April 20, 2024

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

BN tidak matang menerima kekalahan pilihanraya!

Salam hormat kepada semua warganegara Malaysia.

Terlebih dahulu saya Mahaguru58 mengucapkan Syabas kepada setiap pengundi berdaftar Malaysia yang memilih calon calon Barisan Rakyat terutamanya dari PKR, PAS dan DAP!

Sempat saya mengambil gambar kenangan kertas undi saya dan merakam keputusan saya menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim mewakili saya ke Parlimen Malaysia buat penggal 2008 ke 2012 atau 2013!

Ini keputusan saya yang saya buat setelah mengkaji kedudukan politik tanahair ini yang semakin lama semakin mengabaikan hak hak orang orang kebanyakan seperti kami yang tidak kaya raya seperti mereka yang sedang berpesta pora melantak kekenyangan mengisi tembolok masing masing didalam kerajaan yang bongkak BN!

Lihat saja cara seorang petugas BN berlagak garang terhadap Mahaguru58 semasa saya mengambil video dan gambar suasana pilihanraya semalam?

Mungkin hamba Allah ini tidak kenal saya kerana ada kebarangkalian beliau tidak membaca atau mengikuti laman laman blog di internet ini.

Maka saya tidaklah mengambil hati akan sikap angkuh saudara ini. Namun Mahaguru58 bukanlah gentar terhadap manusia manusia sebegini.

Kata orang Penang, kami ni tak suka mencari pasal.

Tetapi kalau terpaksa berentap, maka kami anak anak Pulau Pinang akan bertarung mengikut pegangan ajaran perguruan kami ‘Biar mati bergalang tanah dari hidup berputih mata!’

Kalau pondan tak adalah kami ni penulis blog seMalaysia berani nak letak muka dan nombor talipon kami disini!

Terer tu tidaklah seberapa tetapi kalau dah sampai keadaan dimana kita terpaksa memilih samada mereka atau kita yang hidup atau mati, maka tepuk dada tanyalah selera!!!

Barisan Rakyat le brader..bukan Barisan Mak Nyah!!!

Seboleh mungkin kita tak hendaklah bergasak sesama ummah tetapi tahu tahu sajalah kita ni pun ada hak tu juga!!! Ular menyusur akar tak kan hilang bisanya tuan?

Semangat kita tetap semangat Jebat! Kalau terpaksa maka kena lah merimbat!!!

Ye tak???

Rakyat Malaysia usah dicabar terlalu! Kalau dah sampai saat dan ketika maka jika membujur kami kan menumpang lalu , andai melintang kami kan mematah!

Harap harap dapatlah menangkap maksud kiasan hamba itu. Sudah ketahap melampau kesombongan dan keangkuhan segelintir manusia dimuka bumi ini!

Ini menurut suruhan Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam. Ada hadis nya.

Saya turut terasa melihat warganegara Malaysia dipukul, diterajang, disepak, dihina malah ada yang dibunuh tanpa belas kasihan oleh pasukan kerahan pemerintah!!!

Itu adalah zalim namanya dan sebagai seorang pejuang Islam, Mahaguru58 tidak rela bersekongkol dengan orang orang yang sezalim begitu dan bertekad membantu sesama warga dengan menulis untuk kebenaran dan hak asasi manusia sesama warga dengan saya!

Saya ‘buta warna kulit’ dan tidak gemar bermusuh musuhan dengan mereka yang berlainan agama dengan saya tanpa perlu?

Lakum dinukum waliyadin pegangan saya.

Saya tetap akan mempertahankan agama Islam yang amat berharga bagi saya dan tetap akan menjalankan Dakwah al Islamiyah tanpa berkira kepada siapa yang harus saya tumpukan usaha saya.

Saya memilih menjadi Blogger Muslim yang menulis demi Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan seboleh mungkin ingin mengikuti jejak Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam dengan mengajak para pembaca saya kepada Ad Deen ul Laah!

Brader Khalid! Tuanhamba harus membuktikan kepada kami pengundi pengundi tuan bahawa Bandar Tun Razak akan bertambah maju dari hari ini sampai bila bila!

Tahniah diatas kejayaan tuan menjadi Ahli Parlimen P124 Bandar Tun Razak dan juga di Dewan Undangan Negeri Ijok!

Syukur Alhamdulillah diatas termakbulnya doa doa para penyokong Parti Keadilan Rakyat di kawasan kami ini dan juga di Ijok , Selangor Darul Ehsan!

Bermula lah sekarang zaman kebangkitan suara rakyat Malaysia yang mahu melihat perubahan dari segi pemberian ruang kepada rakyat menyatakan yang hak dan dibela pula oleh pemerintah dengan pengedaran bantuan yang saksama kepada semua warganegara negeri dan negara tanpa membezakan keturunan dan kefahaman agama.

Amat penting sekali bagi kerajaan kerajaan negeri negeri dibawah pentadbiran Barisan Rakyat untuk memperkotakan kata dan menunaikan janji kepada rakyat yang telah memilih tuan tuan semua memerintah Kelantan Darul Naim, Pulau Pinang, Kedah Darul Aman, Perak Darul Ridzuan dan Selangor Darul Ehsan.

Sebaik sahaja keputusan pilihanraya diumumkan, maka kedengaranlah suara suara sumbang dan kelakuan buruk pihak media massa pengampu Kerajaan BN yang menuduh kami para pengundi Barisan Rakyat sebagai mereka yang tidak mengenang budi kerajaan, menyokong Bukan Melayu dsbnya?

Bilakah masa mereka ini hendak sadar diri bahawasanya kami rakyat Malaysia sudah muak dengan perangai dan keangkuhan pemimpin pemimpin BN berlaku sombong dan bongkak bila berhadapan dengan kami rakyat marhaen?

Lihat sahaja cara mereka berlagak semalam semasa Mahaguru58 pergi mengundi di Sekolah Menengah Sains Selangor dan cara cara ahli ahli BN begitu kasar menghadapi kami?

Makanya usah hairanlah bila kami warganegara Malaysia yang berhak memilih kerajaan memberikan undi kami kepada calon Parti Keadilan Rakyat di Parlimen 124 Bandar Tun Razak!

Hidup Barisan Rakyat! Hidup Warga Bandar Tun Razak kerana membuat pilihan yang tepat dan membuktikan bahawa kita rakyat Malaysia mampu mengubah nasib kita dan mencorakkan cara pemerintahan negara ini menjadi negara yang adil terhadap semua!

Kami para penulis blog @ Bloggers telah dituduh bermacam macam oleh para pencacai BN dan kami bertekad mendedahkan segala keburukan dan kezaliman BN melalui laman laman blog kami!

Kami telah berhasil melakukan nya ! Alhamdulillah! Perubahan kepada kebebasan rakyat dari cengkaman puak puak BN!

Apakah saudara setuju bahawa kami para Bloggers Malaysia telah menjalankan tugas dan tanggung jawab kami terhadap penyebaran maklumat dan situasi semasa dengn berjaya bagi Pilihanraya Umum ke 12 Malaysia ini?

Allahu Akbar! Marilah kita menuju kepada ‘Sifar BN’ didalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti!

Kenapa? Tak percaya? Hahahahahahaha!!! Hendak seribu daya saudara!

Barisan Rakyat terbukti boleh!

Visits: 0