Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wahai Muslimin na wal Muslimat, Mukminin na wal Mukminat.
Harapan saya agar anda berada didalam kandungan sihat wal’afiat dan berkeadaan masih kekal dan tabah menghadapi segala gelombang kehidupan duniawi yang sedang melanda hidup kita dengan seribu satu macam dugaan dan cabaran.
Dikeheningan pagi ini menjelang azan subuh, hati ini tergerak menukilkan beberapa peringatan buat kita bersama akan realiti kehidupan kita ini.
Sepertimana kita sedia maklum, adanya kita sekarang ini adalah diatas Ihsan Ilahi.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala Tuhan Maha Pencipta, Maha Penyayang,
Yang masih mahu mengekalkan kita didunia sementara ini
Walaupun segolongan besar dari kita terlalu sibuk
Sibuk dengan urusan siasah negara
Hiburan yang meleka
Sehati Berdansa
dan berpesta pora ikut suka….
Hati hati yang resah dengan pemilihan ke pangkat dan kedudukan sementara..
Pergolakan didalam parti dan negara..
Yang senantiasa berkacau bilau..
Berprotes sana ; berdemo sini..
Ada yang terpenjara akibat tulisan dan luahan tanpa mengambil kira..
Akan Hari Pembalasan..
Dihadapan Allah Azza Wa Jalla..
Di Yaum al Mahsyar..
Manusia rakus..
Berbunuh bunuhan demi segenggam uang..
Sebongkah emas..
Kata mengata..
Caci mencaci..
Hina menghina..
Semua berasaskan menurut rasa..
Tertewas Iman..
Dek penangan nafsu..
Yang senantiasa bergejolak..
Membakar minda..
Melupakan semua larangan dan suruhanNya….
Wahai teman, wahai saudara..
Marilah kita bertafakur sejenak..
Mengenang kembali akan segala perlakuan kita..
Apa masih teringat?
Ketika kita muda belia..
Sesuci embun dihujung daun..
Tatkala jiwa ini..
Masih suci tanpa noda dan dosa…
Sesuci anak anak yang riang gelak ketawa..
Ikhlas tanpa curiga
Tanpa sebarang prasangka..
Kembalilah wahai nafsul amarah…
Kesisi TuhanMu Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang..
Sebelum tiba sa’at dan ketika
Ruh mu terbang melayang..
Berzikir bertasbih bertahmid
KepadaNya…
Insya Allah!
Hits: 0
assalamualaikum saudara zainul.
sememangnya barangkali kita melihat saudara-mara dan sahabat handai kita menjadi taksub dengan hiburan dan urusan duniawi.Namun mereka sememangnya tidak menyedari bahawa melalui hati yang tenang (yakni diperoleh melalui zikr)barulah urusan harian dapat diselesaikan dengan baik.
Wa’alaikumsalam pez,
Bukannya kita mengaku diri sesempurna mana.
Namun Alhamdulillah, jiwa ini masih terupaya menulis menukilkan kata kata peringatan selagi hayat dikandung badan.
Semoga peringatan peringatan sebegini mampu mencuit hati hati yang sibuk mengejar dunia untuk berhenti seketika menghayati maksud dan erti kehidupan kita sebenar.
Ianya tidak lain dari membesarkan Allah, Tuan Empunya alam dan seisi kandungannya ini.
Insya Allah.
Semoga usaha kecil hamba ini berhasil.
Amin.