Bilamana membaca laporan Utusan Malaysia tentang kejayaan pasukan PDRM berjaya menembak mati 4 orang penjenayah warga asing dari Indonesia, saya berasa bangga dengan kebolehan anggota keselamatan kita sekarang ini.
Sebagai rakyat, saya amat menghargai pembanterasan jenayah secara tegas dan berkesan seperti ini.
Sia sia sahaja menangkap penjenayah tegar seperti ini, membawa ke balai, memproses melalui sistem undang undang negara yang sedia ada, menahan reman bertahun tahun, kemudian menanggung biaya memelihara penjenayah penjenayah tegar begini bertahun tahun tanpa perlu.
Bila terbukti mereka jenis kriminal ‘hardcore’, maka hanya bahasa peluru sahaja yang sesuai melayan mereka.
Saya berharap pihak PDRM akan memburu penjenayah penjenayah ‘hardcore’ tempatan dengan kaedah yang sama dan membersihkan bumi Malaysia dari malaon malaon begini.
Apa sudah jadi dengan kes kes anak anak Malaysia yang telah dibunuh secara kejam seperti Arwah Nurin Jazlin Jazimin dan anak anak lain yang masih hilang?
Saya berharap PDRM akan menangkap dan menembak mati terus penjenayah penjenayah kejam itu sekiranya dapat mengesan mereka dan memang mereka itulah pembunuhnya!
Tidak harus ada ruang untuk berdolak dalih lagi. Kadar jenayah semakin meningkat disebabkan terlalu banyak juara kat luar sana yang sibuk berkempen untuk keadilan itu dan ini tetapi hanya bagaikan salakan salakan liar tanpa membantu menyelesaikan masaalah jenayah negara.
Saya ucapkan ‘Selamat Bertugas!’ kepada pasukan PDRM didalam memerangi penjenayah penjenayah tegar didalam negara kita tanpa mengira mereka warganegara tempatan atau asing!
Go PDRM Go! Mahaguru58 tetap menyokong pembanterasan jenayah tegar begini!
*************************************************************************************
Empat penjenayah Indonesia ditembak mati
![]() |
MAYAT empat penjenayah warga Indonesia di atas jalan selepas mati ditembak oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Seremban di Jalan Seremban-Labu berhampiran pejabat Kualiti Alam Sdn. Bhd., Seremban, semalam. – Gambar MD.SHAHJEHAN MAAMIN
|
SEREMBAN 16 Nov. – Empat penjenayah warga Indonesia yang diburu polis kerana terlibat kes samun dan rompakan bersenjata ditembak mati dalam satu kejadian di Jalan Seremban-Labu di sini pagi ini.
Mereka dipercayai terlibat dengan 24 kes samun di sekitar Seremban, Nilai, Labu, Mantin, Selangor dan Melaka pada tahun ini, selain rompakan bersenjata di Selangor serta Melaka.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, keempat-empat mereka yang menaiki kereta Proton Satria bertindak menyerang polis dengan parang menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri pada pukul 6 pagi di kawasan tersebut.
Menurutnya, 10 das tembakan dilepaskan mengenai kesemua penjenayah yang berusia 20-an itu yang juga didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
“Pergerakan kumpulan penjenayah itu telah diintip di kawasan tersebut sejak awal lagi dan apabila menyedari kehadiran polis, mereka cuba memboloskan diri tetapi terbabas kerana kereta mereka merempuh pembahagi jalan di kawasan tersebut.
“Ketika itulah mereka keluar dari kereta untuk menyerang polis menyebabkan polis terpaksa bertindak balas.
“Kita memang memburu mereka dari dulu lagi dan akan meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol) untuk mengetahui sama ada mereka merupakan penjenayah bermusim di Indonesia,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Osman memberitahu, semua mayat suspek dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat.
Beliau berkata, siasatan juga mendapati Proton Satria nombor pendaftaran JEE 1396 itu adalah kenderaan curi, selain itu polis turut merampas tiga bilah parang, pisau, pemotong besi, pemutar skru, mesin ketam elektrik dan masing-masing sebuah komputer riba, telefon bimbit serta kamera digital.
Jelasnya, polis turut menemui dadah jenis syabu dan pil eramin 5 dalam kereta dan pada mayat penjenayah terbabit.
Hits: 1
More Stories
Vivek @ Vivekanandhan, 59, [1961-2021]. Tamil Iconic Comedy Actor has died of a heart attack.
Serangan Anti-Asia semakin menular di Amerika Syarikat! Warga Malaysia harus sedar diri!
Selamat Pengantin Baru Anak Saudara Kami, Nur Fatin Nabila & Helmy Adnan!