September 22, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Wawancara Blogger Sang Kelembai Bhgn Akhir

Assalamualaikum warganegara Malaysia semua.

Ikutilah bahagian terakhir wawancara saya dengan Saudara Zaharin Mohd Yasin , rakan blogger saya yang bergelar Sang Kelembai.

Sang Kelembai menggulung wawancara ini dengan menyatakan bahawa warga Malaysia yang juga pengundi berdaftar perlu mengajar Abdullah Badawi yang menurutnya telah mengkhianati amanah warga Malaysia dengan tidak mengkotakan kata dan menunaikan janjinya untuk membersihkan kerajaan dari rasuah dan salah laku pucuk pimpinan.

Sang Kelembai juga menyatakan penyesalannya tentang keadaan dimana banyak kes kes rasuah didalam kerajaan dilakukan oleh orang orang Melayu beragama Islam yang memalukan orang orang Melayu amnya.

Beliau juga terkilan dengan sistem penghakiman negara dimana kes kes rasuah ini selalunya tidak diadili dengan sepatutnya. Ramai perasuah perasuah Melayu terlepas begitu sahaja walaupun ada bukti nyata tentang jenayah mereka.

Rajin rajinlah membaca laman laman web alternatif seperti Malaysiakini dan blog blog tertentu untuk mendapatkan makluman siasah semasa supaya tidak tertinggal dari arus kebangkitan rakyat menentang penyelewengan pemimpin politik dan yang sewaktu dengannya.

Pemerintahan Abdullah Haji Ahmad Badawi yang pada awalnya dianggap boleh mengurangkan rasuah didalam negara ternyata sama sahaja dengan pemerintahan sebelumnya dimana rasuah hidup subur dan semakin berleluasa dikalangan menteri menteri dan ketua ketua kerajaan BN.

Saya juga meminta Saudara Zaharin menyatakan pendapatnya tentang sikap sesetengah penulis blog bukan Muslim di Malaysia ini yang menjadikan Islam dan Muslim sebagai sasaran tulisan mereka dan senantiasa mengadu domba atau memperlekehkan umat Islam melalui laman blog mereka?

Zaharin menjawab bahawa jika ternyata tulisan mereka tidak berasas dan berunsur fitnah, maka umat Islam wajib melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang sepatutnya diambil terhadap mereka ini.

Namun jika ada kebenaran didalam artikel artikel yang di tulis puak bukan Islam dikalangan Bloggers Malaysia, maka patutlah umat Islam mengambil iktibar dan membetulkan diri serta keadaan.

Bagi saya , ini adalah pendapat yang baik dan harus dijadikan tauladan. Namun, saya berpegang kepada prinsip tidak akan membiarkan mana mana pihak dari kalangan Kaffir mempersendakan agama Islam dan saudara seagama saya ditohmah mengikut suka mereka!

Saya bersabar dari menjawab spontan kerana didalam membicarakan perkara perkara yang boleh mencetuskan perbalahan kaum dan agama, ada baiknya kita mengambil langkah hanya setelah terbukti sipolan dan sipolan tersebut terbukti salah didalam penulisan mereka.

Saya sedang menantikan saat dan ketika yang sesuai untuk menulis balasan saya terhadap fitnah fitnah dan omongan kosong mereka ini.

Tidak molek sekali kita bertindak mendiamkan diri bila Islam dihina dan dicaci oleh mereka yang jahil, buta fakta dan tidak tahu asal usul agama Islam yang Maha Suci dan sebaliknya mengeluarkan pendapat dan penulisan yang membuktikan kedangkalan akal dan fikrah mereka yang sesat lagi menyesatkan!

Ada kaedah dan cara tertentu yang sesuai bagi kita selaku penulis blog Muslim menyatakan tentang kebenaran Islam menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai untuk menyedarkan puak puak yang bersifat ada mata tapi buta, ada telinga tetapi pekak badak dan ada otak tapi kurang berakal!

Insya Allah, akan saya tulis tentang bab bab ini menurut bukti dan berteraskan Al-Qur’an Al Karim dan Hadis Sahih Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassalatuwassalam!

Bagi tuan tuan dan puan puan yang mampu menulis dilaman blog masing masing, usah teragak agak menyatakan yang hak dan menegur yang batil!

Takut hanya kepada Murka Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan bertegas lah terhadap sang munafik, pemuka pemuka bertopengkan identiti Islam dan yang ternyata Kaffir Harbi Laknatullah!

Dikalangan orang orang Kaffir ada yang berhati lembut terhadap kita dan mahu mencari kebenaran tentang Islam dan mencari keredhaan Allah.

Bantulah mereka dengan cara menyampaikan kebenaran tentang Ad Deenul Haqq dan berdakwah lah kepada mereka dengan cara sebaik mungkin. Insya Allah.

Begitu juga dengan pengetahuan hal ehawal semasa. Usah tertinggal dari mengikuti apa yang sedang berlaku disekeliling kita dan berwaspadalah selalu.

Rajin rajin lah membaca dan melayari laman web yang berfaedah dan terbukti benar.

Tuntutlah ilmu dari mana mana sahaja sebab sekarang ada kemudahan internet bergerak dan anda pasti dapat melakukannya dengan melalui komputer riba dan sambungan wireless internet.

Pengetahuan hal ehwal semasa amat penting untuk membolehkan kita bertindak sewajarnya bila sampai saat dan ketika kita merubah keadaan.

Semoga kita bersama sama berusaha membaiki keadaan dengan menegur pemimpin secara hikmah dan berusaha merubah nasib sendiri dengan bekerja mencari rezeki halal dibumi bertuah ini.

Jangan menanti keadaan merubah kita. Biar kita yang merubah keadaan dari miskin kepada bebas dari hutang, dari sakit kepada sihat, dari alpa kepada yang beringat dan dari malas kepada yang senantiasa berusaha.

Bantu membantu lah kita didalam perkara kebajikan dan bersatulah menentang kemungkaran !

Selamat menunaikan Solat Jumaat dan peliharalah jatidiri Melayu dan Muslim! Insya Allah!

Tegur mana mana yang patut dan bimbing lah saudara kita ke arah kejayaan dengan hikmah!

Sebelum saya mengakhiri kata, menoktah bicara, izinkan saya mengajak tuanhamba membaca sebuah artikel dilaman KMU yang pada hemat saya patut dibaca dan difahami akan isi maksud tersirat didalamnya mengenai jatidiri Melayu dan apa yang patut dibuat oleh anak anak Melayu dibumi bertuah ini.

Kebenaran itu tidak tertakluk pada sebarang panji atau sepanduk. Hatta tentang siapakah yang menyuarakannya?

Lihatlah pada intipati kata kata luahan sukma, pasti terjawab dan terpahat didalam fikrah kita bahawasanya jika mahu menongkah langit, bumi tempat di injak jangan terbiar dicemari dek musuh yang bersifat bagaikan api didalam sekam, jika dibiar pasti kan bergejolak membakar memusnahkan segala pada satu ketika nanti!

Semoga mengambil iktibar dari artikel berkenaan. Ianya berasaskan hakikat bukan dengki melaknat! Biar mati bergalang tanah dari hidup berputih mata! Ingat kata kata Jebat?

Ia bukannya menderhaka mengikut suka tetapi terpaksa kerna Sultan bermaharajalela menghukum sang setia tanpa usul periksa! Sejarah tetap tidak berganjak dari yang tersurat dan terakam didalam dedaun masa. Pertimbang timbangkanlah!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hits: 0