April 19, 2024

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Komen MAHAGURU58 kepada Mohd Ali Rustam.Blogspot

Saya telah cuba menghantar komen ke blog Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam disini namun mendapati bahawa Blogger meletakkan blognya dibawah pemantauan kerana dikatakan ada laporan blog tersebut mengandungi ‘objectionable content‘!

Hehehehehe…mungkin Blogger sendiri tidak tahan dengan propaganda saudara Ali yang ternyata memperlecehkan Pakatan Rakyat dan cuba mempromosi agenda BN yang telah lapok ditelan masa?

Entahlah! Maka saya kira elok lah saya terbitkan semula isi komen sulung saya kepada saudara Ali di blognya yang ternyata ada masaalah dengan Blogger.

Berikut ini adalah apa yang MAHAGURU58 sampaikan sebagai ‘alu aluan’ kepada Saudara Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka sebagai ucapan ‘Selamat Datang ke Dunia Bloggers’.

Mengikut Khairy Jamaludin bloggers ini semua golongan berok!

Yang bercakap tu dikenali dengan kelakuan yang sebegitu makanya kami malas lah nak layan?

Pedulikan menantu Pak Lah tu! Dah tak lama dah tu? Hehehehe…

Semoga Saudara Ali dapat lah belajar bercakap benda yang boleh diterima akal dan menghentikan cubaan saudara untuk menjadi Zam Zam Ala Kazam kedua. Insya Allah.

Assalamualaikum Saudara Mohd Ali,

Pertama sekali tahniah saya ucapkan diatas terangsangnya diri saudara untuk tampil ke dalam dunia blog ini.

Jika sekiranya warga warga negara seperti saudara telah mengambil langkah mengujudkan laman blog seperti ini dari dahulu lagi, maka ada kemungkinan saudara akan berjaya berhubung terus dengan rakyat Malaysia?

Saya faham bahawa saudara mengambil langkah ini disebabkan BN terpukul dengan kekalahan yang tidak pernah BN bayangkan selama ini?

BN harus akur bahawa dunia sekarang ini bukan lagi zaman dimana masyarakat am boleh terus dikelabui dengan dakyah propaganda BN seperti dahulu?

Saudara harus faham bahawa ledakan maklumat sudah tidak boleh dibendung lagi dizaman ini!

Internet membebaskan kami dari terpaksa mendengar dan menonton berita berat sebelah dari corong radio dan kaca tv atau membaca propaganda BN di akhbar akhbar media perdana.

Kini kami bebas menyuarakan pendapat dan meluahkan apa yang terbuku di hati selama 50 tahun lebih dikongkong oleh Pakatan BN!

Jika saudara kira saudara akan berjaya menarik rakyat kembali menyokong BN, saudara boleh saja terus bermimpi sementara berkuasa sekarang.

Tunggu sahaja gelombang perubahan yang akan terus menukar corak dan cara kerajaan di Malaysia ini.

Politik berasaskan mengadu domba sesama warga Malaysia akan hilang ditelan zaman.

5 negeri sudah kembali ke tangan rakyat.

Perubahan selanjutnya akan terus berlaku samada saudara dan pemuka pemuka BN membuka seratus ribu blog seperti ini?

Kami tidak termakan lagi dengan dakyah BN!

Bagaimanapun saya ucapkan selamat ber’blog’ bersama kami semua.

Cuba tanya balik kepada Khairy Jamaludin samada pemuda itu masih mahu menggelarkan bloggers Malaysia sebagai berok?

Yang ternyata hanya dia sahaja yang terloncat loncat macam kera dalam kandang tanpa berusaha memajukan negara ini menggunakan kedudukan nya sebagai menantu Abdullah Badawi untuk membantu rakyat yang susah susah sementara mereka bergumbira di Seri Perdana!

Halalkah makan minum diatas keringat dan darah rakyat?

Entah lah saudaraku Mohd Ali!

Semoga saudara boleh bermuhasabah diri dan lakukan apa yang patut untuk meringankan bebanan yang ditanggung rakyat Melaka?

Saya teringat semasa melawat Melaka tahun sudah, bahawa ada Hukum Kanun Melaka dibiar sepi terpamer di Muzium Sastera Melaka.

Apa ada kemungkinan Hukum Kanun Melaka dihidupkan kembali sebab saya lihat didalam nya terkandung Undang Undang Islam yang adil kepada semua?

Takkan kita yang kononnya sudah merdeka masih mahu berkiblatkan Undang Undang British dan Shariah ciptaan sendiri selain dari mengangkat dan memartabatkan Undang Undang Allah seperti yang terdapat di Hukum Kanun Melaka itu?

Pohon jawapan saudara tentang ini.

Usahlah saudara membuang masa menulis seperti apa yang saudara terbitkan didalam warkah sulung saudara ini!

Ianya kosong tidak bererti bagi Bloggers seperti kami yang sudah muak dan loya terhadap cara penulisan begini yang tak ada sesuatu yang baru dan berfaedah!

Buang masa je!

Cari topik topik yang baru seperti:

Kemana arahtuju BN dan UMNO selepas PRU ke 12?

UMNO. Dulu, Kini dan Esok dimana?

Sebagai contoh je tu.

Bloggers kena proaktif brader.

Setakat tulisan macam yang ada diposting pertama saudara ni, tak payah lah buang masa.

Takde maknanya brader!

Semoga saudara dapat menulis dengan lebih baik dari ini memandangkan saudara mengaku diri sebagai graduan itu dan ini.

Tulisan saudara nampak macam skrip Zam Zam Ala Kazam saja.

Takkan berguru dengan Zam kot?

Mudah2an tidak!

Baiklah brader Ali.

Sekian dulu maklumbalas saya.

Semoga ada faedahnya kehadiran saudara didalam dunia Bloggers!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum wr wb.

Visits: 0