April 14, 2024

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Mahaguru58 melancarkan video sulung Salam Perkenalan

Alhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala diatas limpah kurnia rezeki bagi kami memiliki kemudahan merakam video bersuara selepas sekian lama menggunakan kamera digital yang tidak ada keupayaan rakaman audio.

Mulai kini, Insya Allah, akan saya menerbitkan siri rakaman dokumentari dan temubual eksklusif rakyat Malaysia yang sempat saya temui dan menyiarkan rakaman video video tersebut disini dan di You Tube untuk tatapan semua.

Kemudahan audio visual ini telah membuka era baru bagi diri saya sebagai seorang penulis blog dimana saya kini dapat menyebarkan ilmu pengetahuan agama dan isu isu semasa secara terus kepada anda pembaca saya.

Alhamdulillah. Semoga kemudahan ini kita gunakan sebaik mungkin demi Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam dan semua umat Islam serta anak cucu Saiyidina Adam Alaihis Salam.

Amin.

Visits: 0