May 7, 2022

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Khalid Ibrahim MENANG P124 Bandar Tun Razak


Alhamdulillah! Semasa saya sedang menaip laporan ini, keputusan terkini menunjukkan bahawa calon Parti Keadilan Rakyat Tan Sri Khalid Ibrahim telah memenangi kerusi Parlimen disini menumpaskan calon BN selama 3 penggal sebelum ini Datuk Tan Chai Ho!

Angka rasmi belum diperolehi tetapi maklumbalas dari laman laman web kawan kawan bloggers amat memberangsangkan!

Mahaguru58 amat bersyukur kerana membuat keputusan yang tepat menyokong Barisan Rakyat kerana sudah tidak boleh bersabar lagi dengan keangkuhan kerajaan BN dibawah Abdullah Badawi menidakkan kekejaman yang mereka lakukan selama ini!

Dari laporan terkini di dalam internet ini Barisan Rakyat telah berjaya memenangi pilihanraya di negeri Pulau Pinang dan Kelantan!

Nurul Izzah Anwar telah menang mengalahkan Shahrizat Jalil!

Keputusan pilihanraya sedang menunjukkan tsunami undian rakyat yang berpihak kepada Barisan Rakyat dan kita sedang melihat hasil perjuangan siber kita berjaya membuka mata rakyat marhaen supaya bangun merubah nasib kita!

Mahaguru58 berpuashati dengan keputusan pilihanraya ini!

Breaking news ! Samy Vellu kalah!!!!