Dunia politik Malaysia memang semakin berserabut!
Setiap ahli politik berebut rebut.
Menonjolkan diri sebagai juara.
Ingin menjadi pemimpin negara.
Makanya kini bersuara si Kalaivanar.
Bekas jagoan hero PKR si Anwar.
Yang menjadi persoalan rakyat adalah kenapa?
Semasa bersama tidak kedengaran rungutan atau apa apa?
Apakah ini lumrah dunia siasah politik demokrasi?
Pabila sudah lama bersama, hilang manis tinggal pucat lesi?
Berkokok kokok sahut sahutan segala ayam sabung semasa…
Bilamana impian dan cita cita hancur musnah dan binasa…
Walau siapa yang tampil berjanji disitu, bersumpah disana…
Hakikat kehidupan duniawi kita terpulang kepada usaha sendiri juga akhirnya…
Tidak kais pagi, maka kebulur lah sampai ke petang…
Sedangkan para pemimpin pujaan kekenyangan tidur berdengkur sambil terlentang….
Inilah dia dunia politik terkini Malaysia…
Yang dulunya benci, menyampah, kini kembali bersemangat baru nampaknya….
Walhal bersumpah bertalak tiga….
Kembali merujuk …tanpa Cina Buta…nampaknya…
Hehehehehehe….
Dunia…dunia….
Macam macam warna, rupa dan gaya…..
Yang dah senang semakin berjaya….
Yang dok raplah…
Semakin bermasaalah…..
Ish!…Ish!..Ish!..Ish!…
Cobaan…lagi nampak gaya?
Hits: 0
salam. mahaguru58 macam tak suka anwar saje?
Wa’alaikumsalam.
Betul le tu. Dah nama nya negara bebas, terpulang le pada masing masing nak suka ke atau apa apa sahaja!
Wallahu`alam bissawab.