Assalamualaikum semua.
Semoga anda berkeadaan sihat wal’afiat bersama anak isteri tercinta.
Tuan tuan dan puan puan, saudara saudari sekelian.
Semalam, saya berkesempatan merakam video yang tertera diatas di perkarangan Masjid Saiyidina Othman, Bandar Tun Razak dimana seorang anak kecil yang begitu comel turut hadir bersolat Jumaat bersama ribuan Muslimin yang datang menunaikan kewajipan mereka.
Terhibur hati ini melihat sikecil ini sujud kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengikuti apa yang ayahnya lakukan.
Bertuahlah si ayah yang beruntung sekali mendapat anak yang sebaik ini dan cara si anak ini diam tidak membuat kerenah semasa khutbah sedang dibacakan mahupun semasa solat.
Selepas solat Jumaat dan solat sunat 2 raka’at ba’diyatan Juma’at, saya duduk ditikar saya menanti jama’ah beredar dan terlihat anak muda ini duduk segak serba putih, kemas bersongkok dan memakai setokinnya. Saya rakamkan pandangan ini buat tatapan semua.
Saya sempat bertanya kepada beberapa pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor tentang laporan akhbar baru baru ini berkenaan gangguan makhluk halus disekolah mereka?
Mereka menjawab sebenarnya laporan akhbar itu terlalu sensasi padahal cuma seorang sahaja pelajar perempuan yang lemah semangat terkesan dengan keadaan semangat dia.
Saya sarankan mereka membaca Ayatul Kursi selalu dan juga Surah Yassin serta Surah Surah 3 Qul semasa didalam asrama.
Mereka beredar selepas itu kerana van mereka telah siap untuk bertolak kembali ke sekolah.
Sebahagian dari jamaah yang sedang menurun tangga untuk kembali kerumah masing masing.
More Stories
Vivek @ Vivekanandhan, 59, [1961-2021]. Tamil Iconic Comedy Actor has died of a heart attack.
Serangan Anti-Asia semakin menular di Amerika Syarikat! Warga Malaysia harus sedar diri!
Selamat Pengantin Baru Anak Saudara Kami, Nur Fatin Nabila & Helmy Adnan!