November 28, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Britain usir Ahli Parlimen Belanda – Laporan Utusan Malaysia

LONDON 13 Feb. – Britain semalam mengusir ahli Parlimen Belanda yang telah dikecam kerana menghina Islam, Geert Wilders apabila beliau cuba memasuki negara ini.

Wilders yang telah mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di negara ini menerusi filemnya, Fitna, dihantar pulang dengan menaiki sebuah pesawat penumpang, beberapa jam selepas ditahan oleh pegawai imigresen, setibanya beliau di Lapangan Terbang Heathrow di sini semalam.

Jabatan Dalam Negeri Britain mengumumkan bahawa Wilders dihantar pulang untuk menghalangnya daripada menyebarkan “mesej kebencian dan keganasan.”

“Beliau tidak dibenarkan masuk. Sesiapa yang tidak dibenarkan memasuki United Kingdom (UK) akan ditahan dan dihantar pulang.

“Mereka tidak akan dibenarkan masuk ke UK,” kata seorang jurucakap.

Setiausaha Luar, David Miliband yang mengaku beliau belum menonton filem tersebut memberitahu stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC): “Filem berbaur kebencian yang bertujuan untuk mencetuskan kebencian agama dan kaum di negara ini adalah bercanggah dengan undang-undang kita.”

Menteri Luar Belanda, Maxime Verhagen memberitahu rakan sejawatannya di Britain dalam satu perbualan telefon semalam bahawa The Hague “amat kesal” dengan pengusiran Wilders itu.

Ahli Parlimen tersebut telah dijemput untuk menayangkan filemnya selama 17 minit itu di House of Lords iaitu dewan tertinggi Parlimen Britain.

Fitna menyamakan Islam dengan fahaman Nazi dan menggandingkan imej-imej serangan 11 September di Amerika Syarikat (AS) dengan gambar al-Quran.

Ia telah digambarkan sebagai “filem anti-Islam yang sangat menyinggung perasaan” oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.

Wilders, 45, yang bakal dibicarakan di Belanda kerana mencetuskan kebencian dan diskriminasi terhadap penduduk Islam, ialah pemimpin parti pelampau berhaluan kanan, Parti bagi Kebebasan (PVV) yang memenangi sembilan kerusi dalam Parlimen Belanda. – AFP

Laporan Utusan Malaysia Online.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum Ya Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.

Semoga anda semua berkeadaan sihat sejahtera dan selamat senantiasa.

Merujuk kepada berita laporan diatas.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Britain diatas pengusiran tersebut.

Mana mana manusia yang menimbulkan masaalah kepada keharmonian sejagat harus di halau dan ditegah dari memasuki negara yang mahu mencari kedamaian.

Saya percaya keadaan sekarang dimana Presiden Amerika Syarikat sudah bertukar dari George Bush Jr yang memang tidak ada integriti langsung dan menjadi kuda tunggangan rejim Zionis Israel kepada Presiden Barack Hussein Obama Jr. yang terpaksa akur sama kepada rejim Zionis itu tetapi masih ada perbezaan sedikit dari cara perintah bekas Presiden ke 43 Amerika Syarikat dari segi intelek dan sifat kemanusiaan.

Kita tidak boleh mengubah sejarah yang lalu tetapi kita semua masih mampu untuk menentukan apa yang akan datang?

Belanda telah membiarkan Geert Wilders yang merupakan salah seorang ahli parlimen nya untuk mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia dengan penerbitan filem anti Islam berjudul ‘Fitna’ dan menggambarkan Islam serupa dengan Nazi.

Yang saya hairan macamana ada pula mangkok hayon dari Parlimen Britain boleh mengundang di penyebar kebencian ini hadir ke sana untuk menayangkan filem sampahnya untuk tontonan Ahli Ahli Parlimen Britain di House of the Lords?

Silap haribulan mesti kena tumbuk dengan George Galloway, Ahli Parlimen Britain yang lantang menghentam sesiapa sahaja yang mencemarkan kesucian Islam!

Pada perhatian saya, George Galloway ini sudah lama memeluk agama Islam cuma ianya tidak mengumumkan keislaman beliau.

Cuba lihat beliau berucap di protes protes anti kekejaman rejim Zionis yang menyerang Gaza baru baru ini?

Beliau akan memulakan ucapan beliau dengan salam yang sempurna dan kemudian menterjemahkannya didalam bahasa Inggeris.

Semoga MP George Galloway benar benar telah menjadi seorang Muslim di UK kerana dengan kehadiran dan kelantangan beliau bersuara, sekurang kurangnya ada juara di kalangan masyarakat Islam di Britain untuk membela kepentingan dan nasib saudara saudari kita disana.

Tuan tuan dan puan puan sekelian.

Bukan didalam sekelip mata dapat kita hapuskan permusuhan sebilangan manusia manusia sejagat terhadap kita umat Islam ini.

Ianya memerlukan langkah langkah pro aktif dari keseluruhan umat Islam terutama dari Muslimin dan Muslimat yang berupaya melakukan pendekatan Dakwah al Islamiyyah didalam skop kebolehan masing masing.

Bukan semua orang berupaya untuk memimpin dan berucap didalam perhimpunan perhimpunan massa.

Ada yang merasa segan dan malu kerana penguasaan Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin atau Tamil tidak sebagus mana dan membuatkan mereka fobia untuk mengeluarkan pendapat atau berucap di khalayak awam.

Bagi saya, ini tidak menjadi hal kerana mereka masih boleh menyumbang untuk usaha dakwah ini dengan melalui laman laman web, blog dan sebagainya.

Dewasa ini kita tahu ada langkah langkah beberapa pihak seperti orang orang yang cenderung kepada pemahaman ‘liberalisasi didalam agama’ untuk menghasut dan merubah pemikiran umat Islam supaya terpesong dari ajaran Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dan perintah Allah Tuhan Semesta Alam.

Sisters in Islam yang terdiri dari kumpulan wanita wanita Melayu telah memulakan persidangan Islam Liberal di ibukota negara kita sekarang dengan menjemput salah seorang penasihat mereka si Amina Wadud yang telah mencetuskan kontroversi di dunia Islam dengan mengimamkan Solat Jumaat di Amerika Syarikat beberapa tahun lalu.

Hadirnya beberapa lelaki Muslim solat berimamkan Amina Wadud ini jelas menunjukkan kesempitan ilmu agama yang di miliki mereka dan kejahilan umat Islam yang menjurus kepada perbuatan bodoh sebegitu.

Sekarang ini para pendukung Islam Liberal sedang berkampong di Prince Hotel, Kuala Lumpur dengan menjemput para pemimpin mereka dari seluruh dunia untuk bersidang dan menggarap beberapa tuntutan lagi untuk memperjuangkan kesamarataan bagi wanita mengikut acuan pemikiran mereka yang bersambalkan semangat feminisma terlampau berlaukkan gulai fikrah Barat yang melampaui batasan batasan agama Islam.

Baru baru ini didalam pertemuan saya dengan pemimpin kerajaan yang bertanggung jawab menguruskan hal ehwal agama Islam negara kita, beliau telah meluahkan rasa bahawa bukan mudah bagi beliau dan pegawai pegawai jabatan agama untuk membanteras penyelewengan penyelewengan seperti yang dibawa Sisters in Islam kerana adanya sekatan dari pihak tertinggi lagi yang bertanya apakah beliau dan pegawai pegawai agama hendak merampas kuasa istana?

Saya harap tuan tuan dan puan puan faham dan dapat menangkap maksud dan isi perenggan diatas?

Ada tangan tangan yang secara tidak langsung tidak gemar akan ketegasan pemimpin agama sekarang untuk menghapuskan cabaran cabaran terhadap ummah kerana satu sahaja masaalah iaitu masaalah ego.

Iya. Hanya ego sahaja yang menjadi batu penghalang kepada pelaksanaan Hukum Hakam Allah diatas muka bumi Malaysia ini.

Bayangkan bahawa di Malaysia ini, kita semua di kabarkan bahawa kuasa tertinggi di Kerajaan Malaysia terutama didalam bab pentadbiran hal ehwal Agama Islam, kuasa memutuskan sesuatu perkara itu terletak pada tangan Sultan Sultan dan Raja Melayu.

Namun didalam istana sendiri, Duli Duli Tuanku senantiasa didampingi dan dinasihati oleh mereka yang mempunyai agenda dan kepentingan masing masing.

Saya hairan kenapa Sultan Sultan dan Raja Melayu telah membiarkan puak puak dajal perosak keamanan negara dari segi penyelewengan ajaran ajaran Islam ini untuk terus bebas menjalankan dakyah dakyah mereka dan kenapa Sultan Sultan Melayu takut untuk menegakkan panji panji Islam sepertimana yang telah diamanahkan terhadap baginda sekelian?

Apa masaalah nya?

Apakah dengan Duli Tuanku sekelian menegakkan panji panji Islam dengan menitahkan Menteri Agama kita beserta para pegawainya menjalankan kerja kerja membersihkan negara kita ini dari ajaran ajaran songsang dan apa apa sahaja gerakan seperti Islam liberal yang bercanggah dengan Ad Deenullah akan menyusahkan Tuanku sekelian?

Susah kat mana tu?

Duli Tuanku Sultan Melayu sekelian tidak dipertandingkan didalam pilihanraya umum.

Baginda Tuanku semua selamat bertakhta dinegeri masing masing.

Ubahlah pendirian lampau dan berhijrah lah ke arah memartabatkan Daulah Islamiyyah didalam ertikata sebenar.

Jangan diganggu gugat tugas tugas Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri dan berikan lah kuasa sebenarnya kepada Ketua Pengarah JAKIM, JAIS, JAWI dan segala JA yang ada didalam negara kita untuk menegakkan yang makruf dan mencegah serta menangkap yang mungkar!

Berikanlah kuasa sebenar kepada Polis Di Raja Malaysia untuk membanteras segala salah laku di atas tiket kebebasan itu dan ini yang sedang menghuruharakan tanahair tercinta kita ini.

Sepatutnya Kerajaan Malaysia berani menegakkan Undang undang Allah didalam ertikata sebenar benarnya dari mengikut telunjuk dan kehendak mereka yang keliru agama ini!

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan bersara pada bulan depan ini dan digantikan Datuk Seri Najib.

Buatlah sesuatu yang baik untuk ummah dengan memperkasakan mereka yang di pertanggungjawabkan dengan amanah menjaga urusan ummah.

Usahlah bertindak sebagai dinding halimunan untuk menyekat para pegawai agama kita untuk bertugas dengan sempurna.

Masyarakat umum tidak sadar akan ujudnya halangan halangan birokrasi yang terdapat di peringkat teratas pentadbiran negara.

Masaalah masaalah ini lazimnya berasas pada satu sahaja.

EGO!

Sekiranya Duli Tuanku benar benar menghayati erti sujud terhadap Ar Rahman dan sadar akan tanggungjawab terbesar Duli Tuanku sekelian terhadap memupuk kesedaran dan kefahaman Islam warganegara kita dalam ertikata sebenar nya maka tidak lagi akan Tuanku sekelian dituduh sebagai Raja dan Sultan Melayu yang lalai dan gagal didalam menjaga kepentingan umat Islam seMalaysia ini!

Ramai yang mengirim emel dan komen bertanyakan saya tentang apa dia sumbangan Sultan Sultan dan Raja Melayu terhadap Islam dibumi Malaysia ini bilamana saya tegas bangun membela Sultan Perak yang dihina dan dicerca sebilangan besar pendokong Pakatan Rakyat didalam kes pemecatan MB Perak dari Pakatan Rakyat?

Saya sadar bahawa memang teramat kurangnya rekod jasa Duli Tuanku Sultan dan Raja Melayu didalam satu satunya bidang kuasa yang Tuanku kesekelian diberikan tugas dan tanggung jawab selaku Ketua Agama Islam di negeri masing masing dan Yang Di Pertuan Agong keatas negeri negeri seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Selaku seorang penulis blog Muslim yang ta’at kepada Ulul Amri selagi Ulul Amri itu sendiri ta’at terhadap Allah Azza Wa Jalla dengan memerintah negara ini mengikut apa yang di perintah Allah dan menjalankan pentadbiran negeri masing masing sesuai dengan anjuran Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam, maka saya menulis semua ini supaya dibaca dan dihayati masyarakat sesama Islam dengan saya.

Insya Allah, tidak lama lagi akan saya beserta rakan rakan seperjuangan menjalankan aktiviti Muslim Bloggers Alliance untuk membawa mesej Islam kepada masyarakat melalui ‘Unit Bergerak Dakwah’ yang sedang saya merangkakan dan Alhamdulillah mendapat restu dan sokongan pihak berwajib.

Doakan lah kejayaan kami didalam menerobos sempadan minda masyarakat dan rakyat negara kita ini yang kini dilanda fitnah Islamofobia yang menjurus kepada kebencian terhadap Islam dan Muslim tanpa perlu.

Puak puak peracun fikrah warga Malaysia akan kita hadapi sepertimana dituntut didalam Islam.

Membujur lalu melintang patah.

Insya Allah!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassallamualaikum Warahmatulillahi Ta’ala Wabarakatuh.

Hits: 0