Rakyat Negeri Sembilan memang bernasib baik!
Bernasib baik tidak mendapat Yang Di Pertuan Besar Tauke Kilang Arak Carlsberg sebagai Raja mereka!
Kerabat di Raja Negeri Sembilan rupanya mempunyai seorang Tauke Kilang Arak terbesar di Malaysia sebagai salah seorang kerabat di raja yang hampir!
Hampir dipertabalkan sebagai Yang di Pertuan Besar Negri Sembilan baru baru ini dari 3 orang!
Mujurlah yang terpilih adalah Duli Tuanku Mukhriz yang memang tepat sekali pilihan baginda sebagai Raja dan Yang Di Pertuan Besar Negri Sembilan, Bumi Adat di Semenanjung Tanah Melayu ini.
Jikalah tersalah keputusan Undang Undang Negeri menabalkan Naqiyudin sebagai Yang Di Pertuan Besar, maka silap haribulan Negara Malaysia ini kelak akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong Tauke Kilang Arak!!!!
Na’uzubillahimin zalik!
Phewwwww!!!!
Pada mulanya saya tidak perasan akan perkara ini tetapi bila Abdul Rahman Celcom hantar pesanan Yahoochat pada saya pagi tadi meminta saya mengulas artikel terbarunya menghentam UMNO, maka saya membuat kajian saya tersendiri dan memang geram melihat manusia manusia yang di raikan orang sebagai pembesar pembesar Tanah Melayu ini rupanya terdiri dari mereka yang mentekedarah hasil pembuatan dan penjualan arak terbesar di negara yang mendabik dada sebagai negara Islam di rantau ini.
Ikuti laporan http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20(725KB).pdf untuk mengenali Pengarah pengarah Syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.
Laporan Reuters :
http://www.reuters.com/finance/stocks companyOfficers?symbol=CBMS.KL&viewId=bio
Jen. (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali bin Dato’ Mohd. Seth, P.G.A.T., P.M.N., P.S.M., S.P.M.J., S.I.M.P., D.H.M.S., P.N.B.S., J.M.N., P.P.C., jssc, psc
Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar
D.K., D.K.Y.R., S.P.N.S., S.P.M.P., P.P.T.
Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin, P.S.M., P.J.N.,
J.S.M., S.M.J., K.M.N.
Seorang Kerabat Di Raja Negri Sembilan, seorang bekas Jeneral Angkatan Tentera kita dan seorang tokoh korporat dan juga pengarah Scomi Berhad, syarikat kelolaan anak bekas Perdana Menteri Al Imamul Akbar Al Islam Hadhari Tun Abdullah Badawi al Ngantuki.
Cantik!!! Memang kelas sungguh jatidiri manusia manusia yang bergelar di Malaysia ini.
Setakat nak harap darjah dan pangkat kebesaran berjela jela dibelakang nama ini, saya tak hairan lah barang secebis sekali pun!
Bagi saya pakcik tua yang duduk berzikir dipenjuru masjid itu jauh lebih hebat dari manusia manusia bergelar ini!
Rakyat Malaysia! bukalah mata anda seluas luasnya dan sadar akan peribadi manusia manusia sebegini yang kekadang disanjung, dimuliakan dengan hamparan permaidani merah, menjunjung sembah hormat ketika mereka lalu, hanya perbuatan sia sia belaka!
Rakyat Negri Sembilan! Anda perlu mengadakan kenduri majlis kesyukuran kerana terlepas bala musibah mendaulatkan seorang tauke kilang arak!
Hish!!! Loya tekak hamba memikirkannya…..
Carlsberg ..oh Carlsberg…berpengarah Melayu rupanya kamu…
Patutlah tak boleh disentuh Al Maunah sekalipun….
Sialnya berterusan dibumi bertuah ini…..
Selagi ujudnya kilang arak haram tajaan makhluk diraja ini dan juga dua orang lagi manusia Melayu yang mengaku Muslim tetapi berkelakuan haprak seperti ini..selagi itulah negara kita ini akan terdedah kepada murka Allah Azza Wa Jalla!!
Satu persatu bencana alam sedang melanda negara kita yang sebelum ini tidak pernah berlaku?
Apa sebabnya?
Bila sesebuah negeri atau negara dimana penduduknya ramai beragama Islam tetapi mempunyai pembesar dan pemimpin yang menaungi kerja kerja maksiat dan mungkar seperti mendirikan kilang arak dan pusat judi serta makan hasil haram darinya itu, maka halal lah akan diri mereka itu ditimpa musibah Allah!
Bila manusia manusia yang diamanahkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk menjaga urusan umat Islam khianat terhadap amanat itu dan bertindak membelakangkan ajaran Islam dan perintah Allah, maka jatuh haramlah kepimpinan mereka itu!
Hadith Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dari Kitab Ahkam, Sahih al Bukhari. Mukasurat 1024. Bab 85. Hadith # 2201 :
Di riwayatkan oleh Ma`qil bin Yasar Radhiallahu Anha :
Aku mendengar Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bersabda : ” Mana mana lelaki yang Allah kurniakan pangkat dan kedudukan berkuasa ke atas manusia dan tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara beramanah, tidak akan dapat mencium bau syurga”.
Sadaqa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.
Ini khianat namanya tuan tuan dan puan puan. Bukan setakat manusia 3 orang di atas ini sahaja yang sedang melakukan pecah amanah rakyat terhadap mereka?
Ramai lagi. Satu persatu akan kita dedahkan bilamana sampai saat dan waktu serta bukti bukti yang kukuh serta sahih, Insya Allah!
Manusia manusia pembesar Melayu yang dipaparkan diatas sekian lama ini selesa menaja kilang arak terbesar di rantau Asia ini kerana sekian lama ini media perdana tidak berani mendedahkan kepada pembaca umum akan kelakuan seperti ini kerana ujudnya penapisan oleh para editor dan arahan kementerian itu dan ini.
Mintak maaf le, blogger seperti saya ini hanya akur pada Allah Subhanahu Wa Ta’ala!
Dah tua dah bro…apake jadahnya nak gentar dengan manusia?
Alang kepalang hidup biar dalam keadaan mujahadah menebus dosa dan silap kita jangan mati didalam keadaan syubhat dengan makhluk perosak sekelian!
Kita dedahkan semata mata kerana Allah! Blogger seperti saya ini tidak hairan dengan pangkat dan kedudukan duniawi. Ikhlas fisabili Lillahi Ta’ala!
“HasbunAllah wa niaqmal waqil!” “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”.
Wala haula wala quwwata illa billah hil aliyyil adzhim! ‘Tidak ada kuasa selain Allah yang Maha Perkasa!’
Biar umat Islam sedar akan siapa dia makhluk makhluk yang mereka sanjung, hormat, puji dan puja sekian lama ini?
Hadith Sahih Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam yang menyuruh kita makan benda halal dan mencari rezeki yang halal!
Takkan pembesar Melayu bertiga di atas jahil tentang hukum hakam Islam yang dibawa Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam sampai dah tua beruban kesemua mereka ini?
Bayangkanlah dah berapa lama dok makan hasil dari kilang arak ini dan bagi makan anak bini mereka?
Kasihan sungguh anak anak bini yang membesar dari makan minum hasil haram sebegini?
Kasihan……
Beruntung lagi makcik tua dipedalaman yang makan nasi berulam pucuk paku dari manusia bergelar makan mewah tetapi berulam hasil haram seperti ini!
Agak agak tuan puan, akan sadar diri ke makhluk makhluk bergelar ini?
Entah le….
Hits: 115
Salam sejahtera,
Terima kasih,Begitulah kesan penjajahan mike yang mengamalkan agama suku politik suku.bangsa suku,malaysia suku,raja suku,rakyat suku.Kita sentiasa dihidang dgn berita betapa maksumnya pemimpin kita oleh media perdana.Inilah sebabnya kita menang sorak kampung tergadai ,negeri tergadai dan negera tergadai.Mike tidak akan memikir kesan malah berbangga dgn status yang ada.aku kaya..aku kaya…aku..kaya.Tak payah fikir2 yahudi senyum sampai ke telinga tengok pemimpin kita.Ayuh berhijrah lah kita dari yang baik kepada lebih baik.
Sah dan nyata kebanyakan kerabat diraja N9 ni adalah raja tongang…
kalau nak details cuba la menyelinap masuk di parti sebuah syarikat yang terletak ditepi kubur cina berhampiran dengan bangunan yang ada buku besar kat atas bangunan tersebut.
Sykt tu cukup sinonim dengan akhiran kaum cina bila bercakap dengan orang melayu….
Sykt ni empunya kerabat n9, tapi di konker oleh cina, cina memang besar kepala di sykt ni,,, melayu pun sama la dok menongangya kalau bila ada parti,, bila dah menonggang lepas tu apa lagi baju kemana dara kemana la,,, kalau parti kupon beer dapat 3 tapi soft drink hanya satu sahaja dibekalkan kepada staff.
Kalau disebelah petang dalam jam 5 ptg sykt ni adalah transit pelacur dan gro untuk dihantar ke kem kem lampias nafsu oleh cina cuma nasib baiknya pelacur dan gro ni pun dari cina juga la…
di sykt ni surau hanya dibina di kawasan parking kereta je,, sedangkan di pintu masuk sykt ni adalah tempak tonggang menonggang… hebat sungguh melayu n9 ni… ni tak de kena mengena dengan UMNO ye,,,, kepada pejuang PAS.
Kalau dulu sebelum mmemerintah selangor, pAS kata nak tutup kilang arak di selangor, amacam sekarang hassan ali,,, bila nak tutupnya…ke khalid ibrahim dapat juga syer,, ke khalid ibrahim ni pun sama juga tonggangnya….
drpd keratan quran tu, “whoever put the people into troubles and difficulties, will be put into troubles and difficulties by Allah”
Brother Anwar Bin Ibrahim.
patut la tak jadik PM.
Assalamualaikum saudara anonymous,
Ada sedikit pembetulan yang perlu saudara faham.
Ini adalah Hadis Sahih Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam. Bukan Surah atau terjemahan dari Al Qur’an. Harap jelas.
Tentang pendapat saudara, saya tidak bangkang. Kita serahkan kepada Allahu Akbar.
Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui.
Wassalamualaikum.
Kalau dulu sebelum mmemerintah selangor, pAS kata nak tutup kilang arak di selangor, amacam sekarang hassan ali,,, bila nak tutupnya…ke khalid ibrahim dapat juga syer,, ke khalid ibrahim ni pun sama juga tonggangnya….
PAtut soal mengapa UMNO tak tutup la for the last 50 years.
Bukan soal Khalid atau Hasan Ali
Sepatutnya kita kena soal mengapa Kementerian Kewangan masih mengeluarkan lesen judi dan arak?
Mengapa Mahaguru58 tidak publish cerita Najib Tun Razak meluluskan 10 lesen judi dalam bulan pertama beliau sebagai Menteri Kewangan?
Kalau BN stop dan tarik lesen arak ni, otomatik kilan carlsberg ni tutup.
Mahaguru,
“Bagi saya pakcik tua yang duduk berzikir dipenjuru masjid itu jauh lebih hebat dari manusia manusia bergelar ini!”
Saya setuju bahawa pakcik tu jauh lebih hebat.
Allah beri gelaran kepada manusia yang bukan nabi iaitu sahabat2 nabi s.a.w disebut r.a (radiallahu anhu)
Gelaran itu lah yang kita sanjung dan keredhaan Allah lah yang kita cari.
Jazakallah.
hanya allah yang maha mengetahui…dh lame tau dh..tq bro..slm perdamaian n tolenransi..eden pun ank nogori..mujur la..
Mahaguru,
Walau pun saya setuju judi tu haram tetapi facts are facts. Kalau baca Business Times tu betul-betul yang diluluskan bukan 10 lesen baru tetapi 10 cabutan tambahan dalam setahun kepada tiga syarikat judi yang ada – Magnum, Toto dan Damachai.
Jadi Abdul Rahman Celcom telah membuat fitnah dalam blognya. Bukankah fitnah pun satu dosa besar, wahai Mahaguru?
Kalau ditakdirkan beliau terpilih menjadi Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan hari itu, mungkin saudara juga boleh dituduh sebagai derhaka kerana mengeluarkan artikel tersebut dalam blog saudara.
Assalamualaikum Tulang Besi @ Abdul Rahman Celcom,
Begini sajalah bro,
Selama 50 tahun BN memegang kuasa. Selama itu juga PAS dan parti pembangkang yang lain ada didalam Parlimen.
Sudah berapa banyak usaha yang telah pihak bijak pandai agama baik didalam PAS mahupun UMNO duduk berbincang tentang perkara ini?
Setahu saya, dua dua pihak degil giler tak hendak bermesyuarat, berbincang mencari jalan penyelesaian masaalah!
Sejak dulu sampai sekarang UMNO kata PAS ; PAS dok mengata UMNO!
Yang susah rakyat biasa. Sultan dan Raja Melayu yang mengisytiharkan diri sebagai Ketua Agama dok nganga kah sekian lama ini?
Bukankah hal ehwal Agama Islam terletak dibawah kuasa Tuanku sekelian?
Dalam bab kilang arak Carlsberg ini, letaknya dinegeri mana?
Saya ingin bertanya apakah pihak Istana Selangor tak pernah ambil pusing tentang musibah ini?
Jangan dok raplah jingga berkelahi bertengkar siang malam pagi petang macam nak mampos!
Apa tindakan tuanpunya negeri tempat kilang arak terbesar di Asia ini beroperasi?
Itu yang kita perlu tahu?
Tulang Besi,
Saudara berkata bukan soal Khalid Ibrahim atau Hassan Ali!
Saudara dok hentam UMNO memanjang sejak kenal internet ini.
Soalan saya bukankah sekarang PAS bersama DAP dan PKR yang berkuasa memerintah negeri Selangor tempat kilang ini beroperasi?
Dah setahun lebih dok pegang kuasa kat atas Negeri Selangor, dok tunggu apa lagi?
Menteri Besar kan berkuasa memerintah Kerajaan Negeri?
Persembahkanlah usul menutup operasi kilang arak Carlsberg itu kebawah duli Sultan Selangor!
Dok tunggu apa lagi?
Dah bukan kuasa UMNO kan?
nazirul mubin dan mutakalim. Syukur alhamdulillah !
Kita boleh bersyukur saja bahawa bencana besar pemerintahan dibawah pendokong industri arak terbesar di dalam negara tidak menjadi kenyataan!
Alhamdulillah!
Tuan Haji Maarof,
Kita tanya dia saja samada dia ada membuat kajian terperinci ke tidak sebelum dok lepas peluru sebegitu terhadap UMNO?
Memang fitnah itu lebih besar dosa dia dari membunuh!
Berani fitnah ; berani tanggung le!
Saudara Alias Mohd Yusof,
Berani kerana benar brader!
Derhaka apake bendanya jika menyatakan yang hak?
Setakat makhluk yang mendokong industri arak ini, saya tidak hairan lah brader!
Sebagai Muslim kita kena takut kepada Allah bukannya manusia tak kiralah siapa dia , Sultan ke Maharaja ke?
Jika seseorang pemerintah itu hidup memakan hasil haram, haram lah juga pemerintahan nya keatas rakyat!
Hadith Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam. Sahih Bukhari. Kitab Ahkam. Mukasurat 1024. Bab 1.Hadith # 2199.
Mendengar dan Ta’at kepada Imam ( Pemerintah Muslim) selama ianya tidak derhaka terhadap Allah!
Anas bin Malik Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam telah bersabda bahawa : ” Hendaklah kamu dengar dan taat akan perintah Imam kamu (pemerintah Muslim) walaupun ia dahulunya seorang hamba Habsyi yang berkepala seperti kismis”
Pengajaran daripada maksud hadis ini adalah kita kena taat dan akur terhadap pemerintah kita walaupun jika ianya dahulu seorang hamba abdi berkulit Hitam @ Habsyi berambut kerinting kecut macam kismis HANYA JIKA PEMERINTAH ITU TIDAK DERHAKA TERHADAP AMANAT ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA!
Seandainya Naqiyudin menjadi Agong, minta maaf le , Hamba allah ini tidak akan taat kepada orang seperti itu seandainya ia tidak bertaubat nasuha dan kembali ke jalan Allah!
Derhaka terhadap Allah atau makhluk yang mengingkari Rabbul Alamin?
Takkan saudara Alias mahu engkar terhadap Allah?
Mahaguru,
Selama 40 tahun pemerintahan bapa kepada taukeh arak ini di N9 di bahagian khatib mendoakan panjang umur beliau semasa khutbah Jumaat saya menurunkan tangan saya. Sekarang dengan Yamtuan baru yang berhak barulah saya menadah tangan balik.
Setiap tahun semasa pemerintahan bapa taukeh arak ini juga diadakan jamuan makan diikuti dengan majlis tari menari semasa keputeraan beliau. Ini diadakan di Istana Besar Seri Menanti.
Semasa menunggu boss-boss mereka makan dan menari para pemandu dan bodyguards kepada tetamu berjudi di satu kawasan khas di perkarangan istana. Jadi istana ini dijadikan kasino sementara.
Pasangan perempuan kepada tetamu-tetamu dikehendaki memakai ‘evening dress’ yang diantaranya mendedahkan. Semasa tari menari pula boleh bertukar pasangan.
Semasa tari menari botol-botol arak akan dibuka. Sekarang baharu saya tahu siapa diantara para sponsor botol-botol arak tersebut.
Ini bukan cerita yang saya dengar, tapi saya lihat sendiri. Saya ada masukkan dalam blog saya dengan pos ‘Naik terror ride’. Inilah salah satu sebab saya menolak dari menerima apa-apa pingat dari Istana Seri Menanti.
Adalah diharapkan di bawah pemerintahan Tuanku Muhriz ini segala kemungkaran yang saya sebut tadi tidak berlaku lagi. Jangan buat saya menurunkan tangan semasa imam membaca doa semasa khutbah Jumaat.
alhamdulillah:)
assalamualaikum.. masyaAllah… terima kasih atas pendedahan ini..
En. Mahaguru58, Sebenarnya sayalah yang memberikan maklumat tersebut kepada Abd Rahman Tulang Besi…
http://www.malaysiawaves.com/2009/04/antara-islam-dap-pas-dengan-islam-tokeh.html
Mengenai penutupan Kilang Carlsberg… ianya agak susah bagi PAS didalam kerajaan PR… kerana..
1. Kilang Carlsberg mempunyai hubungan dengan pemimpin diperingkat Persekutuan menerusi 3 ekor yg mengaku Islam tersebut… banyak halangan dari persekutuan… 3 ekor ni mesti menggunakan pengaruh mereka di kerajaan persekutuan untuk menentang penutupan kilang arak ini…
2. Saudara memberi cadangan untuk dipersembah kepada Sultan Selangor… sebenarnya, Sultan Selangor pun 2 kali 5 jugak… sepupu saya pernah jadi driver dia di Langkawi masa dia masih jadi Raja Muda… mabuk sampai kena pimpin balik hotel…
3. Terdapat halangan dari beberapa pihak dalam PR sendiri… sedangkan PAS menerusi ahli majlis bukan Islam (cina dan india) pernah usulkan untuk haram arak dan judi di Klang/Shah Alam dan mendapat tentangan dari puak puak dalam PR sendiri… jadi PAs akan memahamkan dahulu mereka ini akan rasionalnya mengharamkan Arak dijual bebas dan judi yang banyak supaya senang usaha usaha untuk menghadkan penjualan arak dan judi serta penutupan kilang carlsberg/Guiness di Selangor apabila terdapat desakan kuat dari masyarakat Islam dan Bukan Islam untuk menutup kilang arak….
Disebabkan terdapat tentangan dari PR sendiri dalam isu ini lah punca Datuk Hassan Ali cuba main tarik tali dgn parti Pr yang lain dan mengatakan PAs jadi junior partner di Selangor… sehingga mendapat serangan bertali arus dari Tulang Besi… Cara beliau sekarang dengan memperbanyakkan program agama di Selangor bagi mendidik dan beri kefahaman kepada rakyat tentang ISlam untuk membentuk desakan secara semulajadi terhadap penutupan Kilang Arak ini…
Jazakallah Tuan Anak Perelih,
Dewasa ini memang semakin menjadi halangan dari pihak pihak berkepentingan menyekat usaha murni fisabilillah dari pegawai pegawai baik kerajaan mahupun dari parti pembangkang bilamana mahu kita banteras industri haram ini didalam negara.
Walaupun tahu bahawa arak dan judi membawa pelbagai bencana kepada manusia baik yang Islam mahupun yang tidak, mereka yang berkuasa tetap mahu memejamkan mata dan membatukan hati mereka membiarkan onar ini berterusan.
Sebagai penulis blog berasaskan perjuangan saya sebagai seorang hamba Allah, saya suarakan disini menegur mereka yang bertopengkan pangkat dan kedudukan istimewa dikalangan masyarakat bergelar.
Namun ada pula pihak yang datang menyerang memaki hamun memfitnah kita macam macam hanya kerana kita tidak sefikrah siasah dengan mereka dan mencaci cerca saya serta seorang sahabat saya lagi supaya kami pergi bertahlil dan berdoa dikubur seorang tauke judi!
Begini peribadi pejuang parti Islam Malaysia?
Saya pegang kepada nasihat Sayyidina Isa ibni Maryam Alaihis Salam supaya tidak mengalungkan kalungan mutiara keleher khinzir.
Amat tepat sekali nasihat berguna yang melangkaui zaman.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang Maha Mengetahui akan siapa dia yang ikhlas berusaha dijalanNya dan siapa dia dajjal dajjal dikalangan kita yang melontar kata nesta maki hamun cerca menghina kaum dan sebagainya!
Saya bertawakkal kepada Allah dan menyahkan anasir anasir pengadu domba pemfitnah durjana dari kehidupan saya.
Insya Allah!
Hasbunallah wa niaqmal wakil!
Wala haula wala quwwata illa billah hal aliyyil adzhim bil sultanik!
Jazakallah Tuan diatas kesudian mengirim fikrah ke laman hamba yang tidak seberapa nya ini.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Abdillah.
Tidak semua pejuang PAS seperti Tulang Besi dan penyokong mereka.. mereka ini pun menyerang beberapa pemimpin PAS sendiri…
penambahan…
3. Terdapat halangan dari beberapa pihak dalam PR sendiri… sedangkan PAS menerusi ahli majlis bukan Islam (cina dan india) pernah usulkan untuk haram arak dan judi di Klang/Shah Alam
Ahli majls perbandaran tersebut adalah dari PKR dan DAP… terdapat beberapa pihak didalam PKR dan DAP yang menyokong hasrat PAS untuk mengharamkan arak dan judi.. tapi ada yang menentang… jadi tugas sekarang ialah untuk memahamkan mereka… dan pendekatan secara perlahan/berhikmah… bukan macam zaman UMNO perintah dahulu… semakin jauh mereka menjarakkan bukan Islam dengan Islam… Yang penting ialah adanya usaha kearah memahamkan Islam kepada Rakyat dan mengharamkan arak dan judi dijual secara berleluasa dan terbuka…
negara islam perlu bertoleransi dengan orang bukan islam. dalam hal ini dengan membenarkan penjualan arak. tapi, apakah ertinya negara islam yang tidak mempunyai hukuman berdasarkan syariah? soalnya malaysia ni negara islam ke?
Kalau TUHAN mahu menurunkan balanya..maka semua juga pasti merasa…
apa sudah jadi dengan Malaysia??..