April 19, 2024

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Derita jiwa warganegara Malaysia yang bukan bumiputera.

Saya terbaca luahan derita jiwa seorang warganegara Malaysia ini yang menyentuh jiwa saya dilaman blog Datuk Seri Dr.Khir Toyo.

Sedih hati saya membaca penderitaan jiwa rakyat negara ini yang amat tertekan disebabkan semangat Assabiyah yang terus diperjuangkan UMNO dan kesemua parti parti politik didalam Barisan Nasional.

Ya, setiap satu parti politik berasaskan etnik kaum tertentu didalam Kerajaan Barisan Nasional bersalah didalam perkara ini.

Kenapa saya berkata begitu?

Mereka semua bersubahat didalam penindasan warganegara Malaysia dengan berdiam diri sekian lama ini dengan tidak berusaha melenyapkan diskriminasi berasaskan apartheid yang tidak diisytiharkan BN ini.

Bagi saya pilihan keluar dari kemelut politik dan kezaliman BN ini adalah kembali kepada Sunnatullah!

Islam adalah penyelesaian kepada masaalah ini.

Sekiranya kesemua parti politik yang ada di Malaysia ini boleh akur kepada perintah Allahu Ta’ala, tidak akan ada warganegara yang tertindas berasaskan warna kulit mahupun perbezaan agama kerana sistem pemerintahan Islam menjanjikan keadilan untuk semua.

Kajilah sejarah zaman keemasan sistem pemerintahan Khalifah Islamiyah sebelum ianya hancur disebabkan kelalaian sang pemerintah yang lupa kepada suruhan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan melakukan pecah amanah terhadap pejabat dan tugas yang diamanahkan kepada mereka di Khilafah Othmaniyyah, Kerajaan Islam terakhir di bumi Turki.

Jika mahu melihat keadilan ditegakkan di bumi Allah ini, kembalilah kepada ajaran Islam sebenar dan jangan cemarkan lagi institusi agama dan kesultanan yang ada pada hari ini dengan kemungkaran dan maksiat seperti yang sedang berlaku diMalaysia ini.

Bacalah luahan jiwa seorang pembaca blog dilaman Dr.Khir Toyo yang terbit dari rasa hatinya yang terpendam sekian lama ini.

Dr Khir Toyo,

Saya, ayah saya dan datuk saya lahir di bumi Malaysia. Saya bukan bumiputra.

Setiap kali saya dipanggil bukan bumiputra saya rasa sakit dalam hati (perkataan bukan bumiputra adalah bahasa yang lebih cantik untuk ‘anak haram di bumi Malaysia‘).

33 tahun saya hidup, dari umur saya 11 tahun bila saya minta untuk memasuki MRSM hingga sekarang saya hanya kenal diskriminasi kaum.

Umur 11 tahun saya diajar oleh kerajaan ini, saya tak layak masuk MRSM kerana warna kulit saya.

Kalau tak mahu patut halau terus masa 1957, sekarang kalau cakap tentang kewarganegaraan – saya memang tak faham.

Saya tak berminat untuk pergi ke sekolah Tamil, saya tak berminat untuk tulis perkataan India dalam surat pendaftaran anak saya.

Apa hak kerajaan untuk mengklasifikasikan manusia dalam surat beranak bila saya sendiri tak berminat?

Dr Khir Toyo, adakah anak saya akan mengalami diskriminasi yang sama seperti saya? Adakah masa depan akan berubah?

Hari ini masyarakat keturunan Melayu perlu membuat keputusan, mahu atau tidak semua orang bukan Melayu tinggal di negara ini.

Kalau kaum Melayu tidak dapat menerima kaum lain secara sama rata dan tidak melayan kita sebagai warganegara kelas kedua atau ketiga – halau saja.

Kaum bukan Melayu tidak ada tempat untuk pergi, negara India atau China tak berminat untuk ambil kita orang.

Kalau pergi pun mungkin tak boleh hidup di situ, cara hidup kami memang dah lain daripada orang CHINA atau INDIA.

Saya cadangkan kita jangan bergaduh, panggil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan minta mereka campur tangan.

Minta PBB memberi semua orang bukan Melayu di negara ini taraf pelarian antarabangsa supaya kami boleh mencari tempat tinggal di mana kami tidak akan ditindas.

Kami tak mahu bergaduh dengan orang Melayu, tak ada guna kita saling membunuh.

Kalau ini nasib kami, biarlah. Sekurang-kurangnya anak-anak kami boleh berasa patriotik dengan negara baru mereka – sesuatu yang kami terpaksa korbankan dengan meninggalkan bumi tercinta ini.

Perjanjian kontrak sosial dilakukan oleh orang-orang yang tidak mempunyai visi untuk negara ini.

Saya tak nampak kenapa saya dipaksa untuk menerima kontrak sosial ini kerana kesalahan datuk-nenek saya.

Boleh tak Dr Khir Toyo menandatangi perjanjian dengan saya hari ini untuk menjual cucu Dr yang belum lahir kepada saya bila umurnya mencecah 20 tahun?????

Adakah salah ibu mengandung?

Sunday, July 27, 2008

Apakah kita harus membiarkan sahaja sesama warganegara dengan kita ini terus menderita tanpa merasakan keamanan yang dijanjikan Ar Rahman?

Fikir fikirlah akan nasib sesama insan dibumi tercinta tanahair kita ini?

Visits: 0