September 23, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Datuk Aziz Sattar – Wawancara Khas Bhgn Akhir oleh Mahaguru58


Didalam rakaman wawancara khas ini Datuk Aziz Sattar meluahkan isihatinya kepada para peminat dirinya selaku rakan seperjuangan bintang legenda industri perfileman Melayu zaman lampau.

Datuk Aziz meminta para peminatnya agar menyokong usahanya menuntut keadilan bagi pihak dirinya dan rakan rakan seniman didalam Persatuan Karyawan yang menghadapi masaalah dalaman persatuan.

Semoga tuan tuan dan puan puan mengambil iktibar dari kata kata dan luahan jiwa seniman lagenda ini. Insya Allah.

Bagi pihak Mahaguru58, doa saya tetap bagi kejayaan seniman Datuk Aziz Sattar berjaya menegakkan keadilan bagi dirinya dan rakan rakan yang lain berteraskan pengalamannya selama 55 tahun didalam industri filem tanahair.

Saya telah mendapat izin Seniman Aziz Sattar untuk memaklumkan kepada anda para peminat nya akan nombor telefon bimbit beliau iaitu 6-013-364 5678 dan alamat beliau iaitu:

Blok A-1-5,
PPR Hiliran Ampang,
Jalan Ampang Putra,
55100, Ampang, Selangor Darul Ehsan.


Sesiapa sahaja peminat Seniman Aziz Sattar yang ingin bertemu beliau, dipersilakan menghubungi talian tersebut sebelum mengunjungi kediaman beliau.

Inilah masanya kita menunjukkan sokongan dan penghargaan kita terhadap jasa jasa seniman Aziz Sattar yang telah menghiburkan negara Malaysia ini selama 55 tahun dan sementara beliau masih hidup dimuka bumi ini.

Semoga Allah SWT memberkati anda yang membantu beliau disaat beliau memerlukan sokongan dan pertolongan dari kita yang tahu menghargainya.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh.

Hits: 0