March 28, 2024

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Gerai Lempeng Jalan Ladang, Kuala Terengganu.

Tuan tuan dan puan puan, pembaca blog ini yang dihormati.

Semasa saya dan isteri berada di Kuala Terengganu, kami berkesempatan menjamu selera dengan makan lempeng nyior di gerai tradisional yang terletak di Jalan Ladang.

Gerai ini beratap nipah dan suasana makan minum didalamnya mengingatkan saya akan suasana dulu dulu.

Lempeng nyior ini disediakan oleh adik beradik yang saya sempat rakam didalam gambarfoto gambarfoto yang saya terbitkan dibawah.

Layanan mereka baik dan gerai tradisi mereka tidak sunyi dengan kedatangan pelanggan pelanggan yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

Pegawai pegawai jabatan jabatan kerajaan, usahawan, peniaga, pelancung seperti kami dan drebar drebar teksi ramai datang menjamu selera disana.

Saya sempat juga merakam gambar teksi Mercedes Benz yang saya rasa kat KL pun tak ada model gitu.

Dan penutup artikel ini saya hidangkan gambar seorang anak kecil yang comel.

Gambar hitam putih itu seperti biasa dihidangkan khas untuk tatapan sahabat blogger saya Intan blogger Eskapisminda. Beliau memang istimewa kerana ada jiwa seni tahu menghayati paparan hitam putih kehidupan.

Semoga paparan paparan ini dapat memberikan kepuasan kepada semua. Insya Allah.


Visits: 0