December 9, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Pancaroba Politik Perak Darul Ridzuan – Natijahnya kepada Melayu

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, GCB, KStJ
Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri Perak Darul Ridzuan dan jajahan takluknya.

Assalamualaikum.

Saudara dan saudari sekelian terutamanya warga negeri Perak Darul Ridzuan yang diingati.

Tuan tuan dan puan puan sekelian.

Dewasa ini saya lihat perbuatan melampau sebilangan dari warga Perak yang memaki hamun Kebawah Duli Tuanku Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Perak Darul Ridzuan semakin menjadi gara gara terbit kekecewaan dihati mereka yang terbabit dari kecundangnya Kerajaan Negeri Perak DR dibawah Pakatan Rakyat akibat petualangan beberapa ADUN dari parti PKR dan DAP yang berpaling tadah kepada Barisan Nasional.

Tuan tuan dan puan puan sekelian.

Sultan Sultan dan Raja Melayu adalah benteng terakhir bagi menjamin kesinambungan jatidiri orang orang Melayu dari hilang pupus ditelan zaman.

Seandainya institusi Kesultanan Melayu Semenanjung ini sudah tidak dihormati lagi, maka masa depan orang orang Melayu di Malaysia ini akan turut terjejas dan kemungkinan tumbang digantikan dengan sebuah republik.

Apakah orang orang Melayu Malaysia mahu melihat perkara ini terjadi?

Simbol Ketuanan Melayu adalah Kesultanan Melayu.

Sekiranya sudah ada Melayu yang berani berkurang ajar terhadap Sultan Melayu sendiri dengan memaki hamun Duli Tuanku maka tunggu sahaja natijahnya bila orang orang bukan Melayu akan mencarut dan menghina keseluruhan institusi Kesultanan Melayu seNusantara!

Negara Malaysia ini berpaksikan kepada Rukunegara.

  1. Kepercayaan kepada Tuhan.
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
  3. Keluhuran Perlembagaan.
  4. Kedaulatan Undang Undang.
  5. Kesopanan dan Kesusilaan.

Saudara saudari sekelian.

Barangsiapa yang mengaku dirinya sebagai warganegara ini maka ianya dituntut supaya menghormati kesekelian prinsip prinsip Rukunegara Malaysia ini.

Sesudah percaya kepada Tuhan, kita dituntut untuk setia kepada Raja dan Negara. Setia didalam ertikata ini adalah untuk tidak menderhaka terhadap baik Sultan Sultan kita mahupun negara Malaysia.

Namun sayang, disebalik usaha menuntut keadilan dan kuasa politik, beberapa kerat golongan orang orang yang mengaku Melayu kini berubah menjadi petualang dan penderhaka terhadap Al Sultan Perak Darul Ridzuan.

Kita ini sebagai umat Islam dan rakyat negara ini tidak harus lupa kepada rentetan sejarah lama.

Memang Sultan Sultan, Raja dan Yang diPertuan Besar Melayu tidak maksum dan manusia biasa seperti kita.

Namun Duli Duli Tuanku bukan orang kebanyakan untuk dicaci maki ikut suka kerana tanpa Kesultanan Melayu, maka orang orang Melayu akan menjadi pelarian dibumi sendiri sepertimana telah berlaku kepada masyarakat Red Indian di benua Amerika Syarikat, masyarakat Maori di New Zealand, masyarakat Aborigine di Australia dan sebagainya.

Penderhakaan orang orang Melayu yang telah memaki hamun Sultan Perak jika di ikut Adat Resam Melayu lama adalah dihukum pancung atau dibunuh dengan ditikam keris panjang dari tulang selangka mereka sampai mati.

Kebawah Duli Yang di Pertuan Agong yang sedang bersemayam sekarang, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum ini pernah dihina dan dicerca oleh Melayu UMNO Terengganu bilamana Tuanku Sultan Mizan tidak memperkenankan perlantikan Dato Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar dan memilih Dato Ahmad Said menjawat kedudukan terpenting didalam Kerajaan Negeri Terengganu Darul Naim.

Baginda Tuanku dimaki oleh puak UMNO Terengganu melalui kain rentang dengan perkataan yang memang tidak patut sama sekali oleh mereka yang mengaku Melayu!

Jika penderhakaan sebegini berlaku pada zaman dahulu, sudah mencium tanah sekelian bangsat tersebut namun kerana zaman ini kononnya zaman sudah maju, maka telah lupa akan adat resam junjungan bangsa oleh petualang petualang tersebut.

Kini sejarah hitam ini berulang kembali dengan munculnya para penderhaka kepada Tuanku Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan penerbitan kata kata penghinaan terhadap Duli Tuanku Sultan Azlan Shah pula lantaran perintah Tuanku terhadap mantan Menteri Besar Pakatan Rakyat Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaludin untuk meletakkan jawatan tersebut memandangkan Pakatan Rakyat tidak lagi mempunyai kelebihan majoriti perwakilan di dalam Dewan Undangan Negeri Perak berikutan pengisytiharan 2 ADUN PKR dan seorang ADUN DAP bahawa mereka telah keluar parti masing masing dan kini adalah ADUN BEBAS.

Walaupun perkara ini amat memeritkan hati dan perasaan anggota Pakatan Rakyat, mereka tidak harus cepat melatah dan bertindak sedemikian rupa dengan memaki hamun Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri Perak Darul Ridzuan dan jajahan takluknya sebegitu!

Pada hemat saya Baginda Tuanku bertindak demikian kerana tidak senang dengan cara Pakatan Rakyat telah memerintah Negeri Perak sejak mengambil alih kerajaan negeri selepas memenangi Pilihanraya Umum ke 12 atas gabungan rapuh antara DAP yang memenangi 17 kerusi DUN, melebihi perwakilan PKR 7 dan PAS 6.

Kelebihan perwakilan Cina DAP mungkin merisaukan pihak Istana Perak dan cuma menanti sebarang salah tadbir atau perubahan majoriti kerusi perwakilan didalam Dewan Undangan Negeri Perak untuk Tuanku memerintah perletakan jawatan MB Pakatan Rakyat ini?

Berikut adalah senarai EXCO Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dimana kedudukan EXCO Melayu teramat sedikit sekali :

MENTERI BESAR PERAK
YAB Ir. Tuan Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin(PAS : Pasir Panjang)
E-Mel : nizarmb@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Kewangan, Pembangunan Ekonomi, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan,
Pembangunan Luar Bandar

EXCO KANAN
YB Ngeh Koo Ham (DAP : Sitiawan)
E-Mel: ngehkooham@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air, Hal Ehwal Bukan Islam

EXCO
YB Nga Kor Ming (DAP : Pantai Remis)
E-Mel : ngakorming@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan, Pengangkutan Awam

EXCO
YB A. Sivanesan A/L Achalingam(DAP : Sungkai)
E-Mel : asivanesan@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Kesihatan, Alam Sekitar dan Suumber Manusia

EXCO
YB Seah Leong Peng (DAP : Pasir Bedamar)
E-Mel: seahleongpeng@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Kebudayaan, Belia dan Sukan

EXCO
YB Chen Fook Chye (DAP : Keranji)
E-Mel: chenfookchye@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Perpaduan dan Integrasi Nasional, Hal Ehwal Pengguna

EXCO
YB Su Keong Siong (DAP : Pasir Pinji)
E-Mel: sukeongsiong@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi

EXCO
YB Jamaluddin bin Mohd Radzi(PKR : Behrang)
E-Mel: jamaluddinradzi@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian, Perdagangan

EXCO
YB Tai Sing Ng(PKR : Kuala Sepetang)
E-Mel : taisingng@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Pembangunan Industri, Penerangan

EXCO
YB KAPTAN (B) Mohd Osman bin Mohd Jailu(PKR : Changkat Jering)
E-Mel : mohdosman@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Pelancongan, Pembangunan Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

EXCO
YB Tuan Haji Mohd. Zainuddin bin Mohd Yusof(PAS : Lubuk Merbau)
E-Mel : mohdzainuddin@perak.gov.my

Pengerusi Jawatankuasa:
Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan

Ini adalah apa yang saya fikirkan?

Mana mungkin sebuah Kesultanan Melayu seperti Kesultanan Perak ini selesa dengan kedudukan rapuh orang orang Melayu yang didalam Pakatan Rakyat tergantung harap pada hegemoni kekuasaan politik parti bukan Islam seperti DAP yang sejak sekian lama lantang menuntut hak kesamarataan bagi mereka didalam sebuah negeri yang dibawah jajahan takluk dan perintah Sultan Melayu seperti Negeri Perak Darul Ridzuan ini?

Bilamana UMNO Perak yang memiliki 28 perwakilan Melayu dan 1 MCA berjaya menarik masuk 2 Adun PKR Melayu tanpa mengambil kira pertuduhan rasuah dsbnya keatas diri mereka dan juga seorang Adun Cina DAP, maka sudah tentu pihak Istana Perak menghela nafas lega dan serta merta memerintah letak jawatan terhadap MB Pakatan Rakyat yang sebelum ini telah menganugerahkan hakmilik kekal 999 tahun kepada orang orang Cina Perak dan hanya 99 tahun hakmilik pajakan kepada penduduk Melayu Perak dan berbagai perkara lain lagi yang tidak digemari Duli Tuanku?

Wallahu Alam bissawab!

Biar kita menghadapi kenyataan bahawa menangnya Pakatan Rakyat didalam Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun sudah telah menyaksikan kekuasaan politik orang orang Melayu terutama dari UMNO hancur lebur di negeri negeri yang selama ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Kelantan umpama milik kekal PAS dan memang susah untuk BN menawannya kembali.

Kekalahan BN terutamanya UMNO mungkin telah menyusahkan hati Duli Duli Sultan Melayu yang khawatir akan kedudukan Baginda Tuanku sekelian dek kemerosotan sokongan rakyat kepada satu satunya parti politik yang menjadi akar tunjang menyokong kedaulatan dan kesinambungan Kesultanan Kesultanan Melayu di Semenanjung Malaysia ini?

Kehilangan pengaruh dan kekuasaan politik orang orang Melayu dewasa ini mungkin menjadi penyebab kenapa Duli Tuanku Sultan Azlan Shah tidak berkenan terus mengekalkan pentadbiran Pakatan Rakyat yang ternyata diterajui DAP yang terang terangan memusuhi Islam dan konsep Ketuanan Melayu dengan memperjuangkan prinsip ‘Malaysian Malaysia’ mereka yang memang sebiji serupa dengan tuntutan ‘Malayan Union’ sebelum Merdeka lagi!

PAS ternyata tidak mempunyai kelebihan majoriti didalam Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan PKR kelihatan sedia mengorbankan segala keistimewaan Melayu demi memenuhi cita cita politik Pemimpin Ulungnya Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjawat kerusi Perdana Menteri sebelum kembali ke Rahmatullah?

Pengaruh Pemimpin DAP Perak EXCO Kanan YB Ngeh Koo Ham didalam menentukan arah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dikatakan menjadi punca ketidakpercayaan pihak Istana terhadap arah tuju pentadbiran MB Nizar dan mungkin ini adalah titik tolak perubahan sokongan Duli Tuanku Al Sultan Perak terhadap Kerajaan Negeri dibawah pimpinan MB Nizar sejak 11 bulan yang lalu?

Keghairahan MB Nizar meraikan ADUN UMNO dari Bota yang berdrama swasta berpaling tadah ternyata memakan dirinya kembali sekarang bila ADUN Bota itu terbukti hanya ‘Kuda Trojan’ UMNO yang berjaya menjatuhkan kuasa politik Kerajaan Pakatan Rakyat dengan begitu mudah sekali!

Barangsiapa yang berjuang merebut kuasa melalui kerja memujuk pihak lawan supaya berpaling tadah hanya mengundang kecelakaan pada diri sendiri kerana sejarah membuktikan bahawa pengkhianat itu akan tidak mengambil masa yang lama untuk menikam dari belakang bila sahaja kesempatan sebegitu menghadirkan diri?

Hanya mereka yang berangan angan Mat Jenin sahaja yang boleh bermimpi bahawa pihak pihak yang berkepentingan seperti Kesultanan Melayu akan redha untuk membiarkan ketuanan Melayu terhakis dengan semudah itu?

Kesultanan Melayu merupakan benteng terakhir untuk Ketuanan Melayu di Malaysia.

Selagi Kesultanan Melayu itu ujud, maka usah bermimpilah mereka yang memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’ untuk menguasai negeri negeri yang berSultan Melayu dan menjayakan perancangan mereka.

Amat tipis sekali peluang mereka kerana undang undang tubuh negeri negeri Melayu tidak akan membenarkan mana mana pemimpin politik bukan Melayu dan bukan Islam untuk memerintah kerajaan kerajaan negeri tersebut selaku Menteri Besar!

Ini hakikat yang perlu dihadapi semua.

Bagi mereka yang menderhaka terhadap Sultan Sultan Melayu, natijahnya akan diketahui bilamana mereka sedar pada suatu hari akan petualangan mereka dan menyesal tak sudah bila diri itu melukut ditepi gantang atau bagaikan ‘menang sorak ; kampong tergadai’ atau ‘ayam terlepas ; tangan berbau tahi!’.

Fikir fikirkan lah!

Daulat Tuanku!

Hits: 0