November 29, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

KENYATAAN MEDIA YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR

Dari http://rockybru2.blogspot.com/2009/02/mukhriz-to-karpal-singh-king-jangan.html


“Saya mengecam sekeras-kerasnya keceluparan Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Karpal Singh menggunakan kata-kata kesat terhadap Pergerakan Pemuda UMNO di Parlimen kelmarin.


Beliau bukan sahaja telah melanggar peruntukkan 36 (4) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan kata-kata kesat digunakan sewaktu perbahasan di dalam Dewan, malah ianya berunsur fitnah dan pembohongan apabila menuduh Pergerakan Pemuda UMNO sebagai membuat ancaman jenayah dengan menghantar dua butir peluru kepadanya.


Melanggari peruntukkan 36 (4) tersebut, YB Karpal Singh telah dengan sengaja cuba mengalih perhatian rakyat terhadap penderhakaan beliau kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak.


Maka saya dengan tegasnya mendesak Pengerusi Kebangsaan DAP itu untuk mengakui Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menyanjung Sistem Raja Berpelembagaan.


Kegagalan berbuat demikian membuktikan bahawa YB Karpal Singh mengkhianati Rukunegara dan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, saya menggesa pihak berkuasa agar segera menahan dan mendakwa YB Karpal Singh di bawah Akta Hasutan 1948 jika beliau terus enggan berganjak daripada sikap penderhakaan ini.


Pada masa yang sama, saya ingin berpesan kepada YB Karpal Singh agar jangan terlalu besar kepala sehingga tidak menghormati Raja-Raja Melayu kita.


Kenyataannya bahawa “Singh is King” menunjukkan bahawa beliau sudah terlalu takbur sehingga menganggap dirinya seorang Raja mengatasi kedaulatan Raja-Raja Melayu yang sudah bertakhta sejak turun temurun.


Bak kata pepatah Melayu, “Telajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa;, keceluparan beliau adalah provokasi yang tidak diundang.


YB Karpal Singh nyata tidak langsung menghormati mahupun mengendahkan tatasusila mesyuarat dan kesopanan Dewan Rakyat. Meskipun akhirnya YB Karpal Singh menarik balik kenyataan yang telah dibuat, saya menggesa beliau digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat untuk suatu tempoh yang dianggap wajar sebagai sempadan yang mesti diawasi oleh ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Rakyat.


SEKIAN”.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tuan tuan dan puan puan pembaca blog yang dihormati sekelian.


Soal Karpal Singh seorang OKU tidak menjadi persoalan disini bilamana ia lantang memaki hamun Pemuda UMNO sesuka hatinya dan kemudian dengan jelas menuduh mereka yang menghantar 2 butir peluru dan ancaman maut terhadap dirinya dan keluarga!


Kenyataan Dato’ Mukhriz Mahathir bahawa keceluparan Karpal Singh itu adalah provokasi yang tidak diundang!


Karpal Singh sudah sekian lama mengeluarkan pelbagai macam kenyataan yang menghiris hati Melayu dan Umat Islam di dalam negara ini.


19 tahun yang lalu Karpal Singh mencabar sesiapa sahaja yang mahu mendirikan Negara Islam di dalam negara Malaysia ini supaya melangkah mayatnya!


Seorang rakyat bukan Islam negara ini mencabar Kesultanan Melayu dengan secara langsung bilamana ia mencabar sesiapa sahaja ditanahair ini untuk melangkah mayatnya jika mereka berani menegakkan ‘Negara Islam’ di dalam Malaysia ini!


Hari ini manusia celupar ini semakin angkuh bila menggertak secara terang terangan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mencabar dirinya dengan membuat laporan polis terhadap niatnya hendak menyaman Duli Tuanku Sultan Perak!


10 tahun lalu Karpal Singh meminta maaf kepada umat Islam Malaysia bila saya mencabar kenyataan angkuhnya itu didalam Forum Keadilan yang dianjurkan DAP, ADIL dan PAS!


Namun hari ini saya rasa Karpal Singh tidak ikhlas memohon maaf dari kita umat Islam kerana masih terus menghuru harakan negara ini dengan kenyataan kenyataan angkuhnya menghina dan mencerca sesuka hatinya akan segala yang kita sayang dan hargai didalam tanahair tercinta kita ini!


Karpal Singh merasakan dirinya kebal dari undang undang kerana ia telah begitu lama mencari makan didalam bidang perundangan dan merasakan dirinya begitu gah sekali sehingga berani menggertak keseluruhan warganegara kita ini seramai 26 juta orang lebih secara terbuka!


Makanya dia berani bersuara lantang menyatakan ‘ Singh is King’ didalam Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen negara Malaysia ini sendiri!!!


Kerajaan Malaysia dan Barisan Nasional seolah tidak mampu mengambil sebarang tindakan keatas peguam ini kerana apa?


Apakah hanya kerana dia seorang yang dikatakan Orang Kurang Upaya, dia bebas berkata apa sahaja di dalam Parlimen?


Apakah hanya kerana dia seorang Ahli Parlimen dia boleh mencabar sesiapa sahaja dan menuduh Pemuda UMNO sebagai mereka yang bertanggung jawab mengirim ancaman maut terhadapnya?


Bukankah ini salah dari segi undang undang kerana tidak disertakan dengan bukti atau adakah negara kita ini mempunyai dua rang undang undang yang berbeza?

Bagaikan kaduk naik junjung!


OKU bebas memaki hamun sesuka hatinya dan disokong oleh puak yang sanggup menderhakai perjuangan ummah demi kuasa politik semata mata!


Kecacatan seseorang itu tidak menghalalkan ia berkata ikut suka dan menggertak keseluruhan masyarakat umum secara terbuka begitu!!!


Tegakkan undang undang demi masadepan negara ini atau bersedialah menghadapi risiko natijah kebangkitan massa akibat kebiadapan terlampau ini!

Hits: 0