December 11, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Demonstrasi Bantahan Pemuda Melayu Selangor dan Wilayah terhadap Karpal Singh esok!

Assalamualaikum Ya Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.

Saya telah menerima sms dari +60122845222 yang memaklumkan saya bahawa Pergerakan Pemuda Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan satu bantahan besar besaran terhadap Pengerusi DAP seMalaysia Peguam Karpal Singh a/l Ram Singh dihadapan pejabat Karpal Singh di Jalan Pudu, KL, esok.

Kandungan sms yang saya terima adalah seperti berikut :

‘Assm. Demonstrasi Bantahan Pemuda S’gor dan Wilayah terhadap kebiadapan Karpal Singh kepada Sultan Perak, akan diadakan pada hari Selasa, 9.30 pagi, di Menara Maybank Jln Tun Perak; utk berarak ke Pejabat Karpal Singh di Jln Pudu..mohon kerjasama rakan2 utk hadir protes ini. Pakaian bebas dan bersongkok. Tksh.’

Saya telah menelefon nombor yang tertera diatas dan beliau mengesahkan perkara tersebut.

Jadi sebagai menjalankan tanggungjawab saya selaku seorang umat Islam dan warganegara yang patuh terhadap prinsip prinsip Rukunegara, maka saya sampaikan kepada anda pembaca blog saya ini akan seruan di atas.

Jika anda benar benar seorang warga prihatin yang tidak rela Baginda Tuanku Al Sultan Perak dihina dan dicerca sedemikian rupa oleh Karpal Singh yang mengepalai mereka yang kini berani menderhaka terhadap titah Tuanku, maka anda putuskan sendiri samada anda akan menghadiri demonstrasi ini untuk mendukung prinsip prinsip Rukunegara kita?

Sila dail nombor 60122845222 untuk pengesahan demonstrasi ini.

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
  • memelihara satu cara hidup demokratik ;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Bagi saya selaku seorang warganegara yang sedar diri akan tanggungjawab saya terhadap agama, bangsa dan negara, maka Insya Allah akan saya bersama mereka esok.

Tarikh : Selasa 10hb Februari 2009 bersamaan 14hb Safar, 1430 Hijrah
Waktu : Jam 0930 pagi
Tempat: Berhadapan Menara Maybank, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.
Tempat di tuju : Pejabat Peguam Karpal Singh,
67, Jalan Pudu Lama,
50200, Kuala Lumpur
.

Ini adalah makluman kepada mereka yang sedar akan kedudukan semasa umat Islam dan warganegara pendukung Prinsip Rukunegara Malaysia.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatulillahi Ta’ala Wabarakatuh!

Takbir!!!

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

~@~


Sila ikuti apa kata Karpal Singh terhadap isu isu semasa dan juga menyentuh Duli Tuanku Sultan Perak didalam rakaman video ini:


Hits: 0