September 22, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Dr.Djuyoto Suntani, Presiden Komite Kedamaian Dunia.


Dr. Djuyoto Suntani, Presiden Komite Kedamaian Dunia yang beribu pejabat di Jakarta telah melawat Malaysia baru baru ini bersama isteri beliau yang juga sama sama berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pentadbiran Komite Kedamaian Dunia untuk bertemu Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr.Rais Yatim bagi memperbincangkan hasrat pertubuhan beliau untuk mendapat kerjasama Kerajaan Malaysia didalam memperuntukkan satu tapak untuk mengabadikan satu Gong Kedamaian Dunia di ibu negara kita ini atau mungkin di Putrajaya, Pusat Pentadbiran Negara.

Usaha Tuan Djuyoto Suntani ini adalah bertujuan mengujudkan satu rangkaian usaha kedamaian diseluruh pelusuk dunia.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang usaha Dr. Djuyoto Suntani di laman web organisasinya disini.

Saya telah dihubungi Dr. Djuyoto Suntani untuk bertemu mesra menjalinkan tali silaturahim diantara beliau sebagai Presiden ‘World Peace Committee’ dan saya mewakili Muslim Bloggers Alliance.

Alhamdulillah, kami telah dapat bermuzakarah selepas solat dzohor di Masjid As Syakirin, KLCC dan kemudian makan tengahari di Suria KLCC.

Selepas makan tengahari, maka saya telah mengajak Dr. Djuyoto Suntani suami isteri ke Taman KLCC bagi tujuan merakam video sesi penerangan tentang organisasi beliau dan misi kedamaian sejagat beliau bersama sama dengan pertubuhan beliau yang mendapat sambutan dari negara negara yang beliau telah mengunjungi.

Semoga usaha Dr.Djuyoto dan pertubuhannya mendapat sambutan dari negara negara yang beliau kunjungi untuk mencari titik pertemuan kedamaian diantara satu sama lain.

Saya bersyukur dapat berkenalan dengan Dr.Djuyoto dan isteri beliau yang merupakan manusia manusia istimewa yang berusaha menjalinkan ukhuwah silaturahim dengan sesama insan.

Saya doakan Dr.Djuyoto dan World Peace Committee beroleh kejayaan didalam waktu terdekat demi kedamaian sejagat.

Ameen.

Hits: 0