Apalah nasib MB Selangor yang baru, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana giliran dia pula yang nak kena pening kepala pasal babi?
Iyalah binatang haram itu punya pasal, Menteri menteri besar dah ramai yang terpalit busuk pekungnya kerana terpaksa bergelumang dengan natijah politik akibat permasaalahan yang terbit akibat isu penternakan babi secara haram di Melaka dan sekarang secara sah di Kuala Langat, Selangor?
Menurut Tan Sri Khalid projek ladang penternakan babi di Kuala Langat secara sah dengan peruntukan RM100 juta itu telah sedia diluluskan oleh Menteri Besar BN Selangor yang lalu, Datuk Seri Khor Toyo!
Apakah sudah jadi satu bala bencana bagi mereka yang menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri sesebuah negeri didalam Malaysia ini untuk dibebankan dengan masaalah babi?
Apa apa pun kita kena juga fikirkan bahawa bukan Islam tetap akan memerlukan bekalan babi mereka dan ladang ternakan babi di Kuala Langat yang di luluskan Kerajaan Selangor sebelum ini?
Nampak gaya Pak Khalid kena tahan napas sekejap dan kendalikan babi babi Selangor pula, ye?
Cobaan!
Hits: 0
Hehheh! Saya kesian kat babi. Tak habis-habis dipolitikkan 🙂
Dah takdir lahir sebagai babi bro!
Masaalahnya babi punya pasal, MB dan KM yang ditimpa macam macam hal?
Entah lah bro! Babi betul!!!
Hahahahahaha!
cerita tentang babi sila layari http://www.anakbapa.blogspot.com
Kenyataan Kerajaan Negeri Selangor Mengenai Projek Ternakan Babi PDF Emel
08 April 2008
Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak yang begitu prihatin tentang kelulusan Projek Ternakan Babi Moden di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu.
Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Datuk Seri Dr. Khir Toyo pada 30 Januari 2008. Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor.
Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.
Pada masa yang sama, menerusi projek ini, tiada ladang-ladang khinzir baru akan diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindahkan operasi mereka ke Projek Modern Pig Farming. Ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa. Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar ‘one stop’ yang sama bagi penternakan yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih efisyen dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor yang baru di bawah Pakatan Rakyat antara Keadilan, PAS dan DAP berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan meluluskan projek ini dan melaksanakan dengan adil dan saksama dengan mengambilkira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor…
Salammun’alaikum
Bila disebut babi/khinzir saja bagi orang Islam diMalaysia terutamanya orang Melayu ianya adalah sangat sensitif. Sudah sememangnyalah sebab ianya menjijikan bila dilihat cara ianya diuruskan. Dalam banyak perkara yang diharamkan atau yang ditak bolehkan oleh Allah s.w.t sudah barang tentunya ada sebab-sebab untuk kebaikan manusia itu sendiri. Walaupun demikian semua ini didalam Islam perlu ada cara yang bijaksana untuk dijelaskan kepada semua manusia dengan penerangan, pendidikan, dan kajian yang mendalam kepada semua. Kalau kita lihat antara benda yang di tak bolehkan dalam Islam selain babi, ialah arak. Malah dalam Islam seperti mana ada didalam hadith Nabi yang menyatakan arak itu adalah ibu segala maksiat. Dan pengharaman arak adalah didalam AlQur’an itu sendiri. Dalam erti kata yang lain pengharaman arak adalah terlalu amat serius. Daripada hadith tadi yang menyatakan arak itu adalah ibu segala maksiat membawa erti jika kita ada buat kilang arak maknanya kita boleh katakan kita buat kilang maksiat. Dengan itu selagi mana adanya kilang arak maka susahlah kita nak menghapuskan maksiat atau kejahatan. Dari segi kesihatan dan kajian sains pula semuanya menyatakan arak itu tidak baik untuk kesihatan diri dan juga menjadi punca berbagai-bagai masaalah dalam masyarakat dan kemsyarakatan. Begitu juga dengan babi banyak sudah kajian yang dilakukan mengenainya yang membuktikan adalah kurang baik dari segi kesihatan. Hanya kita perlulah banyak memberi penjelasan dan penerangan, dan kerajaan pula sepatutnya memberi banyak lagi insentif untuk menternak haiwan halal yang lain secara lebih aggresif lagi. Walaupun demikian adalah dirasakan pihak-pihak tertentu sengaja menimbulkan dan membesarkan isu ini kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk menenggelamkan isu keadilan seperti rasuah, salah laku tadbir tanah dan lain-lain isu keadilan yang dilakukan oleh kerajaan BN dahulu. Marilah kita tumpukan akan masaalah isu keadilan kepada rakyat yang perlu diutamakan ini. Daripada sirah Nabi Muhammad s.a.w kita lihat bila alRasulAllah mula diutuskan yang mula-mula dilakukan ialah menegakkan keadilan, mengutamakan kebajikan dan bukannya meruntuhkan patong lata, manat dan uzza. Kita juga boleh lihat bahawa Islam itu berkembang dengan Keadilan Ilahi yang menjadi teras kepada sesebuah negara Islam. Jika Keadilan Ilahi ini dipraktikan, dimulai dengan keadilan kemanusian justeru keadilan keduniaan ianya akan membawa kepada keadilan ketuhanan yakni LaillahaillAllah.
Sejarah ada menunjukkan orang Islam yang minoriti pernah memerintah orang bukan Islam yang majoriti seperti kerajaan Mesir duhulu semuanya atas dasar Keadilan Ilahi.
bashir alKulimi
Proud citizen of Jalan Panchok
Kulim Kedah Darul Aman
The Pig is also a creation of God, hence there is a place for the pig also on earth.
Kudos to Tan Sri Khalid for trying is level best to accomodate the pig too.
Saudara saudari,
Saya sebenarnya tidak faham kenapa penternakan babi selalu menjadi isu yang besar di Malaysia. Babi itu sebenarnya menjadi bahan permakanan kaum Cina khususnya dan yang bukan Islam secara ‘amnya. Namun ada juga di kalangan bukan Islam yan tidak memakan babi. Keadaannya serupa dengan, umpamanya, kaum India yang beugama Hindu yang tidak memakan lembu.
Saya rasa kekecohan ini tidak sepatutnya timbul dan ianya tidak akan timbul sekiranya wujudnya persefahaman dan toleransi antara kaum di negara kita ini. Malangnya, kaum kita rata-rata terlalu sensitif bila perkara babi ini ditimbulkan. Penternakan secara haram di Melaka tempoh hari memang sepatutnya dihentikan kerana keadaannya kotor dan memudaratkan. Oleh kerana orang orang Melayu begitu sensitif terhadap babi, maka perlulah satu garis panduan mengenai lokasi diwujudkan. Garis panduan mengenai kesihatan dan alam sekitar pula diperlukan bukan sahaja untuk orang orang Melayu tetapi untuk kebaikan umum kerana ianya memberi kesan umum dan bukan kepada orang orang Melayu sahaja.
Sekiranya ada cadangan penternakan babi yang memenuhi garis panduan lokasi dah kesihatan, pada pandangan saa tidak menjadi masalah bagi mana-mana kerajaan negeri ataupun kerajaan persekutuan untuk memberi kebenaran. Orang orang Melayu tidak perlulah melompat tergopoh gapah mengenai perkara tersebut kerana kaum kaum lain pun mempunyai hak untuk menjalani kehidupan seharian mereka mengikut amalan kaum dan agama mereka. Cuba difikirkan, bagaimana pula rasa kita orang orang Melayu sekiranya oran India yang beagama Hindu mula buat bising menegenai penternakan lembu? Sudah tentu kita rasa itu tidak munasabah.
Saya rasa kita di Malaysia perlulah lebih memahami dan bersikap bertoleransi sesama sendiri dan sesama rakyat Malaysia tidak kira bangsa kaum ataupun agama. Kita bermasyarakat majmuk dan itu sebenarnya adalah satu kekuatan.
peace.
art harun,
satu penjelasan yang sungguh bijaksana dan waras.
Like I mentioned in my other blog to Mahaguru, we will only realise the heartache of others when we put ourselves in their shoes.
When we do something which causes uproar and hurt to others, we must always reflect and put ourselves in their position so that we understand their feelings. That way we will become more rational.
For example we will never realise the suffering of a blind man until we blind fold ourselves for one day and realise the difficulty the blind man undergoes daily.
The Pig or Khinzir in sensitive in Malaysia because it has become a NO NO to discuss about it openly just like race and religion. The more we discuss about the pig in blogs and main stream media, we will become less sensitive and more tolerant.
Thats the ONLY way to desensitise our sensitivity.
We must become more tolerant to one another, not more sensitive to one another
The BN government is increasingly looking like the Titanic. The mud slinging going on between Badawi, Mahathir and Razaleigh is leaving the BN regime in tatters. This is not helped by spineless individuals like Nazri Aziz and Zahid Hamidi who would cheer on anyone who is PM but immediately chastise the individual once he is no longer PM. (Remember, dear Mahathir and Badawi, “Melayu mudah lupa”.) Then, we have the Ong brothers from MCA talking trash while MIC and Gerakan are busy re-inventing themselves in circles.
We also hear that document and files have gone missing in states ruled by Pakatan Rakyat. Personally if you asked me, I don’t trust the BN government, the Police, the Judiciary, the AG, the Elections Commission and the civil service.
Due to this, I believe that Pakatan Rakyat must not waste any time to form the government. The BN government is now falling from within. If we as a nation don’t bail out from this spiral, we as a nation may end up in the abyss with Badawi and Company! We must have regime change by having a PR government in place. We must not let the BN regime stay in power for another 5 years because by the time the next GE comes, the nations wealth would have been stripped clean and all evidence involving the sins of the BN regime would have been wiped clean by then.
Some people are against the crossing over of elected BN reps to PR. They feel this is a betrayal of the voter’s trust. What I would like to suggest is why not, come April 28, if there are any BN MP’s who are disillusioned and dissatisfied with the BN regime, they can declare themselves as Independent MP’s and join the 82 PR MP’s in passing a motion of no confidence on Badawi and his government.
I think His Majesty the Yang Dipertuan Agung, would not consent for another GE. Rather, the 82 PR MP’s can form a Minority government. Infact, this government can also go on to be a Government of National Reconciliation by having not only the Independent MP’s with them but also BN MP’s as well, so long as they are clean.
Therefore, there is no need to wait for Datuk Seri Anwar to get to Parliament for this to happen. With Datuk Seri Anwar by her side, I’m sure Leader of the Opposition, Datin Seri Dr. Wan Azizah will make a good PM. Time is of the essence. We must not let this opportunity slip away. Go for regime change now!
ni nak bagi pendapat sedikit…
nak pelihara, ternak, peluk, tidur dengan babi pun tak mengapa…
cuma jangan di kawasan dekat dengan orang melayu ramai…apatah lagi orang jawa memang ramai di sepang tu..
kita risau air babi tadi akan menitik dan mengalir di celah celah rumah orang melayu…
baik tukar ke kawasan majoriti cina dan letak di belakang rumah mereka bagus sedikit kerana memang makanan mereka dari babi dan apa yang boleh dimasuk dalam mulut…
tetapi orang Islam diajar dengan kaedah tertentu dan diharam dari makan daging babi dan anjing serta binatang2 yg diharamkan agama.
justeru, nak liberal/ toleransi bagus tapi jgn lupa FIKIR dulu bab sensiviti melayu yang juga penyokong PAS dan PKR serta DAP…
mereka tentu malu sekarang mengaku menjadi penyokong PAKATAN RAKYAT yang baru beberapa hari memerintah negeri selangor…
jangan sampai orang buat gelaran baru :
PaKatan Rakyat PKR sebagai Parti Ternak Khinzir Rakyat
sekian wassalam
PARTI ternak KHINZIR RAKYAT.
Biarlah dia nak pelihara babi..
kan dalam EXCOnya ramai yang makan babi…jadi senang nak sembelih..
Yang tukang lulus buat ladang babi.
CAYYO TAN SRI KHALID….
Lepas ini…luluskan pula rumah urut Cina….yang di Pimpin oleh Terresa Kok.Nanti dapat buat ketuk ketampi. Bukan apa Pelacur pun makhluk TUHAN jua.Apa yang bezanya dengan Babi..
MAKA Selangor… akan jadi pusat segala MAKSIAT dan HASILKAn benda yang HARAM… dan PAS pun setuju…
Tahniah.. Allahuakbar… SElamatkan Dr.Hassan Ali…
kesian penduduk sepang terutamanya orang melayu. jangan jadi kat melaka dah 50 tahun merdeka tapi masih bergelumang dengan pencemaran babi.
apa nak jadi dengan malaysia kini dan akan datang. jika dikaji babi adalah satu spesis yang unik (spesis yang pengotor walaupun dimandikan dengan serbuk pencuci jenama apa pun) cuma jika kita sebagai orang islam yang terkena babi boleh disucikan dengan samak shj.
saya amat membangkang projek tersebut sebab walaupun saya bukan penduduk sepang tapi saya masih memahami perasaan orang lain. suka saya tanya kat anda semua , siapa diantara anda semua sanggup tinggal dikawasan penternakan babi …siapa sanggup sila angkat tangan…!!! FIKIRKAN LAH SEMASAK MASAKNYA..
dan saya juga masih memahami peranan dan tanggungjawab pemimpin kerana terpaksa dan memikul tanggungjawab yang berat untuk memuaskan semua pihak . Pemimpin adalah pemegang amanah. JIka tidak silap, saya pernah terdengar dari rakan yang pernah menyatakan….”JIKA ditanya pada gunung, gunung yang besar gagah pun tidak sanggup untuk memegang amanah ALLAH,” kesimpulannya pemimpin hendaklah bersikap adil dan saksama.
regard.
hhmm, i not trying to be too islamist or nationalist in this issue.
ok, first, we must acknowledge that malaysia is not totally malays country; there are chinese and indians.
in islam, we must cater other races’ or religions’ needs. in this case, some malaysians eat babi.
some say why don’t we transfer the babi farm to isolated place; selangor is a big country. i might say, if we do that, maybe the local gov (or the farmers) have to build special road leading to the isolated babi farm which both parties may disagree.
so, that ‘s not quite brilliant idea.
hhmm, is there any exact rules regarding distance of factories/farms from housing lot? if the new farm is legally within the law, then i think nobody can argue the matter.
but, that might not be the best answer to give to the residents.
hhmm, i think what the new gov can do is to convince the concerned residents about their health or surrounding environment in the near future meaning, let say every month or what, there will be a team of environment experts taking samples from say river, air or whatever associated with environment and analyse them. then , new gov can publicly publish the statistics maybe in official blog, website, press conference to maintain people confidence in the progress/ effectiveness of the project.
maybe, the new gov can set up special clinics or improve health facilities (existing clinic) for residents near the babi farm.
maybe can give medicine periodically to the residents to avoid any infection just in case.
maybe can grow more (big) trees surrounding the new babi farm or near the the farm. i mean, a lot of it.
we cannot get away from this issue simply by not building the farm. somewhere and some time, some states have to build this babi farm too if it is not melaka or selangor because of babi- eater people; we have to cater their needs as malaysians too.
what we can do now is how to reduce the impact of the babi farm. maybe the new gov can publicly announce there will be semburan to prevent the disease caused by the babi say every month or what.
hhmm, maybe we can educate people about the bad affects of eating pork so that in the end, less people eat pork. i don’t think pork is something addictive alike cigarette. this might be too idealistic though, but frankly speaking, i don’t want my fellow non- muslim or pork eaters to continue to eat something that is not quite healthy as being proved by vast researches conducted even by non- muslim researches and professors.
or we can make pork price higher than chicken, lembu or other daging as what we did (and will do ) to alcohol and cigarette. by doing that, less people will eat pork gradually, kot. the extra money collected from the selling of the pork will finance the semburan, trees planting, vaccine to be given to concerned residents etc. but, i can say, this is a bit overreaction kot.
why convince people about their health when we dont need that “ladang”? who needs it actually? non-malay? do malay need it? of course no .
“tolerate”… nice thing to say for the purpose of living together. Then why dont they tolerate to malay and get the “ladang” in new area where no malay population near the “ladang” for at least 100km radius? doesnt they know this kind of feature is really really sensitive with malay??
i bet they know and understand..but cuba buat-buat tak faham je. because to make this farm in such kind of place will be cost a lot for them. “tada untung”.
Again to muslim who gives a comment of tolerate, live in sepang then if you really want to tolerate and we will see..or maybe now you can come over to bukit pelandok (PD) and live there ..then you can shout these word tolerate to all malay people then.
DID…not WORDS