December 3, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Konvensyen Mega Jutawan Uptrend di PWTC

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Apakabar tuan tuan dan puan puan sekelian?

Saya berharap semoga anda semua berkeadaan sihat wal’afiat bersama ahli keluarga tercinta sempena Ma’al Hijrah nan mulia ini.

Tuan tuan dan puan puan,

Saya telah menghadiri Konvensyen Mega Jutawan Uptrend di PWTC KL pada 28hb Disember 2008 diatas jemputan oleh Upline saya Jutawan Muda Cikgu Norhaidi Nordin dan sebagai salah seorang penerima Sijil Kecemerlangan ‘Breaking Your Personal Best‘ dibawah ‘High Profile Category’.

Hadiah disampaikan oleh Presiden Uptrend2U Jutawan Gary Gan dan saya bersyukur diatas pengiktirafan Syarikat Uptrend Network Sdn Bhd terhadap usaha saya menyampaikan maklumat dan keterangan tentang bisnes E-Dagang Uptrend Network melalui laman laman blog saya.

Saya amat menghargai usaha Cikgu Norhaidi yang tetap menyokong saya didalam usahaniaga E-Dagang Uptrend Network saya. Beliau adalah seorang upline yang benar benar istiqamah didalam perhubungan niaga bersama saya dan seorang sahabat yang amat setia menyokong saya selama ini.

Konvensyen Mega Jutawan ini memang amat memberangsangkan sekali dan saya dapat merasakan semangat juang yang amat tinggi diruang Dewan Merdeka Paras 4 PWTC itu.

Saya turut merasakan betapa bisnes ini telah merubah mutu kehidupan mereka yang benar benar berusaha mengubah nasib diri dan keluarga tersayang mereka yang menjadi pemimpin pemimpin Uptrend diseluruh negara kita dan juga rakaniaga kami di Singapura dan Indonesia yang turut hadir meraikan kejayaan mereka didalam bisnes Uptrend Network ini.

Jutawan Haji Shahairy duduk disebelah saya dan kami berbincang tentang beberapa perkara bersangkutan bisnes kami. Insya Allah didalam tempoh waktu terdekat ini akan saya siarkan disini akan hasil perbincangan saya dengan pihak pentadbiran syarikat untuk makluman umum.
Insya Allah.

Sesi motivasi oleh penyampai penyampai Uptrend seperti Duta Uptrend Jutawan Hj Roshdi Sabdin ternyata memberikan para hadirin pelbagai sumber maklumat dan inspirasi untuk berani melakukan perubahan pada minda masing masing untuk meraih kejayaan didalam Uptrend.

Timbalan Presiden Uptrend2U Dr.Ahmad Daud menyusuli beliau dengan gaya ‘belasah saja’nya dan berjaya memberikan ahli ahli Uptrend suntikan semangat dan azam baru didalam perniagaan mereka.

Para hadirin turut menyambut hebat penyertaan para penyanyi dan pelakon tanahair seperti Ramli Sarip, M.Nasir, Nash Lefthanded, Awie Wings, Bob Lokman, Jehan Miskin, dan beberapa orang lagi aktivis seni dibawah program Stars2U bersama Uptrend Network Sdn Bhd.

Kesemua artis ini menjadi duta Uptrend Network dan bersama sama menyertai bisnes ini dengan Jutawan Jutawan Uptrend seperti ND Lala, Rosli Selasih dan Bob Akar.

Pelakon dan dramatis Zaidi Omar duduk dibelakang saya dan turut bersama sama mencari rezeki sampingan melalui Uptrend Network.

Syabas saya ucapkan kepada mereka semua. Setiap peluang yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala berikan harus direbut dan digunapakai sebaik mungkin demi menjamin masadepan mereka yang lebih cemerlang didalam ertikata sebenar benarnya!

Usahasama STARS2U Sdn Bhd bersama Uptrend Network Sdn Bhd dimeterai baru baru ini dan disaksikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad di Hotel One World, Damansara, Selangor.

Uptrend Network juga telah diiktiraf oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia sebagai sebuah bisnes yang ‘Muslim Friendly’ dan sah dari segi syariah.

Apa yang menarik tentang dunia bisnes Uptrend2U ini adalah ianya terus maju dari masa ke semasa walaupun pelbagai pihak yang tidak bertanggungjawab rajin menabur fitnah terhadap lapangan niaga E-Dagang ini yang merupakan suatu corak perniagaan yang merangkumi perniagaan konvensional MLM dengan E-Commerce serta memecah tradisi perniagaan pelbagai tingkat dengan beberapa inovasi niaga yang sebelum ini tidak ada yang menceburinya.

Uptrend2U terus mengorak langkah dan melebarkan sayap perniagaannya ke serantau Asia dan ke peringkat global dunia dengan kini membuka peluang perniagaan kepada usahawan usahawan di Bangladesh pula.

Presiden Uptrend2U Jutawan Gary Gan baru kembali dari Bangladesh selepas bertemu dengan para pemimpin niaga disana dan tidak lama lagi kami akan beroperasi diBangladesh pula selepas berjaya diMalaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand, Indonesia, Filipina dan Amerika Syarikat.

Hendak seribu daya!

Uptrend2U akan terus berusaha membantu ahli ahlinya yang rajin berusaha untuk merubah kehidupan mereka setimpal dengan aktiviti niaga yang mereka jalankan.

Bisnes ini berasaskan aktiviti semata mata dan mereka yang tabah berusaha melebarkan rangkaian niaga masing masing secara jitu kini meraih kejayaan dan menikmati hasil usaha masing masing.

Saya sendiri kini telah menaikkan taraf perniagaan saya ke tahap Platinum GBE @ Global Business Entrepreneur dan akan terus membina rangkaian niaga saya bersama sama dengan rakaniaga rakaniaga saya yang sama sama mahu mengubah nasib diri dan keluarga kami yang tercinta!

Insya Allah , tahun baru 1430 Hijrah ini akan melihat kami yang berusaha melalui Uptrend Network Sdn Bhd beroperasi dari ibupejabat Uptrend2U yang baru di bangunan Uptrend sendiri di Jaya One, Petaling Jaya pada bulan Mei 2009 nanti!

Syabas Uptrend!

Semoga kita semua akan terus berjaya didalam sistem niaga E-Dagang ini!

Hubungi saya jika anda juga mahu turut serta bersama saya didalam Uptrend Network!

Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman didalam Al Quran Surah Ar Ra’ad Ayat 11 yang bermaksud :’ Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka berusaha mengubah nasib mereka sendiri!’

Marilah kita berusaha secara bijak dan amanah menjana kewangan dan masa depan yang lebih baik bagi diri kita dan rakaniaga kita semua!

Anda boleh juga berhubung melalui emel dengan saya. Sila hantarkan emel kepada saya di mahaguru58@gmail.com.

Insya Allah.

Hits: 11