Assalamualaikum semua.
Insya Allah, kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri didalam tempoh 6 hari lagi.
Pelbagai persiapan sedang giat dilakukan oleh setiap insan Muslim diseluruh dunia dan di dalam
negara kita sendiri, suasana meriah sedang berlangsung di setiap pusat membeli belah dan
disekitar ibunegara Kuala Lumpur sendiri.
Baru baru ini saya berpeluang menziarahi Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Sempatlah saya merakam gambar gambar dan video video berikut untuk dikongsikan dengan
tuan tuan dan puan puan sekelian.
Semoga kita semua dapat meraikan hari yang mulia ini bersama ahli keluarga dan sanak saudara tercinta serta rakan taulan, sahabat sewarganegara kita dengan aman dan harmoni. Insya Allah.
Ini dia klip video lagu Klasik Hari Raya dari Allahyarhamah Saloma.
Pelbagai jenis pakaian tradisional dan moden sedang dijual di jalan belakang Semua House, Jalan Masjid India.




Hits: 0
Hai to all Muslim friends, Selamat berpuasa and 5 hari lagi bolehlah menyambut hari raya bersama-sama…
🙂
Thank you Brother George!
Let’s all hope that our Malaysian people will always remain as friendly and courteous to one another despite the attempts by some to stir unrest!
Enjoy your holidays with your Muslim friends and revel in the festive occasion.
Happy holidays bro!