April 18, 2024

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Uptrend Networks Platform Rangkaian Usaha Niaga Antarabangsa

Assalamualaikum semua pencari peluang disana.

Saya berdo’a semoga anda sekeluarga berkeadaan sihat wal’afiat dan bersemangat didalam meneruskan saki baki kehidupan didalam dunia yang fana ini.

Tergerak hati saya untuk menulis tentang perniagaan yang saya ceburi sejak akhir tahun 2006 tetapi tidak menumpukan sepenuh tenaga dan usaha saya kerana sedang berusaha menjayakan usaha program pembelajaran Bahasa Mandarin (Hanyu) dan Kebudayaan China anjuran Kerajaan Republik Rakyat China melalui Pusat Bahasa dan Kebudayaan Global Hanyu, Shanghai Jiao Tong University.

Walaupun saya tengah sibuk didalam usaha menyelesaikan kerja kerja pengaturan kerja dan pelaksanaan program pembelajaran Bahasa Mandarin ini dengan sebuah universiti rantau Asia yang disertai 30 negara Asia, saya masih tidak melupakan usahaniaga saya melalui Uptrend Networks Sdn Bhd.

Ramai yang menyertai Uptrend tetapi tidak betul betul faham cara kerja dan usaha yang perlu dilakukan mereka sesudah menjadi ahli Uptrend2u.com.

Uptrend2u bukan lah satu bisnes yang akan tumbuh bercambah bagaikan cendawan selepas hujan.

Ianya berasaskan aktiviti semata mata.

Bagaikan menoreh getah, ada usaha berterusan yang perlu dilakukan setiap ahli Uptrend Networks yang ingin bebas dari masaalah kewangan.

Rata rata mereka yang kuat mengadu tentang kegagalan mereka meraih pendapatan luarbiasa dari urusniaga Uptrend Networks terdiri dari mereka yang gagal melaksanakan apa yang perlu mereka lakukan untuk mendapat ganjaran kewangan dan bonus bonus yang disediakan untuk usahawan Uptrend yang berjaya melakukan apa yang disarankan oleh pihak pentadbiran syarikat.

Amat tidak adil bagi mereka yang tidak faham cara kerja didalam sistem usahaniaga Uptrend menuding jari terhadap para pemimpin Uptrend Networks dan ‘upline’ mereka diatas kegagalan mereka sendiri mempelajari pelan niaga dan sistem merangkai niaga yang dianjurkan didalam Uptrend2u.com.

Kebanyakan yang gagal dan kecewa didalam bisnes ini selalunya terdiri dari mereka yang gelap mata dan hanya mengimpikan wang beratus ribu datang memenuhi akaun masing masing tanpa menyedari bahawa jika ‘Ruyung tidak dipecahkan; manakan dapat sagunya?’

LANGKAH PERTAMA

Ada usaha yang perlu dilakukan selepas mengisi borang permohonan keahlian Uptrend Networks dan membeli Pakej Perniagaan yang ditawarkan syarikat Uptrend Networks Sdn Bhd.

1. Pertama sekali anda perlu memilih pakej niaga yang sesuai untuk anda berdasarkan keadaan kewangan anda dan persediaan anda untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda sendiri sebagai seorang usahawan Uptrend?

Pilih dan beli hanya pakej perniagaan yang anda mampu dan usah berhutang dengan sesiapa didalam memulakan usahaniaga Uptrend anda ini.

2. Selepas anda berjaya membeli pakej perniagaan Uptrend anda, maka langkah seterusnya adalah untuk anda mendaftar laman niaga anda sendiri yang diberikan bersama dengan pakej perniagaan Uptrend2u.com anda.

Anda perlu mempelajari selok belok membina laman web ui2u.com anda dengan memahami setiap aspek dan sistem laman web ui2u.com anda. Bagi anda yang mempunyai modal lebih, bolehlah mengupah pereka laman web niaga profesional dan menaiktaraf laman web anda supaya menarik lebih ramai pelanggan Uptrend2u anda.

3. Langkah seterusnya adalah bagi anda menghadiri Kursus N.E.W. @ ‘New Entrepreneur Workshop. Kursus ini akan membuka mata anda terhadap segala apa yang perlu anda fahami tentang cara membina rangkaian niaga Uptrend anda dan memberikan anda ilmu asas berangkai niaga. Anda juga akan berupaya memahami cara operasi laman web ui2u.com anda dan bila tamat kursus N.E.W. ini, anda akan dapat melancarkan usahaniaga anda dengan lebih sempurna.

4. Sebaik sahaja selesai kursus N.E.W. anda perlu menjalankan usaha niaga anda melalui kerja kerja membina rangkaian niaga dan berhubung dengan prospek prospek niaga anda. Anda perlu menggunakan laman ui2u.com anda dan mengisi emel emel prospek anda yang bila penuh cuma perlu ditekan hantar sekali sahaja dan sistem perhubungan ui2u.com anda akan mengirim emel makluman tentang peluang niaga ini kepada semua alamat alamat emel yang anda isikan tadi.

5. Kenalan kenalan anda yang menerima emel anda tadi akan mendapat satu emel yang direka khas siap dengan persembahan peluang niaga ini melalui format ‘Flash Presentation’ yang akan memerlukan interaksi dari mereka untuk mengisi maklumat diri mereka dan persetujuan mereka untuk terus menyaksikan persembahan ‘Flash’ yang akan mempromosikan bisnes anda secara otomatik 24jam setiap hari selamanya.

6. Bila ada diantara mereka yang mahu mengetahui lebih lanjut tentang bisnes Uptrend ini, mereka kena mengisi nombor telefon peribadi mereka dan dengan ini anda berpeluang menghubungi mereka kembali untuk mengatur temujanji anda.

7. Jika anda mahir didalam membuat persembahan peluang niaga Uptrend dan anda berpengetahuan mengenai selok belok perniagaan berangkai niaga ini, anda berpeluang untuk melaksanakan perjanjian kerjasama dengan prospek anda dan mendaftar mereka didalam rangkaian niaga Uptrend anda.

8. Setiap pendaftaran Uptrend dimana prospek anda membeli pakej perniagaan yang mereka mampu dan melaksanakan perkembangan rangkaian niaga bersama anda, akan berlaku proses penjualan pakej perniagaan Uptrend dimana akan ada produk Uptrend yang dijual dan ada pakej sistem niaga laman ui2u.com Uptrend yang akan dibeli oleh mereka yang mendaftar dibawah rangkaian niaga Uptrend anda.

9. Syarikat Uptrend akan membayar anda yang memperkenalkan ahli baru kedalam sistem niaga rangkaian Uptrend Networks pelbagai bonus hasil dari jualan dan pembelian produk serta pakej sistem niaga berkenaan.

10. Bonus bonus yang akan dibayar kepada anda sebagai ahli Uptrend berdaftar yang memperkenalkan ahli ahli baru bertepatan dengan jumlah pakej perniagaan Uptrend yang baru didaftarkan dan kadar bayaran ke dalam akaun anda dan ahli baru anda adalah seperti yang ditetapkan Uptrend.

11. Bayaran Bonus Perkenalan akan dibayar kepada ahli Uptrend yang memperkenalkan ahli terbabit dan tidak kepada ‘upline’ mereka.

12. Ada laporan dari prospek prospek usahaniaga Uptrend yang mengadu bahawa ada upline upline yang cuba memperbodohkan mereka dengan menyatakan bahawa ahli ahli baru yang membawa masuk ahli ahli perlu meletakkan bisnes mereka dibawah rangkaian dan nama upline untuk memenuhi slot slot kosong didalam rangkaian niaga upline! Ini adalah satu kesalahan besar didalam sistem perniagaan Uptrend dan cubaan penipuan ini wajib dilaporkan kepada pihak pentadbiran Uptrend.

13. Ini adalah satu jenayah perniagaan dan mereka yang terbabit harus dilaporkan kepada pihak berwajib dan tindakan undang undang jenayah komersial wajib dikenakan terhadap mereka. Penipuan penipuan sebeginilah yang merosakkan nama baik syarikat dan mencemar reputasi sistem rangkai niaga didalam negara mahupun diperingkat antarabangsa.

14. Bagi mereka yang berniaga secara jujur dan amanah, rangkaian niaga mereka akan bertambah besar dengan setiap pendaftaran perniagaan baru dan peluang pendapatan bagi setiap ahli Uptrend didalam rangkaian Uptrend Networks adalah amat cerah sekali sekiranya setiap ahli Uptrend menjalankan aktiviti pembinaan rangkaian niaga masing masing dengan aktif dan profesional.

15. Salah laku perniagaan memang berlaku didunia jualan langsong dan sistem berangkai niaga. Namun bukan semua peniaga sistem jualan langsong dan rangkai niaga terbabit didalam penipuan sebegini. Sebagai seorang yang hidup dizaman berinternet ini, kita hendaklah sentiasa memajukan diri kita dengan mendapatkan ilmu ilmu asas perniagaan dan peka dengan setiap percubaan penipuan atau salah laku didalam bisnes masing masing.

16. Sepandai pandai tupai melompat pasti akan jatuh ketanah satu hari. Ini peribahasa lama namun hakikat dunia hari ini adalah setiap pesalah dan penjenayah didalam bisnes tetap akan terdedah dan ditangkap bila ahli Uptrend atau perniagaan apa sahaja berani melaporkan kepada pihak syarikat dan pihak berwajib untuk mencantas kejadian kejadian penipuan begini dari terus menghantui dunia niaga jualan langsong dan rangkaian niaga.

17. Hanya dengan bukti dan laporan yang dibuat serta merta sebaik sedar diri ditipu atau dianiaya oleh sesiapa sahaja dapat menghapuskan anasir anasir jahat dan perosak peluang niaga dunia hari ini dari terus berleluasa.

18. Setiap dari kita ada peluang untuk menjana pendapatan yang baik dan memuaskan melalui usahaniaga kita dan masyarakat Malaysia yang mahukan rezeki sampingan hendaklah merebut peluang peluang hebat yang ada didepan mata tetapi didalam waktu yang sama hendaklah peka dan berwaspada terhadap anasir anasir jahat yang sentiasa akan bercambah dari masa ke semasa cuba menangguk di air keruh dan mengambil kesempatan keatas mereka yang kurang berilmu didalam lapangan niaga ini.

19. Setiap perniagaan yang ada didalam muka bumi ini boleh sahaja dijayakan asal ianya halal dan sah baik dari segi agama kita dan undang undang negara. Terpulang kepada kita untuk mempersiapkan diri dengan segala ilmu ilmu perniagaan yang betul dan terkini sesuai dengan kehendak pelanggan dan pasaran niaga. Usah mengalah sebelum mencuba dan senantiasa memperkemaskan diri kita dengan segala keperluan niaga kita baik dari segi ilmu niaga, ilmu perantaraan sesama manusia dan kekuatan mental dan semangat juang yang tinggi dan terpuji.

20. Sekiranya anda gagal pada percubaan pertama, ingatlah bahawa peluang untuk bangun semula dan mengorak langkah, mendaki tangga tangga kejayaan terletak hanya pada kemahuan sendiri dan kesedaran bahawa jika tidak mencuba mencapai kejayaan dengan cara usaha yang berterusan dan diatas landasan yang betul, maka puncak kejayaan akan hanya tinggal angan angan kosong sahaja.

Berusaha itu adalah suruhan Allah SWT dan kejujuran serta amanah adalah kunci kejayaan masing masing.

Soalnya, macam mana kah mereka yang sering mengadu itu berusaha?

Apakah cukup dengan mendaftarkan diri didalam sistem niaga Uptrend ini dan kemudian mengharapkan rezeki jatuh dari langit atau terbit keluar dari skrin kmputer ini memenuhi poket atau akaun mereka?

Tidak sama sekali!

Perniagaan seperti Uptrend ini memerlukan usaha sebenar dari kita dan perlu ada kemahiran berurus niaga dengan prospek dan ahli ahli rangkaian kita.

Perlu sentiasa berhubungan dengan upline kita sekiranya upline itu sendiri seorang yang berkemahiran tinggi didalam bisnes ini dan berupaya membimbing dan membantu kita didalam ertikata yang sebenarnya?

Jika dah nasib kita mendapat upline yang ilmu niaga tak sampai kemana pun, usah lagi terharap harap pada mereka dan sebaliknya, kita sendiri mengorak langkah, mencari ilmu yang kita perlukan dan melengkapkan kekurangan kita.

Yang bulat takkan datang bergolek ; yang pipih tidak akan turun melayang. Itu peribahasa Melayu lama yang memberi erti bahawa jika hendakkan sesuatu maka kita perlu lakukan sesuatu pula.

Ini tidak? Ramai yang masuk kedalam sistem niaga Uptrend tetapi gagal. Gagal memperkasakan diri dengan segala ilmu perniagaan yang perlu malah terlalu mengimpikan kejayaan didalam sekelip mata.

Ini bukan cerita Aladdin dan lampu ajaibnya tuan tuan dan puan puan. Ini adalah satu usahaniaga yang betul betul berpaksikan kepada USAHA!

Tanpa USAHA yang tepat dan bersungguh sungguh dari pihak anda dan pelaksanaan operasi perniagaan anda menurut aturan dan cara niaga yang dibenarkan syarikat dan undang undang negara serta mengikut lunas lunas agama Islam nan Maha Suci, usah lah mimpikan kekayaan dan kejayaan menimpa diri!

Selamat berusaha bersama sama dengan saya jika anda mahukan kelebihan didalam kewangan anda dan jaminan masa hadapan yang lebih baik dari keadaan anda sekarang.

Hubungi saya jika berminat dan mahu berusaha mengubah masa depan anda.

Selagi anda mahu berusaha dan melaksanakan bahagian anda, saya sedia membimbing anda bersama sama pemimpin niaga saya iaitu Cikgu Norhaidi Nordin dan Cikgu Ahmad Amirudin.

Insya Allah.

Visits: 9