Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Tuan tuan dan puan puan sekelian.
Saya telah menerima jemputan khas dari Kementerian Penerangan untuk hadir ke satu Majlis Ramah Mesra bersama YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Kerajaan Malaysia bersama dengan rakan rakan Bloggers Malaysia.
Majlis makan malam ini telah di adakan di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur bersebelahan dengan Kompleks Kraf Malaysia.
YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim.
Majlis bermula pada jam 8.30 malam dan dihadiri ramai rakan rakan Blogger terkenal negara. Diantara tamu tamu kehormat yang hadir adalah Dato Kadir Jasin (The Scribe A Kadir Jasin), Dato Ruhanie Ahmad(Kuda Kepang), Dato Ibrahim Yahya (Dunia Tiger), Ahiruddin Atan (Rocky Bru), Nuraina Samad, Nobisha, A Voice, Syed Akbar Ali, Parpukari, Kepal Nasi Kepal Beras dan lain lain.
Saya bersama YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Malaysia.
Rocky Bru dan Nuraina Samad
Dato Kadir Jasin, Nuraina Samad, Syed Akbar Ali, DSU Dr Rais Yatim, A Voice, Mahaguru58
KNKB, Dr Rais, Syed, Rocky, Nuraina
Nobisha dan Rakan Blogger
Penulis penulis blog tanahair hadir menyampaikan maklumat terkini tentang perkembangan siasah, agama dan sosial negara diatas kesedaran masing masing perlu menggunapakai kemudahan perhubungan internet yang ada dan tidak tertakluk kepada perintah atau arahan sesiapa.
Naluri semulajadi penulis blog berdasarkan kepada prinsip dan pegangan masing masing menjadi teras kepada usaha dan perjuangan masing masing.
Hadirnya Bloggers Malaysia semalam didalam majlis tersebut adalah untuk berkenal mesra diantara satu sama lain secara bersemuka dan untuk berinteraksi dengan YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim selaku Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan yang dipertanggungjawabkan menjaga dan menyelia hal ehwal Media Massa dimana secara tidak langsung kami turut serta memainkan peranan kami secara individu didalam usaha penyampaian maklumat kepada pelayar internet di alam siber.
Memang tidak dinafikan bahawa setiap Blogger ada kecenderungan terhadap sesebuah organisasi atau aspirasinya tersendiri.
Ada yang berjuang untuk menyampaikan berita terkini yang membabitkan perkembangan dunia politik tanahair, ada yang menggunakan blog untuk menyampaikan kefahaman tentang agama masing masing, hobi, hal ehwal masyarakat dan apa sahaja bidang yang disukainya?
Bloggers Malaysia seperti kami ini berperanan sebagai suara rakyat yang bebas menyampaikan laporan semasa, hasrat dihati dan aspirasi kami untuk melihat sesuatu pencapaian atau kemajuan didalam bidang yang kami perjuangkan mengikut cita cita dan kehendak kami sendiri.
Jadi, bagi diri saya sendiri, asas perjuangan saya adalah untuk menegakkan Daulah Islamiyyah dibumi Malaysia ini dengan segala daya upaya saya serta membantu pihak berkuasa Agama Islam didalam menyampaikan risalah agama kepada pembaca dan pelayar blog saya.
Bloggers lain mempunyai pilihan mereka sendiri. Saya berharap agar dunia Bloggers Malaysia akan terus berkembang maju mengikut garispanduan Ad Deenullah dan Adab Tertib kita selaku masyarakat berbilang kaum dan fahaman agama.
Kita boleh berlainan pendapat dan pegangan tetapi tidak lah perlu kita berlaku kurang tertib diantara penulis blog dan pembaca.
Seandainya tidak bersetuju dengan apa yang seseorang penulis blog itu tulis, maka ada cara dan kaedahnya untuk menyampaikan perselisihan pendapat masing masing dengan cara dan adab yang boleh diterima ataupun diterbitkan dilaman blog terbabit.
Agak janggal keadaannya bila seseorang pembaca atau pelayar blog mengirim komen memaki hamun mencerca dan menghina seseorang penulis blog itu dan kemudiannya mengharapkan sipenulis blog terbabit terbitkan makian dan cacian serta fitnah tersebut diatas dilaman blog yang sama dengan alasan kebebasan bersuara?
Bebas ke apa gitu?
Umpama membiarkan orang masuk menceroboh ke rumah kita dan dia berak kencing di ruang tamu rumah kita kemudian mengharapkan kita biarkan dia bebas berlaku sesuka hatinya berlaku biadap dan kurang ajar sebegitu?
Kalau begitulah kehendak sang penulis komen yang tak reti bahasa, minta maaf lah!
Hanya orang yang kurang waras sahaja akan mengizinkan si durjana bermaharajalela diruang tamunya begitu!
Menziarahi blog seseorang seumpama bertandang kerumah penulis blog itu.
Ada adab dan adat resam yang perlu diamalkan.
Didalam ajaran Islam kita, diwajibkan memberi salam kepada tuan rumah. Ada penulis komen yang kurang berakhlak tidak mengamalkan penulisan salam kepada penulis laman blog Muslim yang dikunjungi mereka.
Kemudiannya tanpa mukadimah atau awal bicara, terus disergahnya tuan empunya blog itu dengan caci maki dan kata nesta sesuka ia dan kemudiannya mengomel tak sudah bila komen taraf tahinya itu tidak diterbitkan tuan rumah blog tersebut?
Bukankah perbuatan gila sebegitu?
Usah dipersalahkan peredaran zaman sebagai alasan tidak berbudi bahasa bila bertandang ke laman blog orang!
Selaku manusia yang mendabik dada sebagai orang berilmu pelajaran dan faham akan keadaan semasa didalam apa sahaja bidang yang diceburinya, seseorang pelayar blog haruslah bersikap secara orang budiman didalam menyampaikan pendapat, komen atau ulasan terhadap sesuatu artikel terbitan mana mana blogger di alam siber ini.
Cara hendak menyampaikan pendapat, komen atau ulasan tersebut mencerminkan tahap kefahaman sesuatu perkara atau peribadi si pengulas atau pelayar blog.
Seandainya bahasa yang digunakan itu molek dan boleh diterima pakai serta sesuai untuk diterbitkan serta berkaitan dengan topik penulisan, maka ada kemungkinan si tuan empunya blog itu akan mempertimbangkan penerbitan ulasan atau komen yang dihantar kerana bersabit dengan perkara yang diutarakan si blogger.
Kekadang saya akan menerima komen komen yang memang tak ada nilai atau mutu langsung serta intipati ulasan atau komen itu tidak ada kena mengena langsung dengan topik artikel yang diterbitkan!
Jangan bermimpilah untuk melihat saya melayan komen komen merapu dan penuh fitnah atau merepek meraban tersebut!
Sekiranya ada pembaca artikel ini yang pernah mengirim sebarang komen berkelas sampah kepada saya, harap maklum bahawa blogger ini akan tetap menyaring dan melupuskan komen komen yang tidak berkualiti atau sesuai untuk penerbitan dilaman ini.
Penulis komen merapu tidak akan dilayan lagi sampai bila bila melainkan mereka bertaubat nasuha dan kembali ke jalan berinteraksi sesama manusia yang diredhai Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Sebaliknya semakin ramai pelayar blog yang tahu mengenang jasa Bloggers Malaysia menyampaikan maklumat terkini dan terperinci bebas dari fitnah dan berasaskan kebenaran siap disertakan bukti dan fakta mengenai sesuatu perkara.
Mereka sering mengirimkan emel mengucapkan syukur dan penyampaian salam tahniah kepada saya kerana menyampaikan yang hak dan menulis membanteras yang batil.
Baik dari pihak pelajar sekolah, pesara kerajaan, pekebun kecil, penduduk kampong, suri rumah, pegawai pegawai kerajaan mahupun swasta, CEO Syarikat besar2an mahupun sampai ke peringkat Menteri pun sudah ramai yang mengirim warkah penghargaan kepada saya kerana berpegang teguh kepada prinsip saya menulis demi Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam yang tercinta!
Ini membuatkan blogger seperti saya lebih bersemangat untuk terus bermujahadah berjuang menulis dengan lebih jitu lagi!
Terimakasih kepada semua yang berkenaan.
Semoga Allah Azza Wa Jalla mengampunkan dosa dosa kita semua dan menerima mujahadah hamba ini dan juga tuan puan sebagai kaffarah terhadap salah silap kita yang lampau mahupun yang akan datang?
Amin! Ya Rabbal Alamin!
Semoga ada manfaat berhubungan sesama kita demi Allah Azza Wa Jalla dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Hits: 2
Assalam wbt.
Alhamdulillah, terjumpa juga saya blog saudara yg menyelitkan unsur2agama ( dakwah ). Dalam kesibukan ini dapatlah juga menambah ilmu agama semoga kita sama-sama mendapat keredhaan-Nya dan sentiasa ditunjukkan jalan yang benar.
Wassalam.
Wa’alaikumsalam Sdra Mohd.Rizal,
Selamat berkenalan wahai saudaraku.
Semoga perkenalan ini akan membuahkan hasil titian silaturahim diantara kita, Insya Allah!
Bersamalah kita bertukar fikiran dan maklumat yang boleh menambah ilmu pengetahuan Ad Deenul Islam untuk faedah dan kebaikan kita bersama.
Jazakallah kerna sudi mengikuti usaha hamba.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
assalamualaikum.. wah nmpknya tuan blog pergi ke majlis itu.. nmpnya demokrasi semakin mekar di Msia.. harapnya suara2 blogger Msia didengari kerajaan Msia supaya dpt memakmurkan lagi Msia..
Jika betul PAS ikhlas dalam menegakkan syiar Islam atau bertujuan utk menyebarkan Islam, buatlah program2 yg menepati syiar Islam. Jemput mereka2 dlm PR mahupun bukan Islam dan terangkan serta bercakap ttg ciri2 Negara Islam, Hukum Hudud dan beberapa lagi ciri dlm menegakkan syiar Islam.
PAS sering bercakap soal Hukum Hudud & Negara Islam tetapi apa yg selama ini dibuat utk memartabatkan perjuangan mereka?
Biar kita lihat adakah mereka benar2 Ikhlas utk mendekati PAS atau mempergunakan PAS semata2 demi kepentingan politik.
Kembalilah utk bermuzakarah dgn UMNO. Seteruk2 UMNO pada pandangan PAS mereka adalah saudara kamu dan wajib merapatkan persaudaraan sesama Islam. Mulalah merapatkan saf sesama Islam. Adakanlah muzakarah kerana ia dituntut oleh Islam.
Jgnlah biarkan mereka2 yg berckp atas pentas politik menggunakan nama Islam sambil mewarwarkan beberapa petikan sahaja dlm Islam yg menguntungkan puak2 pendokong demokrasi ala Yahudi. Fahamilah mereka, tegurlah mereka.. jgn biar mereka mempersenda Kalam Allah..
Dimana PAS yg kita kenali dahulu yg membela Bangsa, Agama & Negara bilamana kadang2 UMNO tersasar?
Jika pejuang2 PAS masih lagi hidup dimuka bumi ini nescaya berlinangan Air Mata mereka melihat bagaimana perjuangan PAS telah terpesong dr perjuangan asal.
Wa’alaikumsalam Saudaraku Fahmi,
Adab Muslim bila dijemput ke majlis dimana kandungan rancangan nya untuk mengeratkan tali silaturrahim diantara Ulul Amri dan Ummah, maka wajib kita hadir.
Makanya saya hadir mengeratkan persaudaraan sesama Islam dan Alhamdulillah mendapat beberapa sahabat baru didalam hidup saya.
Doakan kami terus selamat bermujahadah demi Allah dan Islam, Insya Allah!
Jazakallah kerna sudi mengirim komen saudara.
Semoga Fahmi diberkati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan kebaikan duniawi dan Akhirat hendaknya.
Amin.