Saya telah menerima emel dari seorang pembaca blog saya yang bertanyakan kenapa kita sebagai umat Islam dilarang mengucap selamat kepada kaum kaffir dihari perayaan agama mereka dan juga tentang larangan kepada umat Islam bekerja di tempat yang menjual atau menghidangkan arak dan rokok?
Ini emel yang saya terima:
“Assalamualaikum saudara Zainol,
Maaf menggangu masa saudara Zainol. Saya ingin bertanya berkenaan persoalan agama.
1. Mengenai ucapan selamat untuk perayaan agama lain – apakah hukumnya?
AdApakah hukumnya haram mengatakan ‘Selamat Hari Krismas atau Selamat Tahun Baru Cina kepada orang bukan islam? Kerana saya pernah mendengar kisah presiden Iran Ayatollah Khomeini mengucapkan slamat hari natal(btulkan saya skiranya saya tersilap) pada golongan minoriti. Sila rujuk laman blog ini hukum haram http://evolusiinternet.com/
2. Adakah seorang islam itu haram hukumnya bekerja di pasaraya yang menjual arak?. Kebanyakkan pasaraya skarang spt tesco, Carrefour, giant, termasuklah 7-11 menjual arak. Adakah hukum nya haram bekerja disitu kerana pendapatan syarikat itu berteraskan dari sumber yang haram walaupun bertugas di bahagian lain. Bagaimana pula dgn rokok….semua kedai menjual rokok, sedangkan kita tahu fatwanya haram(mungkin disesetengah negeri). Jadi bolehkah seorang muslim bekerja disyarikat atau kedai terbabit.
Sekian terima kasih. Maaf sekali lagi mengganggu saudara.
Wassalam”.
Rashidi Jonid
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berikut adalah jawapan saya dengan penambahan keterangan kepada tuan puan:
“Wa’alaikumsalam Rashidi,
Bilamana kita mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada seorang Kaffir, maknanya kita mengiktiraf perayaan tersebut dan memberi penghormatan kepada barang apa yang disembah atau diraikan oleh kaffir tersebut.
Ini adalah perbuatan berdosa yang boleh menyesatkan akidah seseorang Muslim yang kurang ilmu pengetahuan agama terutama nya didalam bab iman dan amal.
Sayugia saya nasihatkan supaya menghindari pengucapan selamat seperti itu.
Sebaliknya kita boleh mengucapkan ‘Selamat Bercuti’ dengan niat bahawa kita ucap selamat bercuti itu kepada sipolan kaffir itu supaya ianya bercuti bersama keluarganya.
Perlu sematkan didalam hati bahawa kita tidak mengucapkan ‘Selamat Bercuti kerana upacara atau perayaan keagamaannya’.
Bab akidah ni sensitif. Silap haribulan kita jatuh berdosa kerana kita turut sama berucap selamat kepada satu pihak yang menidakkan Keesaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Kena berhati hati.
Perayaan Tahun Baru China adalah dikatakan sebagai satu perayaan budaya tetapi masih bersangkut paut dengan agama Tao yang dianuti mereka.
Didalam upacara ‘Tarian Singa’ ianya melibatkan menyembah nenek moyang mereka.
Ini jelas perbuatan yang kaffir dan kita sebaik nya tidak turut serta meraikannya atau mengucap selamat kepada mereka.
Kita boleh sahaja berniat ‘lakum dinukum waliyadin’. Kepadamu agama mu dan kepada ku agama ku.
Cara terselamat untuk kita adalah berkata ‘ Enjoy YOUR holidays‘. Ini membawa erti kita tak bersama mereka didalam perayaan tersebut.
Namun sebaik mungkin, tak payahlah mencari dosa percuma dengan merayakan upacara upacara agama mana mana perayaan orang orang kaffir.
Ada perbezaan antara perayaan agama dan perayaan budaya.
Kena belajar bab itu.
Tentang Allahyarham Ayatollah Ruhollah Khomeini, kita tidak ada bukti jelas bahawa arwah telah mengucapkan selamat apa apa kepada orang orang Kristian.
Lagi pun sekiranya benar bahawa Allahyarham Khomeini ada menyebut seperti itu kita harus sedar bahawa Khomeini juga manusia biasa seperti kita.
Arwah tidak maksum bukan seperti Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.
Sejauh yang saya pernah belajar adalah Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam tidak pernah mengiktiraf mana mana perayaan kaffir tetapi Baginda Sallalahu Alaihi Wassallam ada pernah mengizinkan mereka menduduki sebahagian sudut di masjid Baginda sewaktu rombongan puak Kristian datang melawat Baginda untuk berdailog tentang agama Islam dengannya?
Baginda Sallalahu Alaihi Wassallam tidak mengiktiraf agama Kristian itu tetapi berdiplomasi dengan mereka pada ketika itu dengan niat mahu memberi peluang kepada mereka untuk belajar tentang kebenaran Islam.
Izin menduduki sebahagian sudut Masjid Nabawi pada ketika itu diberikan Nabi berasaskan peranan Rasulullah sebagai seorang tuan rumah dan menjadi kebiasaan orang orang Arab untuk menjadi hos yang baik dengan memuliakan tetamu tetapi tidak sampai ke tahap bersama sama dengan mereka merayakan sebarang upacara keagamaan kaum kaffir tersebut.
Itulah juga alasan kenapa Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam semasa belum menerima lantikan sebagai Rasul Allah pergi mendaki Jabal Nur untuk menjauhkan diri dari segala kelakuan Kaffir Quraisyh dan beruzlah di Gua Hira mencari ketenangan diri?
Baginda Sallalahu Alaihi Wassallam memberi izin kepada kaum kaffir Kristian dari Najaf untuk mereka melakukan upacara keagamaan mereka pada Hari Ahad disudut Masjid Nabawi hanya pada masa itu sahaja sebagai seorang hos yang budiman.
*(Rombongan pelawat Arab Kristian dari Najaf itu datang pada hari Jumaat, berdailog dengan Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam tentang Agama Islam yang diamanahkan kepada Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam, bermalam disana sepanjang Hari Sabtu dan sesudah dailog dengan Nabi pada Hari Ahad, melakukan upacara keagamaan Kristian mereka pada pagi Ahad dengan izin Nabi, berlepas pulang pada hari yang sama kembali ke Najaf dengan pengetahuan yang diberikan Nabi tentang Islam.)
Baginda tidak mengiktiraf agama Kristian itu tetapi sebagai tuanrumah Baginda telah memberi kelonggaran kepada pelawat Kristian itu hanya untuk tujuan Dakwah al Islamiyyah.
Perlu difaham akan keadaan semasa Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam perlu bermuzakarah dengan puak puak kaffir di Semenanjung Arab semasa itu bahawa Baginda Sallalahu Alaihi Wassallam perlu berdiplomasi dengan puak puak kaffir semasa masih di peringkat awal didalam misi Baginda menyebarkan kebenaran Agama Islam kepada mereka yang masih tidak ada sebarang sumber ilmu pengetahuan tentang Ad Deenullah pada waktu tersebut!
Agama Islam yang diwarisi dari sekelian Nabi Nabi dan Rasul Rasul Allah Subhanahu Wa Ta’ala bermula dari Ayahanda kita Adam Alaihis Salam dan seterusnya telah hilang ditelan dedaun masa dan kesemua ilmu agama itu telah disampaikan secara lengkap oleh Muhammad al Mustafa, Khataman Nabiyyi Sallalahu Alaihi Wassallam melengkapkan penurunan Agama Islam kepada sekelian manusia.
Isa Alaihis Salam yang disalah sembah oleh puak puak Kristian itu tidak pernah mengaku dirinya sebagai anak Tuhan tetapi paderi paderi Kristian terus menggabui mata penganut agama mereka untuk tujuan peribadi.
Sebagai umat Islam yang hidup dizaman segala ilmu pengetahuan kini begitu mudah didapati dari pelbagai sumber, kita haruslah berusaha mengisi diri dengan kebenaran tentang itu dan ini dan tidak semberono turut sama bersekongkol dengan kaffir yang sememangnya berusaha siang malam pagi dan petang untuk memurtadkan umat Islam yang kurang ilmu agama Islam turut menjadi sebahagian dari mereka seperti si Lina Joy itu dan mereka yang sesesat seperti dirinya.
Manusia kaffir memang suka benar jika kita mengiktiraf mereka tetapi sebagai umat Islam, kita boleh jatuh syirik jika kita mengiktiraf mana mana agama yang menyembah sesuatu selain Allahu Ta’ala.
Biar kita selamat dengan menjauhi sebarang pengiktirafan begitu.
Ini hakikat. Biar kita hidup dan mati sebagai Muslim dan Mukmin. Jangan hanya kerana kita hendak mengambil hati kaffir, kita pula percuma jatuh syubahat dengan mereka.
Tentang bekerja ditempat yang menjual arak dan rokok, memang jatuh haram kerana kedua benda itu adalah haram untuk kita turut serta menjualnya walaupun bukan secara terus.
Sebagai Muslim, kita tahu bahawa Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam melarang kita dari menjual, membawa, meminum arak, menghidangkannya, dan apa apa sahaja perbuatan yang berkait dengan benda haram itu.
Ini termasuk rokok dan dadah.
Barang apa sahaja yang membawa mudharat kepada kita didalam jumlah yang banyak tetap jatuh haram didalam jumlah yang sedikit.
Sebaik mungkin, hindarilah dari bekerja didalam tempat yang menjual benda benda haram.
Ada banyak pilihan lain.
Manusia sekarang ramai yang beriya iya memberi alasan daruratlah dan yang sewaktu dengannya.
Terpulang kepada mereka untuk menuai hasil perbuatan mereka nanti bila mati dan masuk ke liang kubur. Maka tanggung sendiri saja bilamana ruh mereka nanti dipersoal oleh Malaikat Mungkar dan Naqir?
Tak boleh lari dari natijahnya nanti.
Masih ada banyak kerja lain yang boleh dibuat untuk mencari rezeki halalan bil toiyibban.
Insya Allah.
Anda bebas menyampaikan keterangan ini kepada orang lain.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Hits: 0
tq ustaz…sy tak tau plak pasal nie….setahu sy,kita jg tak boleh jawab salam dari org kafir jika dia beri salam pada kita.
aper pun ini ilmu yg bagus.
http://kingpahat.blogspot.com/
Wa’alaikumsalam zaimi.
Sekiranya seorang kaffir itu memberi salam kepada kita dengan ucapan yang jelas dan tepat sebutannya ‘ Assalamu Alaikum’ yang membawa maksud ‘ Selamat Sejahtera ke atas kamu’ saya berpendapat tidak salah kita membalas sama kepada mereka.
Perlu berhati hati jika di sebut ‘ Assamu Alaika’ seperti disebut Kaffir Yahudi terhadap Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dan didengari Nabi serta Saiyidatina Aisyah Radhiallahu Anha yang membawa maksud’ Celakalah keatas kamu!’
Saiyidatina Aishah dilaporkan naik berang dengan pengucapan biadap kaum Yahudi itu dan beliau dilaporkan menjawab dengan marah marah tetapi dinasihati Nabi supaya sekadar membalas dengan ‘Wa alaika’ iaitu bermakna ‘Keatas mu juga!’.
Sekarang ini ramai dikalangan orang orang Melayu yang jahil memberi dan menjawab salam dengan sesuka hati mereka seperti kebanyakan mangkok hayon yang memberi salam seperti :
‘Assamekom’ = ????
Kalau tak silap saya, salah seorang yang saya perhatikan memberi salam sebegitu adalah pelawak Nabil.
Harap dapat membantu saya dengan meneliti ucapan salam beliau.
Apakah benar seperti pengamatan saya?
Tidak jelas pengucapan salam sebegitu dan ada bahaya membawa maksud yang saya contohkan di atas.
Apa salahnya jika memberi salam dengan sejelas jelasnya?
Kebanyakan manusia bergelar Muslim di Malaysia ini sudah kurang prihatin tentang bahasa dan terikut ikut berucap semberono seperti idola idola lawak dan artis artis pujaan mereka.
Nilai penghargaan dan penghayatan bahasa dan warisan sastera Melayu sudah semakin lama semakin hilang dari perbendaharaan kata dan prosa orang orang Melayu.
Akibatnya mutu diri orang orang Melayu semakin lama semakin merosot jika diperbandingkan dengan kaum kaum yang lain.
Orang orang India dan China Malaysia turut sama mengalami kemerosotan budaya dan peribadi mereka akibat terpengaruh dengan budaya hedonisma dan kuning Amerika Syarikat,
Semuanya ini akibat dari kegagalan pihak pihak berkuasa menerapkan nilai nilai murni warisan bangsa kepada masyarakat kita.
Masyarakat Malaysia pada hemat saya adalah peniru peniru terhebat Asia.
Mudah benar mempengaruhi rakyat Malaysia dengan itu dan ini kerana mereka memang mudah sekali dibentuk tetapi sayangnya dewasa ini mereka sedang dicanai kearah mendaulatkan budaya korup dari barat dan tidak mewarisi budaya budiman yang juga terdapat disana.
Akibatnya kita dibebani dengan masaalah sosial yang semakin lama semakin merosakkan akidah dan jatidiri kebanyakan pemuda pemudi dan juga sebahagian besar orang orang yang ‘rumah kata pergi; kubur kata mari’.
Awasilah akan sebutan dan pengucapan kita kerana jika baik sebutannya dan membawa maksud yang baik ianya akan mendapat pahala tetapi jika salah sebut dan berniat durjana akan membawa dosa!
Berhati hati didalam berkata kata.
Berilah salam dengan sempurna dan jelas sebutannya.
Salah sebut hanya membawa padah!
uncle,entri yang ni best! sebab dari dulu lagi saya tahu mmg tak boleh ucapkan selamat pada hari perayaan agama lain.tapi saya tak pernah tahu sebab apa tak boleh..
Assalamualaikum aifaa.
Semoga aifaa belajar dengan tekun dan istiqamah didalam pembelajaran segala ilmu dunia dan akhirat.
Berhati hati didalam urusan cinta kerana ianya umpama lautan yang jika tidak mahir mengemudikan bahtera melintasinya ada kemungkinan karam dilanda ombak nafsu yang bergelora.
Uncle doakan kamu selamat dan berharap agar tidak terikut ikut sebarang budaya kuffar.
Insya Allah.
assalamualaikum.
dalam catatan dr.asri zainul abidin di dalam bukunya mengemudi bahtera perubahan minda bab menjawab salam bukan muslim,jikalau non-muslim mengatakan assalamualaikum atau salam sejahtera ke atas kamu maka memadai dijawab waalaika yang bermaksud ‘ke atas kamu’.hal ini disebabkan nas yang jelas mengenai hal ini dari Sura an-Nisaa’ ayat 86 yang bermaksud:
dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat,maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama).Sesungguhnya Allah menghitung tiap2 sesuatu.
WAllahu’alam.
Wa’alaikumsalam pez,
Menjawab salam orang orang kaffir yang tidak merosakkan cara sebutan salam itu memadai lah dengan mengucapkan ‘Wa’alaikumsalam’ sahaja atau ‘Wa’alaika’.
Ucapan yang lebih baik dikhaskan kepada sesama Islam sahaja.
Harap maklum.
Mahaguru,
Terima kasih atas entry yg penting dan bermanfaat ini. Ini kerana ia amat relevan dalam kehidupan kita, lebih-lebih lagi di Msia yg berbilang kaum dan agama. JazakAllah khair.
Assalamualaikum saudara mutakalim,
Sekadar menjalankan tugas sebagai seorang hamba Allah sahaja tuan.
Insya Allah, sekiranya ada usia ini lagi akan saya terus menulis menerangkan tentang apa apa yang telah dan sedang saya belajar!
Mudah2an menjadi kaffarah untuk dosa dosa saya yang lampau mahupun yang saya tidak sengaja.
Amin.
assalamualaikum ,
saya ingin menanyakan ..
bolehkah kita mengucap 'selamat hari jadi' kepada orang kafir ?
Wa'alaikumsalam fitrie,
Setahu uncle tak ada larangan terhadap mengucap selamat ulangtahun kepada kaffir yang tidak memusuhi kita.
Jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat sebaliknya, dipersilakan berkongsi dengan kita semua, Insya Allah.
mohon forward this forum..tq
adamhusna,
Dipersilakan dengan segala hormatnya!
Assalamu'alaikum wr wb.,
Salam kenal tuan. Hal mengucap selamat natal ini sudah jelas bagi saya, namun bagaimana dengan hukumnya kalau kita di kantor kemudian ada kawan bisnis yang menyampaikan ucapan selamat natal dan tahun baru sambil mengirimkan hadiah berupa kue. Bolehkah kita ikut memakan kuenya. Mohon penjelasannya. Terima kasih.
Wassalamu'alaikum wr wb.,
Wa'alaikumsalam dsusetyo,
Salam perkenalan kembali. Seandainya ada kawan bisnis yang bukan Islam saudara memberi ucap begitu seeloknya senyum sahaja tanpa mengangguk dan membalas dengan ucap 'Hello! Selamat ketemu' dan sebagainya tanpa memberi balasan kepada 'Selamat Hari Natal' itu.
Tentang kue itu harus dipastikan tidak ada unsur terlarang didalamnya seperti arak yang digunakan didalam sesetengah masakan barat dsbnya.
Jika pasti ianya tidak ada kandungan unsur unsur haram didalam nya dan tidak memudaratkan bagi kita jika dimakan, terpulang pada saudara untuk memakannya?
Wallahu'alam bissawab.