Dunia hiburan tanahair dan dunia Muslimin Muslimat di Malaysia tersentak dengan pemergian dua manusia Muslim kembali ke Rahmatullah.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Ungkapan yang di sarankan kita melafazkan apabila menerima berita kematian sesama Muslim.
Namun berapa ramai kah diantara kita yang mengambil iktibar dengan kematian kematian ini?
Dunia masih berputar dan kehidupan mesti diteruskan kata kebanyakan orang namun sedikit benar diantara kita yang mahu berhenti sejenak , mengambil kira akan keadaan diri masing masing.
Dewasa ini kita sedang berhadapan dengan kemelut pertembungan diantara mereka yang berebutkan kedudukan duniawi dan berhibur sepanjang masa, siang malam, pagi petang dan segelintir diantara pejuang pejuang Islam yang mahu memaktabarkan ajaran Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Kita taklah mengaku bahawa kita ni maksum dan terlalu lah baik. Tidak sama sekali. Namun tak adalah pula kita ni hendak tergolong didalam senarai mereka yang sanggup menjual atau menggadaikan agama demi mengejar harta dan pangkat duniawi. Dah ramai golongan munafik dan tak bersemangat lelaki macam itu ditanahair ini.
Dunia politik tanahair sedang menyaksikan kesanggupan sesetengah pihak menggadaikan maruah agama dan bangsa bersekongkol dengan puak puak musuh Islam demi mengejar cita cita berkuasa ke atas negara ini tanpa mengambil peduli akan kerosakan yang puak puak ini sedang lakukan keatas anak bangsa dan agama diatas nama hiburan semata mata.
Mereka ini lebih gemar bersifat seperti ‘SiLuncai yang terjun dengan labu labunya’. Biarkan biarkan.
Kepada puak seperti ini, saya anjurkan supaya sedar diri dan jangan menjadi batu penghalang kepada gerakan pejuang Islam.
Jika kamu tidak mampu melakukan sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat kepada usaha pembelaan Islam di tanahair ini, maka pergilah kamu duduk diam diam dari menjadi pengkritik tak berkelayakan kerana kamu hanya bagaikan umang umang didasar lautan yang tidak berguna kepada Deen ul Islam.
Jangan sampai terlajak menang sorak kampong tergadai sepertimana sudah berlaku di utara semenanjong dan sebahagian pantai barat.
Dalam pada itu kita berhadapan dengan puak puak Kaffir yang mempersendakan Islam dan kebanyakan umat Islam ditanahair ini seolah ‘mangli’ dengan tindak tanduk musuh musuh Islam dan tidak mengambil peduli dengan gerakan pencaci dan pencacai Islam ini.
Ada pula golongan yang terlalu takut dan lemah menghadapi serangan minda ini tampil pula meminta kita agar tidak berkonfrantasi dengan puak puak pengisi Narr al Jahannam ini.
Kepada mereka yang berpandangan begitu, satu sahaja nasihat hamba:
‘Jika kamu tidak bersemangat membela maruah Islam dan Muslimin, tak payah lah datang menambah beban kepada kami dengan kata kata pelemah kamu itu.
Pergilah kamu duduk berdondang sayang mengulit lena dibuai mimpi.
Biarlah kami yang mahu menegakkan Ad Deen berusaha cara kami!
Islam tidak memerlukan dayus dan dajal menjadi anai anai yang bakal merosakkan gerakan perjuangan dan pembela Islam. Barangsiapa yang memakan cili, maka ialah yang kan terasa kepedasannya. Kan begitu?
Kiasan begini lebih berpada dari hamba mendedahkan identiti siapa yang menulis komen pelemah semangat seperti itu kepada hamba.
Akhir kata, Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang memahami maksud dan erti perjuangan kami.
Tidak lah kami hidup ingin mencari keredhaan manusia pelemah seperti itu tetapi hanya mencari keredhaan Ilahi.
La haula wala quwwata illa billahil aliyyil adhim.
Hits: 2
More Stories
Vivek @ Vivekanandhan, 59, [1961-2021]. Tamil Iconic Comedy Actor has died of a heart attack.
Serangan Anti-Asia semakin menular di Amerika Syarikat! Warga Malaysia harus sedar diri!
Selamat Pengantin Baru Anak Saudara Kami, Nur Fatin Nabila & Helmy Adnan!