April 26, 2024

MAHAGURU58

The Truth must be told no matter what so Justice can live!

Babi Melaka dan Penyokong Parti Pembangkang -Yang mana dalam bahaya?


Assalamualaikum semua.

Agak agak tuan tuan lah, berdasarkan video yang memaparkan betapa bersemangat nya penternak penternak haram Babi Melaka didalam majlis makan malam anjuran mereka baru baru ini dan dibandingkan dengan cara Presiden PAS menyampaikan luahan hatinya tentang peristiwa berdarah di Batu Buruk melibatkan ditembaknya ahli PAS dengan peluru hidup oleh FRU, yang mana satu nampak dibayangi bahaya?



Babi babi Melaka atau ahli ahli parti pembangkang, terutamanya ahli dan penyokong PAS?

Nampak sangat perbezaan ketara diantara semangat penternak haram babi di Melaka dan Presiden Parti Islam seMalaysia!

Ucapan ucapan berapi para penternak haram Babi Melaka yang disampaikan didalam Bahasa Mandarin yang kita tidak berapa faham tetapi dapat kita merasakan kemantapan jiwa mereka mempertahankan ladang ladang haram babi mereka disusuli dengan tepukan tangan dan sorakan bergemuruh para hadirin majlis makan malam tersebut.

Ucapan ucapan penuh semangat penyokong penyokong industri haram ladang babi di-Melaka diselang seli dengan ucapan pemimpin pemimpin parti pembangkang seperti DAP, PKR dan ada juga wakil PAS Melaka diakhiri dengan ucapan penuh gegaran Pemimpin Pembangkang di Parlimen Malaysia dari Parti DAP, Saudara Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang dengan gaya biasanya yang penuh emosi berucap disaat saat akhir pidatonya didalam Bahasa Melayu , “Masaalah ini bukan masaalah orang Tionghua! Ini masaalah Rakyat Malaysia yang tertindas!”

Iye ke ? Bukan masaalah orang Tionghua? Habis masaalah siapa yang ampunya kerja ?

Siapa lagi kalau bukan orang Tionghua yang menternak babi di bumi Melaka sampai beratus ribu ekor dan menjahanamkan ekologi alam sekitar disana sampai orang orang bukan Tionghua jadi kelam kabut kehidupan mereka ?

Naik pening sekejap kita pikir, “Apa kejadahnya maksud hero lama DAP ini dengan berkata begitu?”

Bila dia kata ini masaalah ‘rakyat Malaysia yang tertindas’ lantas terfikir kita siapa yang dia maksudkan?

Yang sah nampak tertindas, tertibas, terbelasah, tertembak hanya pihak yang berkopiah putih, berserban hijau bukan yang berhelmet tutup penuh dan membakar bendera negara?

Entah mala’on mana yang tu? Puak PAS pula yang sedaaaap di tohmah dek RTM yang dengan akal dangkalnya mencedok klip klip protes demonstrasi di Pakistan dan luar negara ( tak dak sekoq pun yang bermuka Melayu dalam klip tu) dan disudahi dengan gambaq setan berhelmet sekor tu yang membakar bendera dan dilengkapi dengan ungkapan ‘ Ini diluar budaya kita!

Memang betul tu! Selama ni belum ada lagi orang orang kita ditembak macam tu oleh pihak FRU!

Ni kira pembuka cerita lah ya? Nak bagi biasa kot?

Lepas ni adalah yang mati karang ditembak oleh batalion topi merah sebab dah ada yang mulakan dan tak ada pulak tindakan undang undang keatasnya.

Berbalik pada kata kata Kit Siang.

Takkan masaalah Pak Mat kot yang bertanggungjawab menternak babi babi berkandang kandang di Melaka sampai hancur musnah periok nasi penduduk penduduk kampong dan pengusaha pengusaha chalet yang menangis meratap mengadu nasib kepada kerajaan negeri yang kena sindrom :

Ada mata –‘buta!‘ ; ada telinga – ‘pekak!’ ; ada mulut – ‘diam!’ ; ada kuasa – buat ‘derk je!’.?

Atau ini angkara Samy atau Maniam yang tak ada kena mengena dengan beratus ribu ekor sang babi Melaka yang bebas dari tindak tanduk pihak kerajaan atau pembantai rakyat marhaen seperti pasukan FRU sepertimana mereka biasa bertindak terhadap parti pembangkang terutamanya parti PAS!

DAP jarang kena belantan dan sepak terajang FRU!

PKR baru sekarang sedang di mesrakan dengan cota dan perisai serta semburan air asid kuning pasukan bertopi merah kerana mereka berani bersama sama seiring sehaluan dengan parti PAS!

Memang ada pilih kasih didalam kuota sepak terajang dan pembantaian oleh FRU!

Yang mana nampak kulit sawo matang dan berhidung pesek sedikit dan berkopiah, maka bersiap sedia lah mengenali belantan FRU secara dekat namun alat kegemaran ini telah dinaik taraf kepada peluru hidup yang bakal menghancurkan daging, memecahkan kepala otak dan mencabut nyawa para penyokong parti PAS yang bermatlamat tidak lain dan tidak bukan -hanyalah ingin menegakkan syiar Islam di bumi tanahair bekas Tanah Melayu ini!

Jadi, kita hairan dengan laungan terakhir Saudara Lim Kit Siang itu!

Apakah maksud nya bilamana berkata bahawa ini bukan masaalah orang Tionghua?

Apakah dah sasau saudara lama kita ini?

Kekadang ada kesan sampingan juga dari terlalu lama menghidu sisa sisa najis babi babi Melaka yang meracuni alam sekitar di bumi bekas tanah terdirinya Kesultanan Melayu Melaka tersebut!

Almaklumlah, si Karam Singh Walia, petugas seksyen Alam Sekitar TV3 pun sudah kehilangan modal nak berpantun membidas pelaknat pelaknat alam sekitar di bumi tercemar Melaka yang ditimpa celaka tersebut!

Dah naik demam kepala otak Saudara Karam kita itu , tak tertahan menusuk bau najis babi Melaka sepertimana kita lihat di video video YouTube yang berkenaan.

Yang kita hairan , kenapakah FRU tidak sekeras menahan penternak penternak haram babi Melaka itu yang secara nyata mengancam akan mencederakan sesiapa sahaja termasuk FRU jika berani menyentuh seekor pun babi mereka?

Kenapa tidak ada media rasmi kerajaan menyiarkan gambar beberapa orang Cina penternak haram babi Melaka itu yang muka mereka sah sah terang lagi bersuluh siap beraksi ganas mengambil kayu dan menyepak itu ini dan menghentak FRU dengan kurungan besi babi Melaka itu?

Takkan lah sampai begitu sekali pilih kasih sampai maruah pihak FRU tercabar sah sah semacam itu boleh dibiarkan sahaja pendekar pendekar kerajaan bertopi perisai merah lengkap bersenjata sekali?

Hairan kita?

Kalau kat Batu Buruk bukan main bersemangat menembak ahli ahli PAS yang sesama manusia tetapi dengan babi babi Melaka yang ternyata diternak secara haram dan sudah dikatakan ada keputusan perlu dilupuskan secara sah dari segi undang undang , di biarkan pula dan tidak ada sebarang tindakan keatas mereka yang mencabar FRU secara nyata depan kamera TV3 itu?

Apa rahsianya?


Nampak sangat betapa murahnya nilai nyawa ahli ahli parti PAS , satu satunya pertubuhan politik orang orang Islam di bumi bekas Tanah Melayu ini yang berkorban sekian lama ini ingin menegakkan Syari’ah Allah melalui cara terhormat @ pilihanraya umum namun ditembak, di belasah, dihina sedemikian rupa oleh mereka yang mengaku bersaudara seagama dan sesama manusia?

Entahlah! Kekadang dek kerana pangkat, harta dan wang ringgit, terpesong jauh hati hati manusia manusia didunia ini yang berkokok bercanang seantero alam bahawa hak hak kemanusiaan itu wajib ditegakkan, mesti di hormati dipentas dunia!

Apakah ini sindrom ‘Ikut apa yang aku kata ; jangan ikut apa yang aku buat?’

Takkan itu yang Al-Ghazali mengajar?

Apakah kita yang tersalah kitab atau ini dia ajaran konsep Islam baru yang di-ilhamkan mamanda Perdana Menteri?

Takkan kot? Ada yang tak betul tu!

Cakap satu…buat satu!

Janji semasa beralih tampok pemerintahan dari diktator lama dan apa yang dok jadi lani nampak sangat ada yang tak kena?

Takkan terkena sampok jin afrit kot ?

Ni bulan puasa ni!

Jin jin afrit, iblis, setan dan sewaktu dengannya dah lama kena ‘lockup’ dengan para malaikat Allah Subhanahu Wa Ta’ala!

Macamana ni? Apakah disebabkan adanya pewaris pewaris semulajadi setan laknatullah dikalangan kita?

Kenapa berbeza sekali layanan topi perisai merah diantara pesalah terang terangan dengan manusia sesama mereka yang hanya hendak menurut perintah Allah?

Apa sebab berlakunya keadaan ini?

Ada siapa siapa yang boleh terangkan? Di persilakan!

Visits: 0