Baru baru ini , saya menerima komen dari saudara Satria Asia, seorang Blogger dan juga pengguna You Tube yang mengirim komen berikut berkaitan artikel saya yang memuatkan kenyataan ABIM terhadap tindak tanduk Pengerusi DAP Karpal Singh yang membuat laporan polis terhadap Tengku Mahkota Kelantan Darul Naim dan Presiden MCA Ong Ka Ting yang meminta Kerajaan Malaysia membenarkan mereka yang memeluk Islam atas tujuan perkahwinan keluar dari Agama Islam bilamana perkahwinan tersebut gagal?
- I think the Malays are the only race in the world that reduces their ethnicity to no. 2 over their religion.
If Islam were to be erased from the world, the Malays will still exist. If the Malays were to be wiped out from the peninsular, Islam will not exist (well, maybe amongst Indian Muslims).
When they did the survey they did survey me. But I’ll offer my response anyway … Am I first Muslim than Malay? No. I am first Malay then I am Muslim because I can’t erase ethnicity from me — I can’t be Chinese or English — but I can erase ‘Islam’ from me and be Christian, Hindu, Buddhist, agnostic, atheist … I may not be able to do it here in Malaysia because unfortunately a Malay is constitutionally defined, but anywhere else in the world …
Melayu tak kan hilang dari dunia? Boleh…senang je…remove that part of the constitution that defines ‘Malay’…hilang lah bangsa Melayu. Kan bodoh?
Get it?
Bagi saya, jelas kelihatan bahawa saudara Satria Asia memperlecehkan kedudukan Agama Islam disisi masyarakat Melayu dan bagi dirinya menyatakan bahawa Bangsa Melayu itu lebih penting dari Agama Islam yang boleh ia sisihkan!
Maka saya kira patut sangat saya membalas komen beliau dengan merakam satu wawancara dengan beberapa orang Muslim berbangsa Melayu untuk mendapatkan reaksi mereka tentang pegangan atau pandangan Satria Asia ini.
Bersama saya pada petang itu adalah Saudara Norhaimi bin Ibrahim, seorang Perunding Takaful MAA, beralamat di Agensi Cahaya Syahadah, Klang, Selangor. HP: 012-610-0519.
Turut serta memberi pandangan adalah Tuan Sarji yang secara kebetulan memberikan pandangan dan nasihat beliau berkenaan tajuk perbincangan.
Jazakallah kepada kedua Saudara Norhaimi dan Abang Sarji. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala membalas jasa dan budi tuan tuan. Amin Ya Rabbal Alamin.
Berikut adalah jawapan kami kepada saudara Satria Asia.
Saya pertama kali menerima komen dari Satria Asia bilamana beliau mengirim pandangannya bahawa seseorang Mualaf itu sepatutnya dibenarkan murtad dan begitu juga seorang yang lahir sebagai seorang Muslim dibenarkan murtad didalam ruang perbincangan artikel saya tentang pengisytiharan Perdana Menteri Abdullah Badawi bahawa Kerajaan Malaysia membuat keputusan mengharuskan seseorang yang ingin memeluk Agama Islam memaklumkan keluarga masing masing akan hasrat mereka terlebih dahulu supaya tidak timbul masaalah di kemudian hari bila mereka meninggal dunia dan berlaku perebutan jasad diantara pihak Jabatan Agama dan keluarga bukan Islam si mualaf tersebut nanti?
Bilamana saya jalankan satu Carian didalam Google tentang Satria Asia, saya agak sedih melihat pelbagai komen Satria Asia yang menjurus kepada dorongan menyokong orang orang Melayu di Malaysia supaya murtad keluar dari Agama Islam!
Sila rujuk kesini. Nampak sangat bahawa gerakan memurtadkan orang orang Melayu teramat utama didalam perancangan puak puak bukan Islam di Malaysia.
Kenapa sampai jadi begitu sekali wahai saudaraku Satria Asia?
Apa perkara sebenarnya yang membuatkan dirimu begitu membenci Islam?
Na’uzubillahiminzalik!
Saya bukan lah hendak berperang siber dengan saudara saya Satria Asia, cuma sebagai saudara seagama dengan beliau, terasa perlu bagi saya menyatakan pandangan saya pulak selaku seorang Muslim yang prihatin terhadap keadaan saudara se Islam dengan saya.
Melayu adalah satu di antara pelbagai bangsa dan kaum yang diciptakan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Ada yang baik, sederhana dan buruk didalam bangsa Melayu sama seperti bangsa bangsa yang lain.
Teringat saya akan Khutbah Wida Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam yang berpesan kepada kita agar tidak lupa terhadap pesanan terakhir Baginda kepada sekelian umat manusia:

Hurrimat AAalaykumu almaytatu waddamuwalahmu alkhinzeeri wama ohilla lighayri Allahibihi walmunkhaniqatu walmawqoothatu walmutaraddiyatuwannateehatu wama akala assabuAAuilla ma thakkaytum wama thubihaAAala annusubi waan tastaqsimoo bil-azlamithalikum fisqun alyawma ya-isa allatheena kafaroomin deenikum fala takhshawhum wakhshawni alyawmaakmaltu lakum deenakum waatmamtu AAalaykum niAAmatee waradeetulakumu al-islama deenan famani idturra fee makhmasatinghayra mutajanifin li-ithmin fa-inna Allahaghafoorun raheem
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida’
Ihsan dari http://www.geocities.com/pgssajkm/khutbah.htm
Mudah2an Saudara Satria Asia dapat menerima nasihat ikhlas dari kami selaku saudara seagama dengan saudara. Insya Allah.
Saya mendahulukan permohonan maaf zahir batin sekiranya cara nasihat saya ini menyinggung perasaan saudara.
Saya mengambil langkah ini sebab kita sama sama Bloggers dan Satria Asia pun ada menyentuh perkara ini dilaman saudara.
Internet ini berupaya menjadi lapangan berinteraksi diantara kita demi kebaikan bersama.
Insya Allah.
Semoga Satria Asia dapat petunjuk dari Allah Azza Wa Jalla tentang perkara ini. Amin.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh.
Hits: 0
Salam,
Riddah (murtad) adalah jenayah yang berat di sisi Agama Islam.
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
120- Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
Penjelasan mengenai Riddah akan saya ke utarakan dalam blog saya nanti . Insya Allah.
Wallahu a’lam bis Sowab….
Wa’alaikumsalam.
Jazakallah sahabat diatas kiriman maklumbalas berkenaan perbincangan ini.
Semoga Allah SWT memberkati saudara diatas usaha saudara menyampaikan risalah agama kepada sesama Muslim dengan kita.
Amin.
Harap dapat nyatakan alamat blog saudara untuk tatapan kita semua.
Wassalamualaikum wr wb.
Biasa le saudara… puak puak jahil terpelajar ni memang macam tu… berhujah kritik pasai islam berdasarkan akal fikiran mereka yang dangkal tu kerana perasan diri sudah jadi intelek konon… kepala mereka Haris Ibrahim…
Sila lihat komen beberapa blogger dari puak puak mereka di blog saya…
http://anakperelihblog.blogspot.com/2008/05/illegitimate-muslim-children-and-jpn.html
cuba lihat blog mereka yang mengaku dan nampak macam nama islam tu… cuma kita ni perlulah berhujah secara berhemah… jangan jadi seperti mereka yang menghamburkan kata kata kesat…
Assalamualaikum,
Izinkan saya memberi pendapat berkenaan apa yang telah dibicarakan oleh SatriaAsia.
Pada pendapat saya, SatriaAsia cuba memulakan suatu provokasi terhadap orang-orang Islam berbangsa Melayu. Persoalannya kenapa harus didebatkan berkenaan perkara yang mustahil iaitu mana mungkin Islam itu lupus.
Pada masa yang sama juga kita harus menerima hakikat bahawa bukan semua Melayu itu Islam, walaupun ramai yang sedar kewujudan golongan murtad ini tetapi masih ingin menafikan bahawa yang Melayu itu mesti Islam. Hakikatnya pada hati seseorang. Hati yang bukan Islam itu tidak harus dihalang kerana Allah lebih berhak menilai dan menghukum pada dirinya kelak.
Kita juga patut lebih matang dan mengakui bahawa orang Melayu di Malaysia ini lebih bersifat Melayu dari mengamalkan cara hidup Islam. Iaitu Islam itu hanya pada zahirnya tetapi hatinya tidak pernah takut pada Allah. Oleh Melayu itu sendiri patut bangkit di dalam kelayuan itu dan sedar bahawa yang didokong itu bukan hanya pada bangsa tetapi paling utama ialah agama.
Bangsa tanpa agama ialah bangsa yang kosong, lemah dan tidak terbatas. Oleh itu Agama itu lebih kepada roh kepada sesuatu bangsa dan patutnya ia diutamakan.
Wallahualam.
Kalau tak silap saya, Satria Asia ni kerja dengan Malaysiakini… dari video di blog beliau, saya boleh faham kenapa beliau begitu.. background mempengaruhi beliau..
Selain dari beliau, terdapat lagi beberapa blogger “secular zealot” Islam seperti :
Azrul Mohd Khalib – bekerja dengan Majlis AIDS Malaysia…
http://hivmalaysia.blogspot.com/2008/05/nothing-wrong-with-stigmatising-certain.html
Tzarina,
http://orangewaves.blogspot.com/2008/05/jpn-what-is-your-problem-with-ill.html
Mereka ini melebelkan orang orang seperti kita sebagai “religious zealot” padahal dalam masa yang sama mereka adalah “secular zealot”