September 22, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Padan Muka BN – Sombong Tak Sadar Diri!

Alkisah Mahaguru58 tersenyum simpul membaca berita mantan Menteri Besar Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan menangis tersedu sedu , mengunci diri didalam kamar Istana Kediaman Rasmi MB Perak semalam!

Iyolah..bukan nya nak boleh buat amende laie! Nasi udah menjadi bubur…dok berpesta pora sakan selama ini dah takleh dah..tinggal nak menanti masa je Jang oi…menanti panggilan ke alam kubur!

Eh..jangan tak percaya …setiap kita ni pasti kan tiba disana. Nama tempat tersebut adalah Darul Qabr. The Cemetery.

Dia tak kira saudara berpangkat Tan Sri ke Datuk Seri ke , Tan Tin Tun atau Tengku atau Tuanku sekalipun.

Ulat ulat gonggok tu tak peduli samada tuanhamba bersiram dengan air mawar setiap hari dan telapak kaki dan kulit selama ini digosok di spa spa mewah oleh amoi dan nyonya atau anak dara sunti Pak Ngah dari Bota Kiri atau Bota Kanan?

Malaikatul Maut tak adanya nak datang ambik ‘appointment’ terlebih dahulu bila sampai masa ruh hendak direntap dari tubuh badan YAB?

Tak ada deh!

Makanya apa nak disedihkan sangat sampai tak hendak berpisah dengan mahligai tersergam indah, dikawal dek soldadu dan pak pacak upahan kerajaan negeri sekian lama ini?

Sudah lah tu ! Bawa bawa mengucap dan sadar diri bahawasanya tuanhamba sudah tidak berkuasa lagi?

Haram sebenarnya kalau diambil kira mengikut hukum syarak berada disana barang sedetik lagi kerana sudah tidak halal lagi menduduki istana indah serba mewah di kediaman rasmi kerajaan negeri!

Hello brader! Dah jadi hak milik wakil yang dipilih rakyat marhaen tu!

Maka bawa bawa lah menginsafi diri dan kembali semula kerumah sendiri.

Ucapkanlah ‘Selamat Tinggal’ kepada katil mewah bertilam lembut, suasana yang begitu lumayan dan mewah dinikmati dan dikecapi hasil undian masyarakat yang terpedaya selama ini, mengundi tuan kepuncak persada, hilang didalam dunia sebegitu indah sekali, semuanya tersedia hasil dari cukai cukai serba macam dari Pak Mat, Apek Tan dan Aiyya Sami sekelian.

Nak kesal ape ke benda?

Selama ini bukankah BN teramatlah sombong, membongkakkan diri?

Terasa diri maksum tak terperi?

Tu ada sekor lagi kat Kepala ‘Ter’batas tak mampu nak pikir bahawa ‘rumah kata pergi; kubur kata mari!?’

Tak percaya akan kemewahan Sang Perdana Menteri?

Tatapilah betapa bertuahnya anak cucu Abdullah Fahim, pencari Al Ghazali!!!

Har! Har! Har! Har! Gelak sang M.Rajoli!

Marilah kita sama sama menyakitkan mata dan hati…hu hu hu hu…alangkah indahnya kehidupan Imam al Islam Hadhari?

Masya Allah!!! Untun..untun…patutlah tebal benar muka bila Tun Mahathir minta PM letak jawatan?

Susah nak dilepaskan!!! Hahahahahahaha!

Sila klik pada gambar gambar ini untuk melihatnya dengan paparan lebih besar!

Kelas gitu?

Alangkah serhonok nyierrrr? Betapa mewahnya hidup Sang Imam al Hadhari? Masya Allah!

Lembut gebu cantik menawan..kaulah da bomb? Errr…Imam Hadhari dok fokus kat mana tu?
Lama benar dok perhati dada si Michelle Yeoh tu! Haram tu brader! Bawa beristighfar skit!:P

Dah jumpa kah belum Damai Abadi? Setahu hamba damai abadi ada yang bertiang dua , satu dihujung kepala , satu lagi dikaki. Namanya Tiang Nesan.

Dah jumpa? Alhamdulillah! 😀

Alangkah bahagianya dilimpahi nikmat bertubi tubi, dari kiri kanan, depan belakang, atas bawah…Assyukuraa…assyukuraaa..

Macam skrip filem P.Ramlee daaa!!!

Ish! Ish! Ish! Ish!!Cobaan!

Hits: 0