rompak, rogol, bunuh, menyerang dan membelasah warganegara termasuk sampai menyerang balai polis dan merompak OCPD Polis Johor Selatan Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob di Taman Damansara Aliff, Johor Bahru baru baru ini menunjukkan betapa undang undang sedia ada yang berasaskan hukuman sekular British tidak berkesan sama sekali untuk mengekang mahupun membanteras gejala peningkatan kadar jenayah negara!

Nak tunggu apa lagi?

Sampai negara ini menjadi huru hara?

Jangan persalahkan orang awam yang terpaksa mengambil langkah langkah menjaga keselamatan diri sendiri sehingga tertubuhnya nanti pasukan pasukan ‘vigilante’ persendirian yang terpaksa pergi memerangi para penjenayah durjana yang semakin berleluasa sekarang!!!

Sila lawati http://mpk.rmp.gov.my/jurnal/2005/riseofcrime.pdf untuk melihat sendiri kadar kenaikan jenayah yang diterbitkan oleh pegawai tinggi Polis di Raja Malaysia sendiri.

Ini pulak kadar jenayah syariah :
http://www.islam.gov.my/informasi/statistikjenayahsyariahseluruhmalaysia.php

Ini pula kadar jenayah secara am :
http://www.nationmaster.com/country/my-malaysia/cri-crime

Ini laporan http://www.groundreport.com/Arts_and_Culture/Crime-Rate-Increasing-by-the-year-in-Malaysia

Saya menyeru pihak Kerajaan Malaysia supaya kembalilah kepada fitrah.

Tegakkanlah Syariah Allah didalam ertikata sebenar benarnya dan hentikan berdrama swasta didalam memerintah negara ini mengikut lunas undang undang ciptaan manusia dan kembalilah kepada Hukum Allah Azza Wa Jalla.

Ada caranya jika benar benar ikhlas ingin melihat negara ini aman dan makmur kembali!

Seandainya Dato Seri Najib Tun Razak benar benar bersih dan sesuci embun diwaktu pagi, maka apakah yang perlu ditakutkan dengan Syariah Allah sebenar benarnya?

Ramai yang menuduh macam macam terhadap diri pencipta Wawasan 1Malaysia ini.

Soalnya apakah diri Menteri Perdana ke 6 Malaysia ini berani menegakkan panji panji Allah seperti selalu dilaung laungkannya atau ianya sekadar pengulangan retorik semasa yang semakin membasi dan lama kelamaan akan turut mengumpul debu dimuzium sejarah politik perjuangan mengisi tembolok masing masing?

Atau seperti biasa, tradisi salam berisi akan terus menjadi amalan tegar dikalangan pembesar negara?

Seperti biasa, yang boleh kita buat adalah tunggu dan lihat.

Tak gitu?

Hits: 1