March 29, 2024

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Ceramah Perdana TG Nik Aziz di Padang Pandan Indah malam ini.

Gambar ihsan www.nst.com.my

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh keatas kamu wahai kaum Mukminin wal Mukminat serta Ucapan Selamat Sejahtera ke atas mereka yang belum Islam.

Saya terpandang makluman Ceramah Perdana Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat terpampang disimpang lampu isyarat di Jalan Cheras, semalam bahawa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akan berceramah di Padang MPAJ Pandan Indah, mulai jam 9 malam ini, Sabtu 14hb Jun, 2008. Masuk percuma! 🙂

Turut berceramah bersama Tuan Guru nanti adalah YB Gobalakrishnan dari PKR dan YB Iskandar dari PAS.

Tuan tuan dan Puan puan, saudara saudari dipersilakan hadir malam ini nanti mendengar taklimat dan perkembangan suasana politik serta siasah negara malam ini dari mulut Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri.

Bagi yang hendak membaca biodata TG Nik Aziz, sila layari laman web ini.

Memandangkan Kerajaan Selangor kini diperintah oleh Pakatan Rakyat, maka dapatlah kita warga kota mendengar dan mengikuti ceramah ceramah sebegini dimana pemimpin Islam sehebat Tuan Guru Nik Aziz dapat hadir tanpa sebarang masaalah lagi dan pihak penganjur tidak lagi berhadapan masaalah mendapat permit dan izin menggunakan padang awam seperti di masa pemerintahan BN yang diterajui Khir Toyo dan zaman zaman sebelumnya?

Alhamdulillah. Semoga pasukan FRU dan PDRM turut hadir sama sama mendengar nasihat dan saranan saranan Tuan Guru yang kita kasihi. Insya Allah.

Bagi tuan tuan para peniaga, jagalah kebersihan padang dan pastikan tidak meninggalkan sampah sarap selepas ceramah nanti. Bagi para pengunjung, jaga tingkah laku dan adab sopan semasa mendengar ceramah dan jangan bertindak luar batasan norma norma pendengar ceramah.

Ceramah ini mungkin ceramah dua dalam satu -ceramah agama dan siasah semasa maka bawa bawalah bertenang mengikutinya. Yang baik jadikan tauladan ; yang buruk buat peringatan.

Usah mencari pasal dengan si topi merah kerna kelak rakyat sahaja yang kemungkinan berdarah dan diambil tindakan undang undang kerana mendatangkan bahaya kepada pasukan bertugas terutama sekali yang berperisai lengkap dan bertopi merah.

Kasihanilah mereka dan diri anda sendiri. Belajarlah dari pengalaman peristiwa Bandar Mahkota Cheras dan si mentimun Chiang Jiun Huar! Bawa bawa beringat wahai anak anak muda sekelian.

Tuan tuan dan puan puan pengunjung Ceramah Perdana nanti, bawalah tikar atau bangku lipat sendiri kerana almaklum sajalah , nama nya pun padang!

Semoga selamatlah hendaknya tuan tuan dan puan puan semua, selamat pergi dan selamat kembali ke kediaman masing masing.

Bila letak kereta tu, ikut peraturan jalanraya dan jangan bersikap ‘kiasu’ atau ‘ikut suka hati masing masing’.

Penyokong Nik Aziz kena mencerminkan akhlak serupa Tuan Guru bukan menjadi punca keadaan bertukar ke haru biru! Ingat nooo???

Bersantai lah kita malam karang mendengar ceramah dimana pemidato utamanya adalah Mursyidul Am Parti Islam se Malaysia sendiri.

Insya Allah. Fee amanillah ya kaum.

Visits: 1