Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Syukur Alhamdulillah dengan keputusan Datuk Datuk Undang Empat yang menabalkan Tunku Muhriz Tuanku Munawir sebagai DYMM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang ke11 berikutan kemangkatan Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman baru baru ini.
Keperibadian Tuanku Muhriz yang amat sederhana dan tidak pernah diketahui masyarakat umum akan diri baginda mencerminkan sikap dan sifat seorang putera raja yang amat pandai membawa diri walaupun sepatutnya takhta kerajaan Negeri Sembilan itu sepatutnya diserahkan kepada tuanku pada tahun 1967 lagi!
Terus terang saya nyatakan saya menghela nafas lega bilamana dimaklumkan akan pemilihan Tunku Muhriz sebagai DYMM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.
Pertama sekali saya nampak ketokohan seorang Sultan Melayu berwibawa pada peribadi Tunku Muhriz dari segi perawakan baginda dan bahawa sekian lama ini tidak pernah timbul sebarang masaalah atau skandal melibatkan tuanku didalam mana mana penerbitan akhbar atau media massa berbanding dengan kerabat sebelum ini.
Mungkin ini lah yang dikatakan bagai sireh pulang ke gagang bilamana kuasa dan kerajaan yang sepatutnya menjadi hakmilik Tunku Muhriz pada tahun 1967 berikutan kemangkatan ayahanda baginda Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman pada tahun tersebut kini telah dikembalikan ketangan Tuanku Muhriz.
Alhamdulillah.
Kerabat Negeri Sembilan sebelum ini sering dilanda pelbagai kontroversi dan masaalah yang menghakis kehormatan masyarakat umum terhadap institusi beraja Negeri Sembilan dengan pelbagai kes melibatkan jenayah komersial dan masaalah peribadi anggota kerabat diraja negeri itu.
Datuk Datuk Undang Negeri Sembilan Empat sudah tentu mengambilkira sekelian masaalah masaalah yang timbul sebelum membuat keputusan yang amat dinantikan seluruh negara.
Dari segi rupa paras Tuanku Muhriz, dapat kita melihat ciri ciri kehebatan peribadi dan ketokohan Raja Raja Melayu zaman silam dengan rupa diri tuanku bermisai dan berambut putih, gah macam pendekar pendekar lalu.
Terasa kehebatan Tuanku selaku penyambung warisan Kesultanan Melayu lama.
Tahniah Tuanku!
Hamba berdo’a agar Tuanku Muhriz akan berusaha menegakkan panji panji Islam selama pemerintahan baginda di Negeri Sembilan Darul Khusus!
Semoga Negeri Sembilan akan kembali gemilang dan terus maju dimasa masa akan datang.
Tuanku berpeluang mencorakkan Kesultanan Melayu Malaysia kembali menegakkan Daulah Islamiyah dirantau ini sesuai selaku Raja dan Yang diPertuan Negeri Sembilan Darul Khusus dan jajahan takluknya untuk menjadi contoh kepada sekelian Duli Duli Tuanku yang lain.
Insya Allah!
Daulat Tuanku! Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memelihara Tuanku dan seisi keluarga supaya menjadi penaung kepada sekelian hamba rakyat negara ini.
Amin. Ya Rabbal Alamin.
Hits: 2
go go go
u r grea!
may u be stronger in the new year!
May the ruler take the rakyat to his heart!
Salam,
Doa dan harapan saya agar seluruh ahli keluarganya menjadi contoh kperibadian muslim yang akan dijadikan teladan oleh semua raja melayu yang ada di muka bumi ini…
THX!
happy new year… brother
wish you another good year ahead!
The fight has just started, more work to be done in 2009!
Time to fight has arrive, I hope we can endure 2009!
Thanks for the wellwishes Edi.
Let all Malaysian Bloggers work towards improving our lives with better understanding of each other’s cultures and practice positive blogging habits.
We can all do better by refraining from hurting others by not publishing insensitive articles and comments that are offensive.
To hurt is just so easy but to heal takes time and leaves ugly scars for the rest of our mortal lives.
Malaysian Bloggers can do better by practicing self censorship and avoid touching on matters which they do not have much info about or at least put forth their views in a way that is acceptable by all.
Dialogue is good but interference in another’s culture or creed just opens up a Pandora’s Box that none can control or manage?
My wish for 2009 is for national peace and integrity.
We can all do our bit for nation building.
Happy New Blogging Year dear fellow Malaysians.
Be Wise and Nice.
Thank you.
Wa’alaikumsalam Saudara PerfectWater75,
Insya Allah.
Sekiranya Duli Tuanku Muhriz belajar dari segala apa yang sedang berlaku di Dunia Kesultanan Melayu tanahair, maka baginda pasti akan sedar akan apa yang perlu dilakukan baginda untuk kesejahteraan pihak baginda sendiri mahupun hamba rakyat.
Sama sama lah kita doakan.
Selamat Awal Muharram 1430 Hijrah.
Daulat Tuanku 🙂
Selamat Tahun Baru 🙂
(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com
Assalamualaikum.
Satu posting yang menarik mahaguru.
Seperti kata mahaguru, pertabalan ini ibarat sireh pulang ke gagang. Semoga benar2 kembali ‘daulat’ Raja Melayu ke tanah Jawi ini.
Peristiwa ini adalah peristiwa besar sebagai menyambut tahun 2009 yang penuh cabaran. Juga sebagai permulaan sebuah permulaan. Sama2 tunggu dan lihat peristiwa hampir sama akan berlaku di negeri2 lain. InsyaAllah. Pewaris sebenar akan kembali memerintah dan mendaulatkan institusi Raja Melayu dan mengangkat maruah orang Melayu dan Agama Islam.
Semoga ada perubahan dan anjakan paradigma di dalam Institusi Sultan dan Raja Raja Melayu.
Sekiranya sungguh hendak menjadi Ketua Agama Islam negeri negeri yang Duli Tuanku memerintah ( teori sahaja) maka molek benarlah Duli Duli Tuanku mengisi diri masing masing dengan Ilmu Agama Islam pada peringkat tertinggi untuk melayakkan peranan sebegitu.
Jika tidak cenderung ke arah itu, maka elok lah membiarkan para Ulamak Muktabar sahaja yang mengambil tanggungjawab begitu!
Insya Allah!