Assalamualaikum wahai Muslimin dan Muslimat sekelian.
Bagi anda peminat sepak terajang politik negara terutamanya peminat gila DUN Perak Darul Ridzuan yang kini berada diratings paling top dunia kucar kacir siasah tempatan, maka dipersilakan mengikuti drama swasta ….mungkin rasmi lah kot ye yop?
Di zaman serba canggih ini, bilamana dipergunakan sistem pesanan segera @’Instant Messaging’ maka tak dapat tidak akan ada simpanan rekod kiriman pesanan berkenaan didalam server sistem pesanan ringkas tersebut.
Maka dipaparkan dibawah ini satu set transkrip komunikasi diantara apa yang tertera sebagai perhubungan diantara seorang yang menggunakan sistem sebegitu.
You disini bermaksud = Speaker DUN Perak. YB Nga Kor Ming dicetak identiti nya disebalik pepatah pepatah arahan yang pada hemat saya nampak seperti arahan arahan yang dikeluarkan Nga kepada si Speaker DUN Perak dan diakhir ada terdapat nama Ngeh!
Samada transkrip ini sahih atau tidak terpulang kepada tafsiran tuan puan tetapi apabila saya membaca terbitan artikel di https://www.mahaguru58.com/2009/04/amaran-kepada-sesiapa-yang-nak-copy.html, saya bagi pihak diri sendiri percaya bahawa ada kisah sebenar disebalik sepak terajang politik di Negeri Perak Darul Ridzuan yang kita sebagai warganegara Malaysia tidak tahu akan hal ehwal sebenarnya ini?
Jika transkrip ini mendedahkan akan keadaan sebenarnya kepada punca pergolakan politik di Perak, maka saya tidak hairanlah kerana ada ‘puppetmasters’ yang berperanan mengarah si Sivakumar rupanya?
Ini kerana berasaskan pada airmuka si Sivakumar, saya tak nampak macam beliau ini seorang yang gila kuasa dengan sendirinya? Lebih ketara wajah seorang yang sedang dipaksa, tak gitu?
Rupa rupanya ada ‘Tuan Direktor’ dan ‘Assistant Direktor’ yang mengarah si Tuan Speaker buat ribut dengan menggantung kawan itu dan menyekat kawan ini dari bertugas?
Entah lah tuan puan pembaca sekelian! Dah jadi macam episod drama swasta caca marba dah perihal kerajaan negeri Perak yang kini boleh dikatakan Darul Raplah sebab tindak tanduk disebalik tabir DUN ini?
Drama ini dikatakan diarah pasangan Nga dan Ngeh, yang merupakan sutradara episod terkotor politik didalam negara Malaysia ini jika benarlah apa yang dipaparkan didalam transkrip arahan arahan kedua sutradara terulung DUN Negeri Perak sebelum ini yang berkerajaan Pakatan DAP-PKR dan PAS seperti tertera dibawah ini:
Sumber terbitan transkrip ‘malatop’ ini adalah dari https://www.mahaguru58.com/2009/04/amaran-kepada-sesiapa-yang-nak-copy.html
Tuan puan pertimbang sendiri lah samada yang kita dapat baca dibawah ini adalah yang hak ataupun cobaan?
Wallahu `alam bissawab!
Sila klik diatas imej imej dibawah untuk membaca dengan lebih jelas!
Situanpunya blog dah bagi amaran kepada sesiapa yang hendak menerbitkan semula diblog masing masing supaya mengambil tanggungjawab sendiri sekiranya berlaku apa apa tindakan berhubung saman menyaman keatas blogger yang menerbitkan transkrip ini.
Namun pada hemat saya sekiranya perkara ini adalah benar, maka kenapa perlu takut mendedahkan akan skandal politik di Perak ini?
Biarlah pihak PDRM siasat dan menegakkan keadilan! Bukankah itu peranan media blog ini?
Membantu pihak berwajib membetulkan keadaan dengan mendedahkan yang hak dan membanteras yang batil?
Saya berpegang kepada prinsip menyampaikan yang hak demi keadilan! Bukan menghebahkan retorik atau fitnah tetapi pengamalan penulisan demi Allah didalam ertikata sebenar benarnya.
La haula wala quwwata illa billah hil aliyyil adzhim bil sultanik!
Hits: 0
terima kasih keran berani menyebarkan maklumat ini
Berani kerana benar ; takut hanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Faisal!
Itu tanda seorang Abdillah sebenar!
Insya Allah!