Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh.
Insya Allah, malam ini akan di adakan Forum Perdana bertajuk ‘Menjana Islam Syumul dikalangan Ummah‘ di Stadium Melawati, Bandaraya Shah Alam.
Majlis akan dimulakan pada jam 8.00 malam, Ahad 27hb April 2008 dimulai dengan Solat Isyak berjamaah.
Para panelis adalah:
- Professor Dato Dr.Harun Din, Timbalan Mursyidul Am Parti Islam seMalaysia
- Dato Ismail Kamus
- Ustaz Roslan Mohamad
Moderator : Ahli Dewan Undangan Negeri YB Dato Dr Hassan Mohamad Ali
Majlis Forum Perdana ini adalah anjuran Jabatan Agama Islam Selangor dan didokong Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.
War warkan lah tentang majlis ilmu ini. Semoga program program sebegini terus dijalankan dan juga para ulamak muktabar didalam negara ini akan turun ke padang, membimbing ummah ke arah kebaikan dan berusaha menghindari masyarakat dari terus hanyut dibawa arus maksiat yang sedang bermaharajalela di tengah tengah orang orang Melayu akibat kealpaan kerajaan persekutuan Barisan Nasional yang sibuk berpolitik sehingga hal ehwal tarbiyah umat Islam dibiarkan sahaja.
Nasib rakyat beragama Islam wajib di ambil tahu oleh para pemimpin kerajaan bukan setakat di biarkan mereka terbawa bawa dengan budaya hedonisma yang boleh menghancurkan masa depan ummah.
Jangan lupa. Malam ini jam 8.00, Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahmati kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin.
Hits: 2
assalamualikum. Can anybody provide me the contact address of Prof. Dr. Harun Din. One of my familly member is sick. I like to discuss with him.
Thanks.
talky2130@gmail.com
canada
Wa'alaikumsalam MD,
Here is the address:
PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA ( DARUSSYIFA )
No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel. 03-…
Email: alsyifa@streamyx.com
Jika anda menghubungi pejabat Darussyifa', lalu tiada siapa yang menjawab telepon, maka sebagai alternatif sila hubungi ustaz-ustaz berikut;
1. Ustaz Hisham (012-329 2792)
2. Ustaz Jufry (019-363 4124)
3. Ustaz Roslan (019-239 8573)
http://www.darussyifa.org