September 21, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Kebanyakan Program Astro RIA ‘membaloq’kan’ Melayu!

Apakah anda juga terasa bahawa kebanyakan program program TV Astro RIA mengajak Melayu menjadi ‘baloq’?

Bagi yang tak faham dengan istilah ‘baloq’ ini yang biasanya kami gunakan di wilayah utara semenanjung Malaysia ianya membawa maksud ‘kurang bijak’, ‘kurang cerdik’, ‘kurang cerdas’!

Iyalah! Mana tidaknya?

Asyik asyik hiburan sepanjang masa!

Teramat kurang perancangan menjana minda orang orang Melayu ke arah menjadi lebih berdaya saing disegi pembelajaran akademik, lebih berilmu di dunia perniagaan, lebih berupaya mencipta dan mereka sesuatu hasil yang berkemungkinan mencetus pembaharuan didalam dunia serba moden dan mencabar ini?

Amat jarang sekali saluran Astro RIA menjana peluang sama rata kepada rakyat Malaysia tanpa berpaksikan sekian fahaman dan pegangan politik atau berusaha membawa umat Melayu ke arah berupaya berhujah atau berpidato dengan penuh bijaksana seperti kebanyakan kaum kaum yang lain?

Kita dikejutkan dengan kejatuhan mutu pembelajaran di universiti universiti negara kita dan ada yang tertanya tanya kenapa sampai begitu merudum sekali pencapaian menara gading kita?

Apa yang hendak dihairankan bilamana Kementerian Pendidikan seolah olah mangli terhadap pencemaran minda dan budaya orang orang Melayu secara sistematik oleh rangkaian rangkaian televisyen satelit dan juga tempatan?

Samada kita sedar atau tidak mutu pembelajaran penuntut penuntut kolej dan universiti Melayu teramat rendah kerana mereka diserang oleh kejutan budaya dan pencemaran adat resam sosial yang kini berpaksi kepada cara dan gaya bebas barat!

Diluar penuntut penuntut kolej dan universiti berpakaian menutup aurat dan menampilkan imej sopan namun disebalik tudung dan jilbab itu bergelora gejolak hawa nafsu yang disemarakkan oleh budaya kuning dan kotor para remaja Melayu sekarang yang sudah tidak segan silu melakukan pelbagai jenayah seksual dan tidak hairan terhadap bahana dosa perbuatan mereka?

Hadir pula aktivis aktivis sosial yang seolah memberi harapan kepada pesalah pesalah jenayah seksual ini dengan memberi mereka ruang dan tempat melahirkan anak anak haram mereka!

Kesemuanya berbalik semula kepada program program pemusnah minda dan daya upaya anak anak muda dan remaja Melayu yang terbiar merayau oleh pihak pihak berkuasa yang gagal mentarbiyah pemuda pemudi Melayu ini ke arah kejayaan!

Bila keadaan sudah menjadi terlalu buruk sehingga dicatatkan kelahiran lebih dari 68,000 anak anak haram oleh ibu ibu Melayu yang terdiri dari penuntut penuntut dan remaja Melayu pada tahun 2005 sahaja, maka baru lah kelam kabut kementerian itu, jabatan ini dan keluar lah kenyataan kenyataan yang sudah terlewat dan tidak berguna dari ahli ahli politik yang cuba menangguk di air keruh.

Dakwah dan Tarbiyah seolah dipinggirkan dari sisi masyarakat oleh pihak pihak media massa dan kegiatan dakwah pula banyak dilakukan oleh puak puak yang tersasar dari Sunnah Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam?

Entah apa lagi yang hendak berlaku pada anak anak Melayu negara ini?

Siapa yang peduli tentang mereka?

Astro? TV3? NTV7? RTM?

Siapa?

Hits: 3