April 19, 2024

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Antara Melayu Menghunus Keris dan Gertakan Maori!

Tergerak hati ini membicarakan kemelut yang sedang dihadapi pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Pertama sekali saya melihat keadaan Melayu seperti Hishamudin Tun Hussein Onn yang dituduh menakutkan orang orang bukan Melayu dengan penghunusan keris UMNO nya.

Bagi saya, keris itu dah lambang Melayu UMNO. Dia sebagai Ketua Pemuda UMNO berhak menghunus kerisnya dan melafazkan taat setianya terhadap sumpah setia mempertahankan jati diri orang orang Melayu.

Itu tak menjadi salah. Perbuatan menghunus keris dan mengancam membasahi keris tersebut dengan darah orang orang Cina seperti dilakukan oleh Najib Tun Razak itu yang salah semasa Najib menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu!

Jika perbuatan mengancam sesuatu kaum seperti yang dilakukan Najib didiamkan , maka itu tidak adil namanya kerana ada unsur ancaman tertentu terhadap sesama warganegara!

Ada perbezaan diantara tindakan Hishamudin dan Najib.

Lagi satu kemusykilan saya, apakah orang orang Melayu harus kehilangan sifat dan semangat keperwiraan mereka dizaman ini?

Keris adalah senjata tradisional Melayu. Melayu dan keris tidak patut dipisahkan. Cumanya Melayu harus berhemah didalam penghunusan keris mereka supaya tidak kelihatan sebagai mengancam bangsa Cina tanpa perlu?

Cina Malaysia zaman sekarang tak adanya yang bersengketa secara terbuka terhadap orang orang Melayu.

Mereka juga anak bumi tanahair ini. Generasi warganegara Malaysia kini adalah mereka yang lahir di bumi ini sama seperti kaum India, Sikh, Orang Asli, dsbnya.

Setiap warganegara berhak diperakui sebagai anak watan pribumi ini tanpa di anak tirikan sesiapa?

Memang seluruh warga Malaysia perakui orang orang Melayu sebagai bumiputera namun harus juga dipertimbangkan akan hak hak warga Malaysia yang lain dimana mereka juga lahir disini.

Kemana lagi perlu mereka pergi kerana ini adalah tanahair mereka juga?

Kesultanan Melayu dipertuan oleh setiap warga Malaysia tanpa mengambil kira keturunan dan pegangan agama masing masing.

Ini adalah hakikat yang perlu kita faham dan terima dengan seikhlas hati. Tidak harus ada sesiapa mempertikaikan Kesultanan Melayu kerana negara Malaysia ini merupakan negara beraja berparlimen. Ini adalah hasil persetujuan sekelian pemimpin pemimpin pelbagai kaum semasa membentuk negara Malaysia.

Bilamana Hishamudin menghunus keris Panca Warisan UMNO, adakah beliau mengancam sesiapa?

Jika benar Hishamudin ada mengancam sesiapa, maka baru lah ada asas untuk mendakwa nya dengan terbukti bersalah melakukan jenayah mengancam dengan niat.

Jika sebaliknya, maka tidak patut beliau di’kambing hitam’kan oleh sesiapa pun apatah lagi oleh musuh musuh politiknya?

Satu persoalan bermain didalam benak fikiran saya. Jika Melayu tidak menghunus keris dan menjaga kesinambungan warisan keperwiraan persilatan Melayu, siapa lagi yang akan meneruskan warisan bersejarah warisan pendekar Melayu zaman silam?

Apakah kita mahu Melayu seperti Hishamudin bersifat munafik dan bermuka muka mengatakan tidak bermaksud mengancam sesiapa?

Perbuatan menghunus keris dan mencium bilahnya ada lah satu perlakuan seorang pendekar Melayu.

Adalah salah jika kita menahan pemuda pemuda Melayu melakukan apa yang alami bagi seseorang pendekar?

Sepatutnya baik Melayu, Cina, India, Sikh dan sesiapa sahaja disarankan memelihara semangat keperwiraan masing masing supaya musuh negara gentar terhadap kedaya upayaan para pemuda kita!

Lihat sahaja para pemuda dan pahlawan Maori di New Zealand!

Mereka digeruni kerana sikap dan sifat kepahlawanan mereka dengan gaya pembeliakkan mata mereka serta acah acah mereka dengan senjata tradisional mereka!

Tidak ada pula sesiapa yang mengadu terasa diri di ancam dan digertak oleh pendekar pendekar Maori itu?

Ada beza ketara diantara mengancam memandikan keris Melayu dengan darah Cina seperti dikatakan pernah dilakukan Najib semasa menjawat Ketua Pemuda UMNO dan Hishamudin semasa menghunus keris dan mencium nya demi mempamerkan semangat keperwiraan Melayu.

Didalam kita memperbincangkan sesuatu perkara sepeka begini, harus kita berlaku adil terhadap sesiapa pun biarpun ianya Datuk Hishamudin Tun Hussein Onn.

Semangat pendekar usah dicantas diatas nama sensitiviti kaum.

Pemuda pemuda Malaysia dari semua bangsa dan agama harus disokong menjadi perkasa mempertahankan negara dari sebarang ancaman musuh kita dari luar!

Ini pendapat saya.

Visits: 1