September 21, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Wawancara Blogger Sang Kelembai Bhgn 2

Assalamualaikum semua warga Malaysia.

Didalam bahagian kedua wawancara saya ini, saya bertanya Saudara Zaharin Mohd Yasin @ Blogger Sang Kelembai tentang pandangannya mengenai pemimpin pemimpin pembangkang terutamanya tentang Anwar Ibrahim yang kini gigih berusaha mencari sokongan rakyat untuk mencabar Abdullah Badawi dan Barisan Nasional didalam Pilihanraya Umum Malaysia yang akan datang?

Saudara Zaharin selaku bekas pemimpin (Setiausaha Bahagian) UMNO Bahagian Bandar Tun Razak dan ahli UMNO pertama yang dipecat kerana menulis mendedahkan hal ehwal Presiden UMNO sekarang meluahkan isihatinya mengenai apa yang ia tahu tentang Anwar Ibrahim.

Sepertimana kita sedia maklum, sokongan Anwar Ibrahim terhadap tuntutan puak Hindraf baru baru ini menimbulkan tandatanya tentang ke jauh mana kesanggupan Anwar untuk memberi sokongan secara terbuka kepada Hindraf yang tak berselindung tentang ‘perang politik’ mereka terhadap UMNO dan ingin menghapuskan kedudukan orang orang Melayu Muslim dari menerajui kepimpinan negara ini?

Saya juga menyoal rakan Blogger saya Sang Kelembai tentang siapa kah yang pada hematnya mempunyai ciri ciri kepimpinan didalam PAS @ Parti Islam seMalaysia?

Ikutilah pandangan ikhlas Sang Kelembai didalam klip video ini. Semoga dapat membantu saudara saudari mengetahui tentang hakikat sebenar sepak terajang politik semasa didalam negara tercinta kita ini.

Rakyat Malaysia perlu mengikuti hal ehawal politik tanahair ini dengan mengikuti tulisan tulisan dan penerbitan media alternatif seperti didalam Malaysiakini untuk mengetahui kebenaran suasana perkembangan siasah semasa didalam negara.

Jangan hanya menelan bulat bulat apa yang diterbitkan oleh media rasmi kerana ada bukti sebelum ini tentang adanya suntingan fakta dan penyembunyian perkara dari diketahui umum.
Dengan adanya media alternatif, rakyat kini mempunyai pilihan mendengar dari kedua belah pihak dan membuat keputusan sendiri secara bebas dan adil saksama.

Ikutilah siri wawancara khas bersama penulis blog terkenal Zaharin Mohd Yasin @ Blogger Sang Kelembai yang bagi saya merupakan ‘Presiden Kelab ‘Peminat’ Abdullah Haji Ahmad Badawi # 1 …(hehehehehe) didalam bahagian terakhir selepas ini.

Semoga kebenaran akan terserlah jua! Yang berlian tetap berharga manakala kaca akan suram juga bila sampai ketika nya. Insya Allah!

Hits: 0