September 21, 2023

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Mahaguru58 kepada umat Islam sedunia!

Saya, Zainol Abideen serta isteri mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh Muslimin dan muslimat, pembaca pembaca Mahaguru58.blogspot.com dan memohon maaf zahir dan batin sempena ketibaan Aidilfitri 1428Hijrah.

Berhati hati memandu kenderaan anda semasa pulang ke kampong nanti dan bawalah berehat jika terasa letih dan mengantuk. Biar sampai dengan selamat ke kampong masing masing.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Ikhwanul Muslimin.

Nikmatilah lagu lagu Raya klasik! Tidak kan sama dengan yang asli dan sempurna seperti medley lagu lagu berikut ini.

Kalau terdengar lagu Dendang Perantau nyanyian Allahyarham P.Ramlee, maka sebak lah terasa didada kerana lirik lirik lagu ini pasti mengusik jiwa anak dagang yang merantau jauh dari kampong halaman.

Tak kiralah siapa pun ; kalau dah berasal dari kampong, sudah pasti akan merasa pilu jika tak dapat pulang beraya bersama ibubapa dan sanak saudara.

Namun bagi kami suami isteri yang sudah yatim piatu, Hari Raya tidak lagi sesempurna mana bila orang tua kami sudah tiada.

Maklum sajalah kami pun dah berusia, namun kenangan bersama ibu tercinta tetap bermain dibenak fikiran masing masing.

Tidak bererti lagi Aidilfitri bilamana wajah ibu yang dirindui hanya tinggal memori.

Biar macamana pun, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa didalam menyambut ketibaan Aidilfitri, tanpa kehadiran insan yang mengandung dan melahirkan kami kedunia ini, terasa begitu sunyi tak terperi bila tidak lagi terdengar suara ibu memanggil makan…..

Berlinang airmata mengenangkan ibu….diambang ketibaan 1 haribulan Syawal…sejak ibu kembali ke rahmatullah..

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala mencucuri RahmatNya keatas ruh ruh ibu kami nan tercinta…Amin Ya Rabbal alamin.

Bagi anda yang masih mempunyai ibu…pulanglah!

Pulanglah sujud mencium tangan ibu kamu kerana kamu sudah pasti tidak akan bahagia di pagi raya jika ibu mu sudah tiada lagi …untuk memeluk mu, mencium dahimu tanda redha dan restu terhadap dirimu.

Hargailah ibumu semasa beliau masih didepan mata dan sayangilah mereka dengan sebaik mungkin dan cara.

Kepada semua ibu ibu yang membaca tulisan ini…Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Hits: 0